Wednesday, April 6, 2011

pengakuan ikhlas..

Aku berkecimpung sebagai blogger takde la lama sgt, adalah dalam 3-4 tahun....  Tapi aku mengikut dunia blogging dah lama. Dari zaman org dok pakai friendster, fotopages smpi la ada ada domain sendiri. Sedikit sebanyak aku ada mengenali "blog" tertentu begitu mendalam. Dan aku tak pernah pun nak beramah tamah dgn ownernye, sbb aku tak punya bnyk masa dan kurang berminat... Kenapa aku kurang berminat? Sebab aku mengikuti perkembangan dan perhubungan antara blogger. Kata cacian, makian serta kutuk mengutuk ada terpampang. Ada 3-5 blog yg sudah lama aku ikut dan biarlah menjadi rahsia! aku tak nak bagitau nama blog2 itu sebab aku taknak ada puak2 mengambil n3 ini sebagai bahan. Biarlah yg tahu hanya aku dan  tuan owner... Dan owner nye mmg tahu yg aku nie adalah silent reader dan jarang sekali meninggalkan komen. Apa yg aku suke bout owner blogger nie sebab DIA adalah DIA.. tak perlu menjadi orang lain, tak perlu nak KOPIKET IDEA serta design orang lain... pada blog dia juga aku kenal beberapa blog lain... ( aku tak nak ckp aku kenal blogger tu, sbb mmg aku tak pernah kenal mereka secara personally)

Ada juga blog yg aku ikut pada zaman mereka di fotopages hingga ke blogspot dan sehingga mereka ada domain sendiri. Tapi apa yang aku tgk, dia nie seperti tiada identiti.. mula mengikut sebijik-sebijik apa yg dibuat oleh sorng blogger yg agak terkenal ini... Ku ingatkan ku sorng yg perasan.. ghupe-ghupenya tidak jugak... ada gak pembaca blog2 mereka ini menyedarinya.. contohnya kalau Blogger S tukar ke domain, tak lama lepas tu Blogger C pun ikut... Kalau Blogger S begitu addicted atau minat dgn sesuatu kaler, Blogger C akan turut serta mempromosikan dirinya minat giler dgn warna itu... SEE.. very de' kopiket kan....? Blom lagi kalau Blogger S pasang manager, beli gadget atau buat ajer kelaianan atau idea baru... tak lama lepas tu mesti ada diikut...Tak salah untuk mengikut... tapi berapada-pada la... dan biarlah ukur baju badan sendiri...  Yang penting bile jadi blogger kena ada identiti sendiri... Mungkin bagi C dia mengambil contoh kejayaan blogger S.. tapi berpada-pada la.. bagi silent reader mcm aku dah anggap yg blog si C tu mcm kd sub blog kpd blog S. 

Memang trend zaman sekarang, kita lebih suka refer sesuatu blog kalau nak carik information tak kira la pasal makanan ker, holiday ker, product ker...  Jadi tak salah kalau si C pun nak berkongsi maklumat seperti si S, tetapi biarlah dengan cara dan identiti sendiri. Tak perlu jadi orang lain... Macam dalam dunia hiburan pun.. Kita perlu ada Dato' Siti ke-2, cukup la satu... begitu juga dalam dunia blogger...

Pada masa dulu pun aku ada gak terikut-ikut, tapi tidak la KOPIKET semua sekali.. ( yea la masa tu org sharing tutorial, aku pun ikut la) tapi lama kelamaan aku sedari aku seperti mahu menjadi seperti si C yang meniru si S... Udahnya, apabila malas nak cari identiti sendiri, ku senyap dari dunia blog ku, tapi masih lagi membaca blog-blog tersebut.

Sejak tahun 2010, aku berjinak-jinak dgn twitter, aku mengkuti rentak perbualan dan twit mereka.... bnyk twit2 yg panas serta hangit.. dan aku pun tak kurang sama menghangitkan... tapi bukan aper.. bile dah tau de TRUE COLOR sesetengah blogger, aku pun rasa mereka-mereka ini lembut gigi dari lidah. Orang kalau rupe lemah lembut pun, kalau perang dingin dgn org yang terkenal dengan tegas dan outspoken, orang akan kata yg lembut tu tak salah.... PADAHAL.... sebaliknya... jadi jangan la tertipu dengan keayuan atau kelembutan seseorang tu tau.. lelagi lak nnt buat pengakuan TERANIAYA... yang tegas gak nampak salah...

aku tak kata n3 aku noe sokong satu blogger ajer... tp ini kebenaran dimata dan telinga ku... kalau rasa ada kekuatan  dari blogger C nak reveal the truth.... sila kan... jangan dengar cerita orang dah mudah terpengaruh...  kami di luar nie nak gak tau....

I CABAR BLOGGER C UNTUK DEDAHKAN KEBENARAN....