Showing posts with label abg ngah. Show all posts
Showing posts with label abg ngah. Show all posts

Monday, October 17, 2011

Good Luck Anak-anakku....



Minggu nie semua anak-anak aku menghadapi peperiksaan akhir tahun. Sudah pasti sebagai seorang mak, turut merasa tertekan dan risau. Almaklumlah, peperiksaan akhir ini yang bakal menentukan sama ada mereka kekal dikelas sekarang atau turun kelas. Mungkin perasaan risau pada Along berkurangan sedikit, memandangkan dia tak pernah mengecewakan kami dan disamping itu, Along sendiri telah menetapkan aras serta "target" dia sendiri. Pada peperiksaan kali ini, Along telah mensasarkan untuk menjadi pelajar terbaik untuk tahun ini. Agak risau juga bila dia meletakkan standard dan target yang begitu tinggi. Tapi itu adalah Along. Mungkin dia mensasarkan sebegitu, base dari ujian -ujian serta peperiksaan sebelum ini. Bagi kami suami isteri, tidak kisahlah kalau dia tak dapat mencapainya, asalkan dia ada cita-cita dan semangat untuk belajar.


Wednesday, October 12, 2011

Wednesday, August 31, 2011

Wordless Wednesday #1 - Lotihhh


Sent via BlackBerry from Maxis

Thursday, August 25, 2011

Raya.. Raya .. Raya...

Tinggal beberapa hari lagi nak raya. Persiapan hampir siap sepenuhnya. Tinggal beberapa barang yang tak berapa penting seperti BAJU KURUNG  @ JUBAH... ( kenapa mesti highlight...?) Persiapa anak-anak pun da complete. Buat anak dari 3 pasang baju kurung, 2 pasang baju jalan, 2 pasang kasut. Bagi anak lelaki, sepasang baju melayu, 2 pasang baju jalan, sepasang Gamis (Jubah lelaki), sepasang capal dan sepasang kasut sneakers.

Thursday, August 11, 2011

Risau..

Minggu depan ketiga-tiga anak aku akan meduduki peperiksaan. Dalam bulan-bulan puasa ini, agak memberi cabaran jugak. Yea la, perut kosong, time petang pulak tu. Sudah tentu memberi sedikit gangguan dalam menjawab soalan. Minggu ini, memang dorang belajar habis-habisan. Namun aku memahami macamana susahnya dorang nak menjawab soalan.

Tuesday, August 2, 2011

Maid dan seribu satu kisahnya

Entry nie khas untuk mereka yang nak ambil maid atau yang dah ada maid... Yang takde Maid pun tak aper, boleh baca dan jadikan sebagai rujukan andai kata korang nak ambil maid satu hari nanti.

Meh aku ceritakan serba sedikit pasal Maid atau Pembantu Rumah nie. Base on my own experience, aku pernah ada 6 pembantu rumah, 2 orang tamat kerja dengan jayanya, 2 larikan diri , sorang nak berenti tgh jalan dan sorang masih lagi bekerja.

Tuesday, July 12, 2011

Angah - operate mata

akceli gambor nie da lama terperap dalam draft.. tak aku karang2... bukak PC ajer aku giler men game... bukak lappy ajer men game.. la nie giler men game carik2 barang dgn angry bird... tapi bile da cat umah baru, mood nak hapdet tu meluap-luap ajer.. pada dia terperuk ajer baik ku publish ajer... ADA AKU KESAH walaupun ianya n3 basi... pada yg da tgk live update pasal operate anak aku nie... korang abaikan la kalo x nak baca ek....! Ente ada nampak itu tanda X kaler MERAH? kalo ada.. ente kasi tekan ek....

Anak teruna sulung aku nie selamat menjalani pembedahan mata pada 13 Disember 2010 which mean 5 day before birthday dia dgn twin nye... pada yang tak tahu abg ngah nie ada twin... tapi twin dia gurl la..


Thursday, July 29, 2010

lazy eyes a.k.a mata malas a.k.k juling

apa itu mata malas atau base omputihnye lazy eyes…?

ala.. nama kampung orang panggil juling..atau juling air…

bahaya ker?

tak per ker?

tak de masalah ker?

since my little boy abg ngah mmg ada lazy eyes, and da dpt result test mata hari tuh.. la  nie aku guggle carik penerangan n rawatan…

so aper itu lazy eyes?

AMBLYOPIA (MATA MALAS)

Apakah itu amblyopia (mata malas)?
Amblyopia atau mata malas merupakan keadaan kurang tahap penglihatan satu-satu mata akibat mata tersebut kurang digunakan sejak kecil lagi. Ia berpunca dari gangguan pada perkembangan sistem penglihatan semasa kecil.
Apakah gangguan yang boleh mengakibatkan amblyopia?
  • Mata juling

  • Rabun mata (seperti rabun jauh, rabun dekat atau astigmatisma) yang tidak diperbetulkan terutama rabun mata berkuasa tinggi atau perbezaan besar kuasa rabun mata diantara kedua-dua belah mata
Faktor-faktor lain yang menghalang penglihatan seperti :
  • Ptosis (kelopak mata jatuh / kuyu) - di mata kiri
  • katarak - di mata kanan
 
 
Bagaimana diketahui seseorang kanak-kanak menghidapi amblyopia?
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidap amblyopia tidak mempunyai sebarang tanda dan kanak-kanak ini tidak merungut kerana disangka semua orang berpenglihatan sepertinya. Oleh itu adalah penting bagi kanak-kanak menjalani pemeriksaan mata secara berkala sebelum alam persekolahan.
Walaubagaimanapun, ibubapa harus mengesyaki bahawa anak anda berkemungkinan mengalami amblyopia sekiranya dia mempunyai tanda-tanda seperti berikut :
  • Kepalanya senget
  • Mata beralih dari tengah bila letih atau berada dalam cahaya terang
  • Menutup sebelah mata apabila terdedah kepada cahaya matahari
  • Sering menggosok mata
  • Sering mengelipkan mata
  • Lebih gemar menggunakan satu mata untuk melihat
Bolehkah kurang penglihatan akibat amblyopia diperbetulkan?
  • Ya, sekiranya ia dikesan dan dirawat awal (sebaik-baiknya sebelum mencapai usia 6 tahun)
  • Malangnya kebanyakan kanak-kanak yang menghidap amblyopia tidak dikesan awal dan ini menyebabkan kecacatan penglihatan yang berkekalan.
Apakah yang akan terjadi jika tidak mendapat rawatan awal?
Jika rawatan awal tidak diberikan, mata tersebut tidak akan berkembang untuk mencapai tahap penglihatan normal dan berkemungkinan menjadi buta.
Apakah rawatan bagi amblyopia?
Rawatan amblyopia hanya berkesan jika dilaksana pada peringkat kanak-kanak. Sebahagian rawatan boleh dijalankan oleh ibubapa setelah mendapat latihan daripada Pakar Oftalmologi atau Pegawai Optometri. Rawatan merangkumi salah satu atau gabungan beberapa kaedah seperti berikut :

  • Merawat penyakit mata sediada seperti pembedahan untuk katarak.

  • Merawat rabun mata dengan cermin mata atau kanta sentuh.

  • Menutup mata yang baik penglihatannya untuk merangsang mata yang malas.

 

  • Menggunakan ubat titis

  • Menjalankan latihan / senaman mata

Cadangan
Bagi mengelak kurang tahap penglihatan akibat dari amblyopia, kami mencadangkan :

  1. Semua bayi yang baru lahir perlu mendapat pemeriksaan mata.

  2. Bayi yang dibawa melawat klinik kesihatan perlu mendapat pemeriksaan mata

  3. Semua kanak-kanak tadika dan pra sekolah perlu menjalani ujian tahap penglihatan sekurang-kurangnya setahun sekali

  4. Sekiranya tanda-tanda luar biasa dikesan, kanak-kanak tersebut perlu mendapat pemeriksaan Pakar Oftalmologi dengan segera

PERINGATAN
Pengesanan awal amblyopia membolehkan rawatan awal diberi untuk mencapai kejayaan rawatan yang lebih baik. Pengesanan lewat boleh mengakibatkan kecacatan penglihatan yang kekal sepanjang hayat. 

