Thursday, August 11, 2011

Risau..

Minggu depan ketiga-tiga anak aku akan meduduki peperiksaan. Dalam bulan-bulan puasa ini, agak memberi cabaran jugak. Yea la, perut kosong, time petang pulak tu. Sudah tentu memberi sedikit gangguan dalam menjawab soalan. Minggu ini, memang dorang belajar habis-habisan. Namun aku memahami macamana susahnya dorang nak menjawab soalan.


Antara ketiga-tiga anak aku itu, along memang tidak mendatangkan sebarang masalah. Pantang masa terluang, ditangannya pasti ada majalah atau bahan bacaan. Pada masa sekarang, along sudah terdedah dengan bahan bacaaan berat seperti Novel karya Ramlee Awang Mursyid. Ada jugak aku mencari buku-buka bacaan hasil tulisan Enid Blyton. Tapi sampai sekarang masih tak berjumpa. Kisah Lima Sekawan yang palaing menarik minat aku. Bukanlah aku memaksa along untuk membaca novel-novel berat, namun dia memang terdorong ke arah itu.  Bukan nak memuji, tapi aku mensyukuri kerana dikurniakan anak seperti along. Markah periksa pun tak pernah membuat aku sesak napas. Alhamdulillah markah yang diperolehi. Cemerlang dan membanggakan. Jadi Untuk periksa kali ini, aku kurang risau.

Berbanding dengan si Kembar, aku agak risau sedikit. Terutamanya kepada Kak Lang. Terlalu careless menjawab soalan. Semalam sahaja, sewaktu membuat latih tubi untuk spelling, banyak kesalahan-kesalahan kecik  yag aku jumpa. Lagi satu kak lang nie lebih gemar menjawab soalan sambil berangan. Bukan sahaja jawab sambil berangan, makan pun macam tu. Baru-baru nie masa perjumpaan dengan cikgu kelas, beliau menyatakan yang kak lang nie agak lambat untuk meyelesaikan kerja dan soalan periksa. Nak kata dia main tak jugak. tapi dia suka dok pandang keliling. Aku dengan Tuan Besor da puas tegur, namun memang susah nak diubah. Markah periksa, masih dalam average 9+% . Belum lagi la drop ke 8+%. Tapi RISAU JUGAK sebab persaingan di dalam kelas amat sengit. Berbeza 01.% pun boleh memberi impak yang besar dan boleh turun kelas. Buat masa ini, si Kembar masih lagi di dalam kelas yang sama.

Abg Ngah pula, tahap pembelajarannya sedikit di atas Kak Lang. tak banyak berbeza. Abg Ngah seorang yang fast learner. Awal tahun ini sebulan dia tak masuk kelas sebabkan MC seperti yang aku ceritakan disini. Tapi dia masih dapat mengejar apa yang dia tinggal. Buktinya keputusan peperiksaan bulanan dan pertengahan tahun, masih ditahap membanggakan. Walaubagaimanapun, Ibu akan tetap Ibu. Risau anak nak ambil periksa mengalahkan anak itu sendiri.

Mudah-mudahan, ketiga-tiga anak ummi berjaya dan mampu menjawab soalan. Bukan Nombor yang ummi pentingkan, TETAPI MARKAH yang menjadi kepentingan.

0 kelopak mawar:

Post a Comment