Wednesday, August 31, 2011

Wordless Wednesday #1 - Lotihhh


Sent via BlackBerry from Maxis

Saturday, August 27, 2011

Lengang

Perghhh jalan kat Shah Alam lengang.. Gumbira rasa di hati.. Hari isnin lagi tenang nak bawak keta.. Ramai yang balik kampung yea? Heheheh itu la nasib orang bandar seperti aku. Bila time raya, KL nie mcm aku yang punya.. Hahahahaa

Jalan lengang, nak bwk keta pun senang.. Korang yang balik kampung tu, hati-hati dijalan raya erk! Ingat keluarga tersayang..

Sent via BlackBerry from Maxis

Friday, August 26, 2011



Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua keluarga, kawan-kawan, reader-reader dan semua yang mengenali diri ini.

Jika Ada terkasar bahasa, tersindir, tergurau dan termengumpat, mohon diampunkan.

Yang balik kampung, hati-hati dijalan raya. Bawak kereta elok-elok. Tahun nie raya dimana...?



Rezeki menjelang Raya


Alhamdulillah.. Pagi-pagi da dapat rezeki. Bukan untuk anak2 sahaja, aku pun dapat. 
Terima Kasih Tuan Encem.. 
Awal-awal Tuan Encem dah pesan, jangan campur..
Nanti menyesal..

Heheheehe Terima Kasih Tuan Encem..

Sent via BlackBerry from Maxis

Thursday, August 25, 2011

Rezeki berbuka


Alhamdulillah.. Rezeki untuk hari ini..
Fresh dari kontena kat pelabuhan..
Terima kasih kepada tuan yang memberi...

Sent via BlackBerry from Maxis

Raya.. Raya .. Raya...

Tinggal beberapa hari lagi nak raya. Persiapan hampir siap sepenuhnya. Tinggal beberapa barang yang tak berapa penting seperti BAJU KURUNG  @ JUBAH... ( kenapa mesti highlight...?) Persiapa anak-anak pun da complete. Buat anak dari 3 pasang baju kurung, 2 pasang baju jalan, 2 pasang kasut. Bagi anak lelaki, sepasang baju melayu, 2 pasang baju jalan, sepasang Gamis (Jubah lelaki), sepasang capal dan sepasang kasut sneakers.

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday #3 - Hamper Raya

Uik.. Dapat dari kedai cermin mata yg slalu aku pegi. Tq Mr. Tan & Irene Tan..

Sent via BlackBerry from Maxis

Tragedi di Jusco Bukit Raja

Ahad lepas, aku berdua dengan Tuan Besor membeli belah keperluan kami berdua pula. Keperluan anak-anak sudah diselesaikan terlebih dahulu. Bermula dengan pencarian kasut dan baju Tuan Besor. Kesemuamya tiada masalah. Adatlah kalau shopping last minute, bila berkenan, saiz tak de... tak pun bila saiz ada, warna dan corak pula kurang digemari.  Setelah selesai mencari barang-barang Tuan Besar, Tuan Besar mengoffer aku untuk membeli kan apa-apa sahaja yang aku inginkan. Bagai orang mengantuk disorongkan tilam Vono, aku meminta untuk dibelikan sepasang kasut. Aku memang cerewet dalam membeli kasut, tak kira kasut kerja, sandal ataupun kasut jalan.Bermula dari kasut Primavera, POLO, Alain Delon, Bonia, Sembonia, Carlo Rino, Crocodile mahupun Scholl tiada yang menarik hati ku. Mahu ke butik Bonia agak lewat, memandang sudah petang. Beransur ke kaunter Cleef, harga agak murah dan ada diskaun yang berpatutan. Malahan pula kasutnya agak selesa. Ditambahkan lagi apabila  Jumaat lepas aku baru sahaja menyambar wadges dari jenama yang sama.


Wordless Wednesday #2 - Kak Ros bagi...


Sent via BlackBerry from Maxis

Wordless Wednesday #1 - Rindu nak Main..


Sent via BlackBerry from Maxis

Friday, August 19, 2011

Perghhh hampir penuh!


I'm happy coz dpt2 keta, tgk tank dekat2 nak penuh.. Da la hari nie hari Jumaat.. Maka dengan ini langkah ku akan makin panjang.. Hahahaahaha(gelak jahat) 

Tak tau lagi hari nie nak plan ker mana? Jusco, Parkson sume menanggil aku.. Mcmana ek..? Ingat nak abis kan voucher Jusco yang dapat ari tu.. Dapat usha kasut ker, handbag ker.. Bagus gak..

Hehehe harap-harap dapat keluar awal.. Tadi tgk touch n go pun ada bnyk lg duit.. Alamatnya makin panjang langkah aku..

