Tuesday, October 11, 2011

Homemade 'Coney Dog'

Hujung minggu adalah masa untuk aku ber‘eksperimen’ dengan masakan. Dan sudah semestinya hari Jumaat adalah ahri untuk aku men ‘google’ segala resepi yang bakal menjadi mangsa. Kalau aura rajin tu datang, dari ‘main course’ ke ‘dessert’ akan aku cuba.. Kalau malas, jawabnya, resepi yang ‘simple-simple’ sahaja yang bakal menjadi mangsa. 

Minggu lepas aku telah mencuba untuk membuat ‘Coney Dog’ buat kali kedua.  Berikut adalah resepi cara aku.

Bahan-bahan:

Frankfurter / Sosej
Ban Sosej
Daging Kisar ( Minced Meat)
Bawang Besar ( di dadu)
Bawang Putih ( di dadu)
Cili Boh ( Ada yang guna serbuk cili)
Sos Cili
Sos Tomato
Maggie Seasoning
Lada Hitam
Marjerin
Sedikit Minyak
Mustard (jika Suka)






Cara –cara menyediakan:






1. Grill Sosej/ Frankfurter  ( Nak Kukus pun Boleh)

2. Sapukan Ban Sosej dengan margerin dan bakar seketika. ( Nak Kukus Ban pun boleh juga, marjerin disapu kemudian)




3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang puith





4. Apabila bawang sudah kekuningan, masukkan cili boh ( serbuk cili ). Setelah cili boh dan bawang sudah bersatu dan masak, masukkan sos cili, sos tomato, lada hitam dan seasoning. Masukkan garam secukup rasa.





5. Setelah sambal hampir masak, masukkan daging cincang dan  biarkan dia masak sehingga kering.





Letakkan sambal diatas sosej dan dan bun. Hiaskan dengan Mustard jika suka.


Selamat mencuba



0 kelopak mawar:

Post a Comment