Monday, October 11, 2010

perbezaan CENDOL dan ABC…

n3 nie aku tujukan khas buat Rinn yg konpius antara 2 bender tuh…

Cendol


 

Sumber : Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
 

Cendol di Singapura

Cendol di Malaysia
Cendol ialah sejenis minuman sejuk yang boleh dijumpai di negara-negara Asia Tenggara.
Ia dibuat dari ramuan kisaran beras (sekarang hanya perlu tepung beras) dan dicampur dgn air jernih dari mendapan kapur sirih kemudian dimasak air beras tadi dan dikacau hingga cairan tapi pekat dan menggelegak. Setelah itu pekatan tadi ditekan ke tin yang ditebuk seperti siraman hujan, maka pekatan tadi terus melalui lubang tersebut dan dibiarkan sejuk didalam bekas air yang disediakan dibawah bekas berlubang tersebut. Bolehlah diwarnakan mengikut warna kesukaan, dahulunya diwarnakan dengan air daun pandan. Ia dihidangan bersama ais, air gula merah dan santan. Tetapi ditokok tambah pula dengan pulut dan susu isian manis.

 

Sejarah

Nama asal bagi cendol ialah chorn dooi bermaksud tolong. Kerana pada ketika itu hendak membuat cendol amat sukar dan memerlukan pertolongan beberapa orang lain. Chorn dooi diambil dari bahasa Selatan Thailand (bahasa Melayu Patani), dahulunya Negara Islam Patani. Setelah ditakluki oleh kerajaan Thai maka ramai penduduk negara Patani berpindah ke negeri-negeri di Tanah Melayu dan memperkenalkan sejenis minuman manis.

Air Batu Campur (ABC)

Air batu campur ataupun lebih terkenal sebagai ABC (juga dikenali sebagai Ais Kacang di Pulau Pinang dan Singapura) merupakan sejenis minuman yang diperbuat daripada ais yang dimesin dan dicampur dengan bahan-bahan seperti kacang, buah kabung, cendol, cincau, jagung, pemanis, seperti sirap dan sarsi serta air nisan.
Ia menjadi pilihan utama bagi penggemar mahupun cuaca sejuk atau panas
 
 
so aper lagi Rinn da paham.. x konpius da…?Leman Dawi jual cendol ajer tau….!

credit to uncle google n wikipedia...


2 comments: