Showing posts with label merapu. Show all posts
Showing posts with label merapu. Show all posts

Friday, October 28, 2011

Sayur oh Sayur..

Hujung minggu sudah pasti aktiviti wajib di pagi hari adalah ke Pasar. Kalau dah ke pasar, kompom jumpa berbagai ragam orang.. Ada yang datang dengan baju tidur (kaftan), ada yang melawa macam mak datin (gi pasar pun pakai make up mcm nak g dinner) dan ada yang jenis pegi pasar bawak satu batalion ( yg akhirnya menyukarkan orang lain nak pilih barang).


Tertarik untuk berkongsi sedikit insiden yang mencuit hati berlaku di depan mata aku baru2 nie.

Ada 2 orang gadis di sebelah ku ( mungkin adik beradik).

A: Ni sayur apa nie?
B: Sayur Bayam..(Jawab dgn muka konpiden)
A: Nie sayur SAWI lah.. !

*** aku da tersenyum2 pandang Tuan Besor***

B: Sayur bayam si F suka makan tau..
(Dalam hati aku.. Tukar topik nampak..)

Pada pandangan aku la, mungkin:-

Selama ini sayur mayur dibeli oleh Emaknya. Dan Mungkin kali ini terpaksa mengalas tugas emaknya yg mungkin pegi haji.. ( Bersangka Baik tau)

Apa pun.. Anak-anak dara di luar sana, belajar-belajarlah kenal sayur.. Jangan esok dah kawen baru terhegeh-hegeh nak belajar..

Adios..



Sent via BlackBerry from Maxis

Friday, September 2, 2011

Cuti!

Hah! Masih tak terlewat nak mengucapkan Selamat Hari Raya. Cuti Panjang ek raya kali nie.. Korang cuti brapa lama.. Aku cuti, santak sampai hari Selasa. Saja abis kan cuti yang banyak.. Nie pun tinggal 15 hari lagi...

Bile tuan Blog cuti panjang, Blog pun ikut cuti.. Padahal bukan x leh hapdet tru BB.. Tapi malasnye ya ampun! Nak Blogwalking pun tak terbuat..
Dah jemu makan kuah kacang.. Semalam bantai masak western.. Pagi nie carik roti canai lak... Hehehhe.
Ikutkan nafsu punye pasal, sebulan puasa turun 5 kilo, sehari raya naik 5 kilo... Itu lah penangan raya dan puasa.. Hehehehe

Sent via BlackBerry from Maxis

Thursday, July 14, 2011

Makna...?



Tuesday, July 12, 2011

Ada lagi erkkk..?


masih ada lagi bas mcm nie ek...?


tak sangka ek... dalam keadaan negara membangun masih ada lagi bas macam nie digunapakai. Seingat aku bas nie wujud zaman aku bersekolah rendah dahulu.. lebih kurang 20 tahun yang lalu... 

TAPI la kan.. macam mana imej negara kita bila bas sebegini masih digunakan di negara kita sedangkan negara kita merupakan negara yang pesat membangun...?





Monday, March 14, 2011

Tulen @ Tiruan

lama da update blog..

sajer test market..

blog yang tak hapdet pun ada pengunjung..

Syukur gak la.. sbb x hapdet pun ada yg nak tgk..

kali nie aku terpanggil nak bercerita ttg barang tiruan..

kalau sebut barang tiruan for sure akan terlintas minyak wangi, handbag, makeup dan lenlain la


bagi aku, satu ketika dulu, zaman sekolah atau belajar, untuk memiliki sesuatu barang yang berjenama umpama nak ngorat anak raja tau... yea la bukan senang.. nak harap duit dari parent... idok ler.. tp bukan la semua barang aku beli yg cap imitation atau fake.. sesetengah la... yg pasti kalau barangan jenama sukan.. aku beli yg ORI ok....  tapi biler da bekerja, sudah pasti barang yg ORI jadi pilihan...

bukan aper.. la nie bnyk benor bende yg imitation and FAKE jual berleluasa.. especially kat blog..  korang search ajer la.. bnyk yg jual FAKE pastu ckp.. minyak wangi nie reject la, stewardess bwk balik dpt murah la... so it up to you la..

mcm aku, aku lebih suka beli yg ori.. walaupun x berapa glamer jenamanya... so kalau tara tara aku tentu-tentu Bonia, Pierre Cardin, Guess jadi pilihan... biarlah tak setanding Coach, Gucci, Channel, Prada.. janji aku tak beli yg tiruan punye...  tpi bab minyak wangi, sure aku akan beli kat kaunter.. idok ler nak beli kat pasar malam...




so kat sini aku nak share cara nak bezakan brg tiruan dan tulen..

