Alhamdulillah..
Syukur ke hadrat Ilahi. Disaat turun naik dalam menjalani kehidupan, aku terima berita gembira. Bukan 1 tapi 2 berita gembira.
Aku perlukan perubahan dalam hidup. Tidak mahu selamanya berada di satu takuk terlalu lama. Tidak mahu berada didalam "comfort zone" selamanya. Aku perlu sesuatu untuk maju. Mencuba nasib mengambil pepriksaan untuk KPSL. Alhamdulillah.. Lulus dengan sekali ambil. Lantaran dari itu, aku yakin, otak aku tidak lah terlalu "berkarat" dan tidaklah terlalu "tepu" untuk menghadap zaman pembelajaran sekali lagi. Mungkin bila sudah bekerja, semangat untuk belajar itu berbeza dari zaman muda dahulu.
Mungkin pada kala ini semangat untuk belajar itu lebih sedikit kerana kita sendiri yang bayar. Tiada bantuan dari mak serta PTPTN. Justeru itu timbul niat tidak mahu mensia-siakan wang dan hasil titik peluh dari ku. Mohon agar aku dikuatkan semangat dan ditetapkan hati agar kuat untuk menyambung pelajaran ini.
Berkenaan dalam hal temuduga aku tidak terlalu mengharap sangat kerana awal-awal lagi sudah dimaklumkan bahawa sebanyak 49 000 orang yang di panggil untuk interview dan akan mengisi kekosongan sebanyak 69 kekosongan sahaja. Dan dari sumber yang aku perolehi, 1000 calon simpanan sahaja yang di perlukan. 0.01% sahaja yang diperlukan dalam megisi kekosongan yang ada. Jadi tak perlulah berharap. Berdoa sahaja agar aku dipermudahkan. Kalau bukan rezeki, aku terima sebagai satu pengalaman dalam meghadirkan diri untuk satu sesi temuduga.
surat tawaran sambung belajar dari universiti di utara...
surat panggilan temuduga. sekadar mencuba nasib...
Aku berpegang pada satu sahaja.. Kalau sudah tertulis itu rezeki aku, syukur Alhamdulillah, dan kalau ianya bukan rezeki aku, aku terima dengan redha. Semua ini sudah tertulis oleh Nya.