Monday, November 19, 2012

Private & Personal

Terpikir untuk membuka satu blog yang private dan terlalu personal untuk aku. Ada kalanya aku tak dapat nak meluahkan semuanya di blog, FB dan Twitter secara umum. Aku perlukan masa dan ruang untuk aku sendiri.. 

hurm..
Moga aku terus diberikan kekuatan oleh- Nya.. 
Amin.. 

Truly,
 

Sunday, November 18, 2012

Bukan ini yang ku Pinta

Bersawang da blog aku nie...
Malas benau nak update. 
Benda nak citer banyak
Tapi malasnya..ya ampunnnnn...

I'm not longer working nun di atas bukit tu lagi..
Now movintg to hotel lak.. Kehlas ko...Opis kat hotel..
Aku ada...KO ado..?
Heheheh..

Tadi tu intro ajer...Yang bawah nie sebenarnya benda yang aku nak ceritakan...

Perpindahan ke pejabat baru tu, bukan sesuatu yang aku rancangkan dan bukan nya aku minta. Ianya dah tertulis dan tersirat. Allah lebih tahu apa yang terbaik untukku. Tiada kabel yang aku gunakan untuk pertukaran ini. Tiada campur tangan orang besar, orang sederhana besar atau orang kecil. Semuanya berlaku secara pantas. Seperti aku bermimpi di siang hari. Semuanya berlaku serentak. Berpindah dan mendapat keputusan periksa dalam jangka masa yang agak sama. Alhamdulillah... Bak kata CC Pauziah, aku dapat rezeki berganda. Syukur.. Syukur pada Mu Ya Allah, Ya Rabb... atas limpah kurniaMu kepada hamba Mu yang kerdil ini. 

Perpindahan aku berlaku atas peristiwa yang berlaku 2 tahun yang lalu. Peristiwa yang ingin aku lupakan. Peristiwa yang membuatkan aku berada dalam kegelapan seketika. Bagi sesetengah orang,mungkin apa yang terjadi pada ku adalah benda yang paling remeh dan kecil. Tapi tidak bagi ku. Maruah aku sebagai seorang isteri dan perempuan, harus aku pelihara. Bukan semudah itu "dia" boleh menyentuhku walau menepuk dibahu. Jika perkara ini tidak berlaku pada mereka, mereka tidak merasa apa yang aku rasa dan tempuhi.

Di atas bukit itu, aku mengenal dengan banyak ragam  dan perangai manusia. Ada yang berubah kerana pangkat dan wang ringgit. Ada yang terlalu bermegah dengan pangkat dan kedudukan. Ada juga menyalahgunakan kedudukan serta  pangkat. Namun tak semuanya begitu teruk. Ada juga yang tidak kisah pangkat boleh duduk dan berdiri sama tinggi. 

Syukur kerana aku ditempatkan di cawangan yang tidak bermasalah. Pegawai dan anggota semuanya baik dan tidak menyombong. Aku agak terkesan dengan perpindahan ku ini kerana aku rapat dengan mereka. Tuan Tan merupakan boss terbaik yang pernah aku ada. Sikapnya yang memahami serta bertolak ansur amat disenangi oleh aku dan rakan-rakanku. Bukan lah boss aku sebelum ini tidak baik... namun adatlah ada yang lebih dan ada yang kurang di sana sini.  Pegawai-pegawai juga tidak banyak memberikan masalah. Begitu juga dengan anggota-anggota yang lain. Aku TIDAK terpinggir disini walaupun hanya aku seorang Kakitangan awam di situ.

Kini aku di pejabat baru. Alhamdulillah... Semuanya baik-baik sahaja. Masih banyak benda baru yang perlu aku pelajari. Perjalanan hidup aku takakan berada di satu takuk untuk selamanya. Aku perlu berubah dan perubahan perlu ada. 

Doakan yang terbaik untuk aku...


Truly,

pu3mawar

Saturday, September 22, 2012

Ini ajer..

Jemput minum petang.. Ini ajer yang mampu dibuat.. Planing tghari tadi nak masak macam-macam utk tea time.. Udahnye ke laut.... :) apa taknya boleh lak aku tertido dari kul 3++ sampai kul 5.30.. Adoiii.. Dah la bangun-bangun, tuan besor n kiddos makan biskut.. Alahai.. Rasa bersalah sangat sebab tdo, n tak prepare apa utk minum petang..

Wash up muka cepat-cepat, intai lemari es, tengok apa yang ada untuk dimasak dengan segera.. Kalau bab segera nie, tanya dgn kiddos, maggie menjadi jawapan utama.. Hahahaha.. Lega, seb baik ada lagi karipap frozen dan dimsum segera..

Ini ajer la yang bakal menjadi santapan minum petang sekeluarga.. اَلْحَمْدُلِلّهِ, by 6pm, semuanya sempat disediakan dan tggu untuk dingap..

*rasa bersalah sbb tertido di ptg hari.. :( kalo tak da tentu ptg nie dpt makan cream puff...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, September 13, 2012

Bila da Free!

Angan-angan kan FREE... Bila free tu, boleh ler nak angan-angankan sesuatu yang lebih baik dari yang kita miliki. Macam aku sendiri, aku mengangan-angankan untuk memilik kereta Audi nie... Hamik ko... Tak beragak punya angan-angan... Kot-kot nak miliki keta "fancing horse" atau porche, memang diluar dari kotak pemikiran lah! Bekerja sampai pencen pun blom tentu mampu nak membeli tayarnya.. Hahahaha..

Cuba korang bayangkan, nak angan-angan pun kena bayar.. Alamatnya, jangankan keta audi nie nak diangankan,  nak angankan keta Toyota Vios pun pikir namploh kali. Hehehe.. Tapi kadangkala, dari angan-angan nie lah boleh menguatkan semangat kita nak ubah gaya hidup, nak melakukan anjakan paradigma (amik ko da kuar istilah 2 hebat) dalam diri..

Apapun.. Selamat berangan-angan buat korang..

*tetiba teringat lagu "Angan-angan" nyanyian Raja Ema.. Tapi tu angan-angan nak carik pasangan..
Hikssssss #aptb

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone