Friday, November 18, 2011

Bila Indonesia Kalah..

Tergelak aku bila mendapat kiriman gambar dari BBM dan Whatsapp. Ada sahaja idea dorang mengenai keputusan perlawanan bola diantara Malaysia dan Indonesia sempena sukan SEA.

Aku bukan nak mengulas tentang perlawanan tersebut, kerana aku pasti ramai yang akan mengulas dan aku bukan lah pengulas yang baik.. Nanti karang berat sebelah pulak.

Sebaik sahaja wisel penamat ditiup, Time line twitter ku dipenuhi dengan perbagai ulasan dan keputusan. Berbagai cara untuk mengambarkan Malaysia dengan Indonesia seperti:-

- Harimau 1 - Garuda 0 ( yg nie biasa la)
- Majikan 1 - Bibik 0
- Kontraktor 1 - Buruh Kasar 0
- Siti Nurhaliza 1 - Kris Dayanti 0
- Tengku Fakhri 1 - Monohara 0 ( mcm nie pun boleh terpikir)
- Cerekarama 1 - Sinetron 0

Berbagai cara mereka melabel dan menyamakan antara Malaysia dan Indonesia.. Aku tak kisah la.. Yang penting... MALAYSIA MENANG!

Korang layan ajer la gambar nie ek! Sumber gambar adalah dari BBM dan Whatsapp..

Thursday, November 17, 2011

Congrats Along

Sedih.. Tak dapat tengok along naik pentas.. Almaklumlah si kecik haziq masih lagi bertapa di sini.. Alhamdulillah.. Rezeki Along untuk dapat anugerah Pelajar Elit & Bahasa Inggeris terbaik.
Ummi proud of U Along...

Sunday, November 13, 2011

Again!

Yup! Admitted again. Dalam tahun nie boleh dikira berapa kali Haziq masuk hospital. Start pada jumaat malam sabtu, Haziq da start demam. Tapi, masih boleh di'control' lagi. Esoknya, bila malam datang, mak aihhh suhunya naik ke 40.1˚C. Berdesup kami ke klinik. Di klinik, doc nasihatkan kami terus ke hospital apabila spongy dan ubat bontot masih tidak memberi sebarang kesan.

Di hospital, check suhu lagi, masih juga tak turun-turun. Doc suh admit. Taknak ambil sebarang risiko akibat demam yang terlalu panas, warded ajer la. Haziq dirawat oleh Datuk Dr. Zul, salah seorang pakai peadatrik di KPJ ini. Hasil pemeriksaan awal, terdapat infection di tekak dan telinga dalam. Doc menjangkakan yg Haziq akan admit lebih dari 3 hari.

Mudah-mudahan Haziq cepat sembuh...


p.s: Alamatnya terpaksa ambil Emergency leave la untuk esok sehingga Haziq discharge.

Wednesday, November 9, 2011

Review - The Adventures Of TinTin

Berkat entri aku yang ini, Alhamdulillah ada rezeki disitu. 2 pasang tiket untuk Premiere Screening The Adventures Of TinTin. Seperti yang aku tuliskan dalam entri tersebut, itu adalah julung-julung kali aku menyertainya.



What would Puss in Boots do?

Tak lama lagi Puss in Boots akan berada di pawagam...
Korang minat cerita kartun tak...? Bagi aku sendiri, tak kira kecil atau besar, tua atau muda, bukan lah penghalang untuk kita melihat movie berbentuk kartun. Lagi pun bila menonton bersama-sama keluarga, pasti dapat mengeratkan hubungan antara ahli keluarga. 

Puss in Boots



Sedikit Sinopsis mengenai Puss In Boots..

Long before he even met Shrek, the notorious fighter, lover and outlaw Puss in Boots becomes a hero when he sets off on an adventure with the tough and street smart Kitty Softpaws and the mastermind Humpty Dumpty to save his town. This is the true story of The Cat, The Myth, The Legend…The Boots.


Trailer Puss In Boots


Antara watak dalam Puss In Boots - Humpty Dumpty



Katakanlah aku Puss and Kitty Softpaws, apa yang akan aku lakukan untuk mengalahkan penjahat-penjahat tersebut.