Sent via BlackBerry from Maxis

Thursday, August 18, 2011

Rezeki Ramadhan


Pagi-pagi tadi, sampai ajer kat kubikel aku, terus ternampak sekotak kurma.. Tahun nie memang murah rezeki dengan kurma.. Sampai tak tahu nak bagi siapa..

Aku bab kurma memilih sket. Tuan Besor pun sama. Tuan besor suka makan kurma maryami.. Tapi tang aku melampau gak la.. Aku suka makan kurma nabi.. Tapi harga dia buleh tahan.. Seratus gram rege dia 12-15 hengget.. Boleh mcm tu? Tapi memang kurma nie sedap..

Masa tuan besor pegi umrah, memang di beli nya kurma nabi nie.. Nak bagi aku puas makan... Tapi susah sket nak cari kurma nabi nie..
Korang pernah rasa tak kurma nabi?

Sent via BlackBerry from Maxis

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #2 - kita bakor!

Sent via BlackBerry from Maxis

Wordless Wednesday #1 - Bermula...

Sent via BlackBerry from Maxis

Thursday, August 11, 2011

Maid dan seribu satu kisahnya - Part 2

Berbalik cerita pasal hal pembantu rumah atau maid. Maid yang ketiga diambil menerusi Agensi Pekerjaan yang sah. Kalau ikutkan memang rumit jugak la. Kebetulan pada masa tu memang payah nak mendapatkan pembantu rumah. Begitu banyak biodata yang dihantar, namun masih belum menepati taraf piawaian aku. Memandangkan time tu aku sarat mengandungkan Haziq, terpaksa la menerima calon yang ada. Kreteria yang aku pilih, sama ada bujang atau janda, tak terlalu muda dan tak terlalu berumur, TETAPI yang peling penting sekali, TAK PERNAH DATANG MALAYSIA.

Risau..

Minggu depan ketiga-tiga anak aku akan meduduki peperiksaan. Dalam bulan-bulan puasa ini, agak memberi cabaran jugak. Yea la, perut kosong, time petang pulak tu. Sudah tentu memberi sedikit gangguan dalam menjawab soalan. Minggu ini, memang dorang belajar habis-habisan. Namun aku memahami macamana susahnya dorang nak menjawab soalan.

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday #4 - Menu Berbuka..?

Sent via BlackBerry from Maxis

Wordless Wednesday #3 - Nak Hujan...?

Sent via BlackBerry from Maxis

Wordless Wednesday #2 - Apakah..?


Sent via BlackBerry from Maxis

Wordless Wednesday #1 - Celebration..?

Sent via BlackBerry from Maxis

Tuesday, August 9, 2011

Happy 9th Birthday Along...

Selamat Hari Ulang tahun Along. Da 9 tahun da anak dara ummi nie..Da besar panjang... Ummi dan Babah rasa bersyukur di kurniakan anak seperti Along. Tak banyak ragam, rajin, menurut kata dan bijak..

Along jarang buat ummi dan babah naik angin. Tak payah di suruh-suruh untuk belajar. Cukup time Along tau ajer nak bukak buku. Kalau tak time belajar pun pasti ada buku ditangan untuk dibaca..
Sempena ulangtahun kelahiran Along nie, doa ummi dan babah senantiasa buat Along. Agar menjadi anak yang solehah, yang bijak serta menjadi contoh yang baik buat adik-adik..

Saat yang paling membanggakan ummi dan babah, masa amik report card, cikgu kelas along cakap, "Tahniah buat Tuan Puan kerana di kurniakan anak sebegini.."Along mendapat tempat pertama untuk keseluruhan darjah. Menitik air mata kegembiraan Ummi.

Moga Along terus cemerlang..
Happy Birthday Sayang..

Sent via BlackBerry from Maxis

Monday, August 8, 2011

Itu pun mau tanya..?

Hamlau punye budak.. Soklan tu pun ko nak tanya.. Beriya tepon.. Tak reti gugel ker. Ke saje nak test market?

Soklannye.
1. S: Pejabat Daerah kat mana..?
J: kat Mah sing..
S: Kat mana tuh..?
J: Kat dgn kg Melayu Subang..

AKU » Ko tak reti gugel ker hamlau..?

2. S: Nak wat stamping kat ner..?
J: Kat LHDN
S: Kat ner ada?
J: Kat Plaza Peransang.
S: kat mana tuh?
J: Kat Quality Hotel..
S: Tingkat Berapa ek?
J: Ntah, tak ingat..

AKU » Pergi ajer la Plaza Peransang. Pastu carik la .. Ingat nie Pejabat Pertanyaan..

Brengset pun Hamlau. Pandai lak pilih time nak call.. Takut kantoi ek? Sedar-sedar diri tu sket.. Jangan sampai kasut masuk mulut!