SAYANGILAH MATA ANAK ANDA



p.s: sharing is caring….

credit to:
Jabatan Oftalmologi Hospital Sultanah Nur Zahirah



Wednesday, July 28, 2010

isnin yg memeranjatkan..

sepatutnya isnin baru nie aku keje.
since sabtu da start sakit tekak, batuk.. hidung sumbat..
huh! kompom domam…
tp malas nak g klinik sebab ingat antidobi antibodi kuat bebenor.
masih takk sedar diri tu.. dalam tak sihat.. lenjan berjalan balik selayang ( myman x ikut.. dia ada keje) so da macam superwomen da…
bawak anak, balik kg even badan tu tak larat.. ingat di hati nak lawan sakit.. tak nak le cembeng ajer badan nie…
udahnye hari isnin tu kompom tak berapa larat.. kebetulan si twin kena check up since masa cuti sekolah tu punye kes demam seminggu n kak lang pun di diagnose ada jantung berlubang..( 1.5 cm) not seyes but still there…
so since ada follow up check up aku pun nak check demam aku nie la… haziq pun start demam gak.. so ke3-tiga anak aku refer pead yg sama.. datuk dr. zul… haziq kompom admitted since ada whizzing sket kat dia nye lungs… demam pun quite high..
so bile tak prepare nak masuk ward.. kena la wat back up plan… ingatkan balik spital nak g usya new spec… * wink * *wink*..
so abis teman kan haziq wat x ray dgn amik darah n settlekan bilik… aku mintak along n bibik jg haziq.. so aku, myman n twin leh balik packing baju aku n haziq…
sebelum balik singgah ke my fevret optical shop… ( almost 11 year aku jd regular customer kat sini) mmg wajib singgah.. myman pun spek da terbelah dua ( camne la dia pakai pun aku tak tau)
myman carik spek, aku carik spek…at meantime aku suh check mata abg ngah… mmg ku akui.. abngah ada lazy eyes aka juling air… sejak lahir.. tp aku memang selalu tny dia abgngah can see clearly tak..? selalu dia jwb nampak, tak de masalah.. tapi naluri seorang emak kan… aku rasa dia ada problem dgn mata.. paling tidak pun silau ( pd pendapat aku )
so bile check tu mmg payah sket sbb right eye dia tak leh fokus… so dorang tak leh nak check dgn tepat… dpt check yg left eyes ajer..
bile result kuar..sungguh tak sangka… mata kiri dia agak teruk sbb support mata kanan.. so we have to do sumthing..
my plan nak g hukm see doc mata.. so kena settle satu satu.. may be after haziq discharge baru leh buat appoiment
balik pada buat spek, aku packing barang, g kilink check demam aku… n memang tinggi pun.. smbl tu kena bebel dgn doc… ( sbb demam2 pun leh ke sana kemari) myman lak mata da start merah n gatal…. so udah nye isnin tu kami berdua mc…
g hospital, report x ray da dapat. datuk kata haziq kena bronkitis…
aku termenung jap… sebab pada  isnin nie aje ada 2 berita yg memeranjatkan..


huhuhuhuhuhu



Tuesday, May 11, 2010

atuk tolak wan….?

bile anak anak da membesar..

apa keletah dorang masih kecil mesti menjadi bahan ketawa kitorang…

baru baru nie tgh mkn-mkn…  dok berborak dgn myman…

teringat satu citer kes abg ngah mengenakan atuk nya…

citer dia cam nie…

masa nie abg ngah dalam umur 5 tahun…
abg ngah: atuk… cuba dgr tau… atuk 1, wan pun 1… pastu kalau atuk tolak wan apa jadi….?
my father in law dgn konpiden jawab…
atuk: atuk tolak wan… tggl kosong la… satu tolak satu…
abg ngah: hahaha salah…
atuk: napa pulak?
abg ngah: atuk tolak wan… da tentu lah wan jatuh…
~atuk terdiam membisu~ mesti dlm hati… bertuah nye cucu…