Seperti yang kita semua tahu, kucing merupakan sejenis bintang yang bjjak, manja dan penyayang. Untuk mengalahkan penjahat-penjahat tersebut, aku bukan hanya menggunakan fizikal, malahan aku akan menggunakan tipu helah. 

Apabila berhadapan dengan penjahat-penjahat yang lebih besar daripada aku, sudah tentu kekuatan fizikal dan tipu helah perlu menjadi pilihan aku. Gaya aku yang bersahaja bersama kasut boots,  jelingan manja, serta tipu helah  sudah pasti penjahat-penjahat tidak dapat menyedari kelebihan ku iaitu  kuku yang tajam dan tersembunyi, beserta gigi yang tajam dan berbisa, serta kelebihan aku bermain pedang pasti dapat melawan dan mengalahkan penjahat-penjahat tersebut.

Ketangsan ku sebagai seekor kucing juga menjadi bonus untuk ku apabila berdepan dengan penjahat. Ketangkasan, dan kelicikan aku untuk mengelakkan dan meloloskan diri dari serangan penjahat dapat membantu aku dalam misi melawan dan  mengalahkan penjahat-penjahat. Dengan saiz badanku yang sederhana itu memudahkan aku untuk menyelinap masuk lubang-lubang kecil.


Bukan itu sahaja, aksi aku yang bersahaja sahaja pasti menyukarkan pihak penjahat untuk membaca langkah dan gaya serangan aku. Dalam misi untuk menyelamatkan dunia dari penjahat-penjahat, aku juga  memerlukan bantuan rakan-rakan yang lain


Apapun tiada apa yang dapat menewaskan kami kerana kami adalah Puss and Kitty Softpaws. Si kucing yang Bijak, comel, tangkas dan manja...




Thursday, November 3, 2011

Dah namanya Perempuan

Aku bukan la terlalu meminati "English Style". Hanya gemar untuk mengumpul koleksi pinggan mangkuk sahaja. Almaklumlah, kalau satu rumah sarat dengan konspe English Style, maunya Tuan Besar tidak setuju 100%. Jadi aku hanya memutuskan hanya didapur sahaja konsep ini boleh di ketengahkan.



Cuci Kereta pun Boleh Kaya tau...

Rezeki sentiasa ada dimana-mana. Yang penting kita kenalah berusaha. Jangan la dok ikut citer Nujum Pak Belalang... " Ulat dalam batu pun boleh dapat makan... apakan lagi kita manusia dalam rumah nie" ! Ulat mana ada nak fikir bayar bill, nak beli makanan, nak shopping atau nak guna duit dalam urusan harian.. Jadi tak perlu lah nak samakan ulat dalam batu dengan kita yang kat atas dunia ini.



Tuesday, November 1, 2011

Kat Jalan Pun Boleh

Malaysia nie dah tak macam dulu. La nie bersepah PATI datang berkumpul dan mencari rezeki kat sini tak kira secara halal mau pun haram. 

Lihat sahaja gambar dibawah ini, da serupa macam di Indonesia, di India, atau pun di Bangladesh. Pantang kenderaan berhenti di lampu isyarat, pasti muncul orang datang meminta sedekah. Dengan lakonan dan muka kasihan, sedikit sebanyak boleh mecacatkan pemandangan ini kepada pelancung asing.


Mengalahkan Toyol

Lihat sahaja berita diakhbar hari ini. Anak2 berusia 7 & 8 tahun, sudah pandai mencuri masuk rumah orang. Dimana silap dan salahnya? Ibu Bapa atau orang sekeliling kah? Terkedu aku membaca berita ini. Barang-barang yang dicuri adalah basikal, komputer riba, alat permainan video serta duit. Sebanyak 26 buah rumah telah dipecah masuk.

Nauzubillah... Mintak2 perkara ini boleh dijauhkan dari keluarga aku. Aku tak nak komen sikap ibu bapa mereka.. Tapi bagi aku, setiap barang yang bukan aku beli, kalau aku jumpa, aku akan soal siasat anak2 aku. Bukan bersikap kejam, tapi aku cuba mencegah dari sebarang perkara buruk terjadi..