Sent via BlackBerry from Maxis

Selamat Pagi Malaysia

Selamat pagi semua... Dalam perjalanan nak ke pejabat. Malam tadi tak berapa lena tidur. Haziq tantrum.. Meragam sakit perut la, sakit kepala la.. Tidurnya pun tak lena. Kekejap.. "Adoi.. Adoi.. Caket kepala..." Dia dah pandai mengadu kalau tak sihat badan atau sakit.
Minggu lepas lak, seminggu Along tak sekolah. Demam dan batuk. Pagi nie tengok dia da fully recover. Risau gak! Minggu depan da nak periksa. Nasib baik kembar okey ajer. Bulan puasa nie, bila tak sihat, sukar gak. Kalau warded kat hospital lagi sukar.. Nak bekejar rumah dan hospital.. Da pernah merasa dua tahun lepas. Adehhh! Dugaan betul.
Pagi nie, mood yang lemau.. Sebab tak sempat nak tidur sat lepas sahur... Huhuhuhu
:(

Sent via BlackBerry from Maxis

Sunday, August 7, 2011

Apa planning korang..?

Hari nie da puasa ke 7. Hujung minggu pulak tu.. Korang Masak ker atau tunjuk-tunjuk jugak.. Semalam da masak bubur lambuk, bwk balik Selayang.

Hari nie plan sama ada nak masak steamboat atau nasi ayam. Bila tanya anak2, risau gak jawapan berbeza-beza.. Seb baik kali nie jawpan semua sama.. Nak makan Nasi Ayam.

Untuk yang manis-manis aku buat kek batik dengan agar-agar Oren with nata de coco.
Pastu goreng karipap dgn cucuq badak frozen. Kirenya hari nie cuti menunjuk la..
Kek dengan agar-agar da siap. Ayam da di marinate. Sat lg kul 5 baru nak masak Nasi Ayam, Sup, sos cili, kicap and goreng ayam. Ayam tu goreng panas- panas pun sodap.

Baru kul 2.30 pm. Dan lagi dapat lelap. Dari sahur tadi x dapat lelap. Nak tido sat...

Sent via BlackBerry from Maxis

Saturday, August 6, 2011

Buka di Mana..?

Puasa ke 6 da hari ini... Berbuka dimana? Hari nie kitorang sekeluarga berbuka di Selayang.. Mmg tak plan pun..

Hasrat nak g KL amik baju melayu Tuan Besor. Tapi tak siap lagi.. Ajak ler Tuan Besor berbuka kat hometown aku.. Tuan Besor setuju ajer, terus dia suh aku masak bubur lambuk. Bubur Lambuk mmg one of my specialties.

So.. Hari nie berbuka di Hometown aku.. Bersama-sama dengan bubur lambuk. Dengar citer mak aku masak asam pedas ikan patin..

Wowww..can't wait..


Sent via BlackBerry from Maxis

Friday, August 5, 2011

Demam oh Demam

Habis satu rumah kena demam. Bermula dgn Angah » Haziq » Kak Lang » Along » Tuan Besor » Bibik » Aku... Yup aku penutup siri demam buat kali ini.

Antara semua, Haziq yang kena admitted kat KPJ. Yang lain cuma g klinik, amik antibiotik saja..

Susah gak kalo demam time pose nie.. Dah la tak makan... Selera pun tak de.. Macam aku, tekak da merah sangat. Sampai kena amik antibiotik...

Adeh... Cepat la baik. MIL masuk spital. Nak gi melawat dalam keadaan mcm nie, memang Tuan Besor tak nak la.. Semua tengah sakit kan..

Tak per, nie dugaan bulan Puasa. Da tersurat. Pasrah dan terima sahaja dengan redha..
Sent via BlackBerry from Maxis

Thursday, August 4, 2011

Thank You Nuffnang & TGV

Kan entry sebelum nie, aku ada mention pasal dapat tiket dari NN sempena birthday. Memang tak decide lagi nak tengok citer apa.. Since my kiddos sibuk nak tgk Harry Potter final Part 2 tu, pakai ajer la.

Biasa tgk movie dgn kiddos mmg amik couple seat. Tp tiket nie tak leh redeem couple seat, gamble la duk seat biasa. Kitorang plan nak tgk wayang hari Sabtu ( 30 Julai) kat TGV Bukit Raja. Aterr da plan nak tgk, kena la beli tiket awal2.. Maka, dengan pantasnya, hari Rabu petang, after office hour, berdesup la kami berdua g beli tiket..

Seb baik tiket dari NN ada 4.. So tambah satu ajer lagi iaitu utk kiddos. 8 hengget ajer.. Walaupun kami 6 beranak, beli 5 ajer sebab si Haziq tu bukan reti dok dendiam.. Kejap kat aku, kejap kat Tuan Besor. Wat rugi ajer.m

So far Harry Potter yang last nie memang best la.. Da terjawab kenapa si Snape tu tak suka Harry Potter.. Kiddos pun enjoy..

Yang tak enjoynya, ada 3 mangkuk hayun tak reti silent mode kan tepon.. Da berbunyik.. Potong stim betul!

Coiiiiiii!

Nway.. Tq NN & TGV..

Sent via BlackBerry from Maxis

Wednesday, August 3, 2011

Teka-teki Teka tekuk

Korang layan kan ajer video teka teki nie ek...
Perangai si Haziq bila dah pandai mengikut kakak dan abangya bertekakteka-teki
Ada ajer karenah dia. Balik selayang hari tu abis Atok Mat dia kena tanya soalan nie..


Yang sebenarnya dia ada bagi 2 versi teka-teki.
Versi Pertama

Soalan nie dibagi kat aku masa Tuan Besor Outstation di Terengganu

Haziq : Banyak-banyak kuih, kuih apa yang tak jual
Aku   :  Kuih tak jual...? Entah la... kuih aper yer..
( * mode malas nak melayan sebab tengah berBBM dengan tuan Besor)
Haziq : Kuih Itik la....
Aku    : Kenapa pulak kuih itik...
Haziq : Suka hati haziq la... haziq nak tanya...
 ** versi pertama ada banyak kesilapan menyusun ayat.. tu  sebab teka-teki dia tak menjadi...

So korang layan pulak versi kedua..


Versi Kedua

Versi kedua adalah soalan teka-teki sebenar. Memandangkan Haziq konpius, tu yang agaknya dia salah tanya soalan kat aku.. Tapi seb baik dia leh cover balik jawapannya....





 ** Rahsia soalan sebenar terbongkar apabila dia tanya soalan tu kat pakcik aku...

Boleh pulak macam tuh...!


Wordless Wednesday #1 - Bunuh Diri?

Sent via BlackBerry from Maxis

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan ke -2



Alhamdulillah, dah masuk Ramadhan yang ke 2. Sindrom teringim atau mengidam belum ada lagi... apa yang ada kat umah, itu lah yang aku masak dan semua orang makan. Ke Bazar Ramadhan pun, tak bernafsu nak membeli apa yang terjual. Walaupun bau kepak ayam madu, ikan bakar, ayam percik begitu mengoda. Faktor umur agaknya yang menyebabkan jadi begini ( umur gak yang dipersalahkan... muakakakkaka) 

Kini Versi Mobile

Kini Blogku da ada versi mobile..
Url nye adalah : http//pu3-mawar.blogspot.com/?m=1

Selamat melayari Blog ku versi Mobile..

:) Peace..


Sent via BlackBerry from Maxis

Maid dan seribu satu kisahnya

Entry nie khas untuk mereka yang nak ambil maid atau yang dah ada maid... Yang takde Maid pun tak aper, boleh baca dan jadikan sebagai rujukan andai kata korang nak ambil maid satu hari nanti.

Meh aku ceritakan serba sedikit pasal Maid atau Pembantu Rumah nie. Base on my own experience, aku pernah ada 6 pembantu rumah, 2 orang tamat kerja dengan jayanya, 2 larikan diri , sorang nak berenti tgh jalan dan sorang masih lagi bekerja.

Monday, August 1, 2011

WTF - Wa Tak Faham


La nie kecoh citer Jimmy Shanley dgn org umahnyer serta citer Khairul Fahmi Che Mat ( Apex@ KFCM) dengan tunangnye...  Rata-rata kes putus sudah kasih sayang... Bila baca statement pihak nie rasa kesian, pastu jadi nyampah kat pihak satu lagi... Bile terkeluar pulak statement balas dari pihak satu lagi.. terasa kesian pulak... Menyampah pulak kat pihak pertama buat statement...

Satu kisah rumahtangga yang kepincangan. Si suami mendakwa si isteri pentingkan kawan-kawan.. Si isteri pulak kata suami panas baran, suka mengongkong... Aku tertarik dengan statement si Isteri yang menyatakan suaminya mengongkong dia melayari untuk bersembang di laman sosial... Ermmmm awal-awal perkahwinan tu, cecuba la kurang-kurangkan.... Tapi bila sebut tang suami naik tangan.. macamana pulak...? Betul jugak kata sang isteri.. dia perlu ambil masa untuk berubah.. Ia lah! tak kan nak berubah on de spot...! 

Selamat Menyambut Ramadhan

1 Ogos 2011, 1 Ramadhan 1432 H,

Selamat Menyambut kedatangan bulan yang penuh berkat, rahmat dan maghrifah....
Marbahan Ya Ramadhan
Semoga kita dapat manafaatkan bulan mulia ini dengan hati yang khusyuk dalam membersihkan dan meyiapkan diri menjalani kewajiban-NYA.