Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan ke -2



Alhamdulillah, dah masuk Ramadhan yang ke 2. Sindrom teringim atau mengidam belum ada lagi... apa yang ada kat umah, itu lah yang aku masak dan semua orang makan. Ke Bazar Ramadhan pun, tak bernafsu nak membeli apa yang terjual. Walaupun bau kepak ayam madu, ikan bakar, ayam percik begitu mengoda. Faktor umur agaknya yang menyebabkan jadi begini ( umur gak yang dipersalahkan... muakakakkaka) 
Tengah-tengah mengodek memory card kamera, ternampak lah kelibat gambar makanan2 yang pernah aku snap satu ketika dulu. Erk..! kenapa lak bila tengok gambar nie boleh teringin lak...? Nak tau sebab aper? Sebab kat gambar nie dah tau kesedapan dan keenakan makanan tersebut berbanding dengan yang terjual di bazar. Dah la tuh mahal melampau-lampau.  Bak kata Tuan Besor, " agaknya jenis berniaga setahun sekali... nak cepat g haji..." kengkadang harga yang diletak ke atas sesuatu makanan, mcm tak leh terima dek akal.



Lihat ajer la perbualan aku dgn rakan twitter. Pulut panggang berharga RM 2 ringgit untuk 1 pulut panggang. Tak kira la walau pulut panggang tu sedap dan besar mana sekalipun, berpatutan tak...? Kalu dah besar mcm tu pun ( 3 pulut panggang di gabung menjadi satu ), kalu makan seorang, boleh habis kah atau nak di potong-potong pulut panggang tu ker..? Kadangkala, penjual pandai memanupulasi pembeli... contohnya, 1 pulut panggang berharga 60 sen. Kalau 3 bersamaan RM1.80. Jual RM 2.00. Disitu ajer penjual sudah untung 20 sen berserta dengan kos pembungkusan. Tanpa kita sedari, sebagai pembeli kan da tertipu.

Jadi, sempena bulan Ramadhan nie, berbelanja ikut keperluan sahaja. Jangan diikut nafsu yang lapar. Hujung-hujung, makanan tak habis, tong sampah dan penjual  yang untung, kita yang rugi!


0 kelopak mawar:

Post a Comment