Thursday, August 11, 2011

Maid dan seribu satu kisahnya - Part 2

Berbalik cerita pasal hal pembantu rumah atau maid. Maid yang ketiga diambil menerusi Agensi Pekerjaan yang sah. Kalau ikutkan memang rumit jugak la. Kebetulan pada masa tu memang payah nak mendapatkan pembantu rumah. Begitu banyak biodata yang dihantar, namun masih belum menepati taraf piawaian aku. Memandangkan time tu aku sarat mengandungkan Haziq, terpaksa la menerima calon yang ada. Kreteria yang aku pilih, sama ada bujang atau janda, tak terlalu muda dan tak terlalu berumur, TETAPI yang peling penting sekali, TAK PERNAH DATANG MALAYSIA.


Kenapa aku pilih yang macam tu? Kalau yang dah kawin memang banyak masalah.. Suami suh keja satu tahun ajer la, suami mintak cuti balik la, ada ajer la alasan yang melibatkan suami. Isu umur lak, aku tak nak yang muda sangat nanti keja ntah kemana, anak entah kemana.  Maid yang aku amik ketiga nie tak lama sebab seminggu ajer aku reject. Orang nye berumur dalam 30++, janda ada anak 2, dan anak dah besar-besar. Sebab aku reject, buat kerja slow nak  mampus. Siapkan bebudak pun slow. Dengan anak-anak pun tak bertegur sapa. esok kalau aku dah bersalin macamana? Terus aku reject. Seb baik ada pengganti. pengganti nye adalah Susanti Lutfiyah. memula keja memang superb dan aku puas hati. Anak-anak tak de masalah. Keja pun cekap. Sekali ajar guna mesin basuh, da pandai. Lagipun masa nie aku tengah sarat sangat. Jadi sudah pasti aku memerlukan pembantu yang cekap. 


Lepas bersalin, Alhamdulillah... pembantu yang ini banyak menolong. kerja pun bertambah mudah.. Jiran-jiran ada juga yang memuji kerajinannya. Namun begitu mentari tak selalu menyinar.. Kusangka cerah hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. 3 bulan sebelum dia pulang, perangainya mula berubah. Episod sport check keatas bil telefon bimbitnya serta panggilan ke rumah membuatkan kami naik darah. Anak-anak di ajar menipu. Diugut agar tidak  memberitahu perangai buruknya. Kesemua anak-anak jadi takut. Padahal hampir selalu aku bertanyakan hal bibik ku ini. Semua tak berani berkata apa-apa. Perlu membuat sedikit perubahan, aku perlukan bantuan jiran. Jiran di belakang rumah banyak  membantu. selalu berhubung. Namun akhirnya kemuncak kemarahan menjadi bertambah panas apabila bibik sudah berani naik tangan dan disaksikan oleh jiran ku sendiri. Hari itu juga aku bertindak. Pulang Awal dari biasa, menyorok dirumah jiran dan bertanya ke kedai-kedai berhampiran. 

Bila rahsia terpecah, mulalah takut tak tentu arah. Pada malam kejadian, tanpa di sedari, dia melarikan diri dan membawak lari laptop ku serta sedikit duit.  Masa ini memang perit.  Nak tahu cerita maid aku nie boleh ikuti di sini:-




0 kelopak mawar:

Post a Comment