aku yg dgr senyum ajer la…

mana la dia dapat teka teki mcm nie…


Monday, May 10, 2010

tanggung jawab…

it not easy to be a MUM! i repeat …NOT EASY….
bukan aper… baru baru nie abg ngah terbawak balik baju kawan dia ( kes tertukar baju masa PJ)
aku pulak, main rendam ajer sume baju… fyi, baju sekolah my kiddos mmg aku basuh tangan dulu then baru transfer ke washing machine.. biasanya aku basuh hari sabtu… sekali harung… baju sekolah anak aku mmg seorg ada 5 pasang… bayangkan 5 pasang kali 3 orang..? total 15 helai u alllllll….
mmg setiap minggu aku “ nila” kan baju sekolah dema…  nak jadi citer masa aku menyental baju kwn abg ngah, aku mcm terkujat… yea la baru darjah satu, baju da mcm kekuningan n terlalu kotor… jenuh gak aku nyental….
abis aku cuci semua baju terus aku masuk mesin…. nila kan sekali..
bila settle, nak jemur baju aku tgk lencana baju kwn abg ngah dah tercabut…pelik gak aku… masa nyental tak nampak pun tanda tanda nak tertanggal…
bile menjemur, baru aku perasan…. ghupa nya tag nama dan lencana tu mak dia main gam ajer… sekali tgk mcm gam kanji….
terpikir gak aku… ambil mudahnya…. aku citer kat myman… senang aje jwb nye..”  ape pemalas sangat tu…”
bile aku renungkan balik, ada betul apa kata myman…
nak kata aku ada pembantu… masa awal awal bukak sekolah, mmg tak de maid pun…. aku jahit tag nama dgn lencana sendiri… 15 helai lagi… baju semua basuh tangan…. masa bilas dgn menila ( ade ke term nie – ) aje masuk mesin…..
so, bagi aku tak mudah jadi mak… kita mmg selalu nak yg terbaik untuk anak anak… biar anak selesa, kemas ke sekolah… tak apa lah berkorban sikit… dan aku akui, aku not a perfect mum… but i try to be perfect…next to perfect pun jadi la….
kalau hal hal kecik nie pun, ada mothers yg amik mudah mcm mana…? dari segi kebersihan, keselesaan anak pun tak amik berat…
sebab itu aku cakap tak senang nak pikul tanggung jawab sebagai seorg mak….
sanggup ke dorang tgk anak dorang pakai baju yg berkepam ke sekolah…. kalau  pun tak mampu nak ada baju banyak…  at least nila n klorok kan la… aku pernah try, baju sekolah terus masuk mesin… still ada kotor gak… guna la dynamo, daia, kao attack…  dia stil ada kotoran sikit… nak kena sental gak….
ntah la… masih ada yg amik mudah hal hal mcm nie…




Monday, April 19, 2010

open table…

tt1

ini bukan open table nak blanjer… nie open table nak jual alat tulis… giler haper dengan anak nak berkira…
ini bukan kes berkira… aku start buat tindakan drastik nie bile dalam tempoh 4 bulan nie dah 5 biji kotak pensel warna lebur gitu ajer… dari kawan amik, salah letak, tertinggal… sume jenis alasan da dipenuhi… jadi nak menghukum, aku wat tindakan mcm nie. bila mcm ie baru dorang tau nak hargai barang barang…

yup… nmpk mcm kejam… kalau anak anak aku beli kat kedai buku pun lagi mahal… n blom tentu berkualiti… aku da g usha kedai buku dorang… mmg ada jual… mahal nak  mampos tp kualiti yilek pochik… jual pensil yg ada gambor kartun dora la, upin ipin la ben 10 la…. so aku ckp dgn kiddos… “ummi jual pensil steadler atau faber castle….  dgn harg 30 sen sebtg, kat kedai 80 sen…”so da tentu dorang nak beli dgn aku…

tapi bila buat mcm nie dorang mmg tau menghargai barang barang dorang… yea la… duit blanjer da kurang… lg pun dorang mmg bawak bekal g sekolah…. mcm duit blanjer along yg korang tgk… duit tu dia da masuk tabung… jadi kena advance  duit banjer esoknya…. so myman akan bg duit blanjer base pada apa yg tercatat.

pastu dorang boleh order in advance..mcm abg ngah bile nak beli pensel warna dia kumpul duit banjer utk 3 hari… dan yup..mmg aku ada subsidi sket nak tampung sume… aku buat mcm nie sbb nak dorang tau hargai barang disamping tau pasal duit dan kira-kiranya serta perancangan ttg duit dorang…





~ melentur buluh biar dari rebungnya~

Thursday, April 8, 2010

wajah wajah kecil..

tak kira la..

walaupun yg sulung da 8 tahun..

dia tetap anak kecil aku…

anak manja aku…

bagi aku mereka da pandai semua..

bagi aku dorang tetap kecil..

da lama tak letak gambor mereka…

hari nie nak buh..

apa yg ada dalam simpanan pendrive aku…!

layan kan ajer..


IMG00242-20100403-1146

semasa kenduri kawen sepupu mereka..najah n zul
 IMG00147-20100313-2007

kat kedai makan…

IMG00149-20100313-2007

3 of them…
 IMG00150-20100313-2008

suka dgn gambor nie..

 IMG00151-20100313-2008

twinkle twinkle little star..

 IMG00175-20100321-1652

along n haziq
 IMG00206-20100325-2021

abg ngah n haziq
IMG00241-20100403-1146

kak lang , ang  ngah n farid…