Bagaimana hendak membezakan antara barangan asli dengan tiruan?


Ciri-ciri barangan asli:-
  • i) Harga jualan adalah mahal/ telah ditetapan
  • ii) Dijual di premis tetap seperti komplek membeli-belah ternama atau outlet yang diiktiraf dan dilantik sahaja.
  • iii) Mempunyai kad jaminan kualiti
  • iv) Mempunyai bungkusan yang menarik dan eksklusif
  • v) Mempunyai hasil kerja pembuatan (workmanship) yang halus, kemas serta menarik.
  • vi) Dibuat dengan menggunakan bahan yang berkualiti tingggi
  • vii) Dihasilkan di kilang yang menggunakan peralatan moden dan berteknologi tinggi.
  • viii) Kebanyakkannya diimport dari luar negara
  • ix) Tahan lama dan tidak mudah rosak
  • x) Tahap keselamatan yang dijamin selamat
Ciri-ciri barangan tiruan
  • i) Harga jualan adalah murah dan boleh tawar menawar ke tahap minima
  • ii) Dijual di premis terbuka seperti pasar malam, gerai tepi jalan atau kaki lima
  • iii) Tiada kad jaminan kualiti
  • iv) Tidak mempunyai bungkusan yang menarik dan eksklusif
  • v) Mempunyai hasil kerja yang tidak kemas pembuatan (workmanship) yang kasar, tidak kemas dan tidak menarik
  • vi) Menggunakan bahan yang berkualiti rendah
  • vii) Dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang paling asas, industri kecil-kecilan (belakang rumah) dan berteknologi rendah.
  • viii) Kebanyakkannya dibuat di dalam negara
  • ix) Tidak tahan lama dan mudah rosak
  • x) Tiada jaminan dan mungkin membahayakan kesihatan

source: KPDNKK



kat sini plak aku nak sharekan pasal Akta yang digunapakai terhadap barang tiruan 
AKTA PERIHAL DAGANGAN 1972
Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan melarang penggunaan perihal, pernyataan atau petunjuk palsu atau Yang mengelirukan berhubung dengan barangan, perkhidmatan, tempat tinggal, kemudahan dan harga barang.
Di antara perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini ialah :
  • Menggunakan perihal dagangan palsu dalam perdagangan (umpamanya barang tiruan);
  • Memberi petunjuk palsu mengenai barang-barang, tempat tinggal, kernudahan dan perkhidmatan;
  • Memberi pernyataan Yang mengelirukan mengenai harga barang-barang;
  • Menggunakan perbahasaan "Halal" kepada makanan Yang tidak mematuhi Hukum Syarak;
  • Mengadakan jualan murah tanpa memperolehi kelulusan;
  • Mengadakan jualan murah melebihi tempoh Yang dihadkan;
  • Menjual dengan harga lebih daripada harga jualan murah Yang ditetapkan oleh pembekal;
  • Gagal menunjukkan harga tawaran terda harga tawaran semasa dalam jualan mura
  • Memberi petunjuk palsu mengenai harga dal murah.
Denda yang boleh dikenakan :
  • Bagi kesalahan pertama orang perseorang boleh dikenakan sehingga RM 100,000.00 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya dan kesalahan berikutnya denda sehingga RM200,000.00 atau 6 tahun atau kedua-duanya.
  • Bagi kesalahan pertarna pertubuhan/perbadanan denda boleh dikenakan sehingga RM250,000.00 dan kesalahan berikutnya denda sehingga RM500,000.00.
  • Bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, jumlah kompaun adalah sehingga 50% dari jumlah denda maksimum yang diperuntukkan.
      
Source : http://www.sabah.org.my/bm/konsumer/panduan_pengguna/akta.asp


 
ini pulak pandangan seorang ustaz mengenai isu ini

Hukum Membeli dan Menjual Barang Tiruan

Soalan yang telah ditanya kepada saya ialah :

Apa hukum menjual dan membeli barangan tiruan kepada jenama-jenamaan yang mempunyai hak cipta terutamanya pakaian, beg kasut dan lain-lain?
Jawapannya

Barangan tiruan adalah barang yang telah diciplak, ditiru dan di copy tanpa izin pencipta dengan jenama yang sama dan pengguna tidak dapat membezakan yang mana original dan yang mana tiruan. Sekarang ini barangan tiruan bersepah dan banyak di pasaraya, pasar malam, kedai borong dan sebagainya.

Barangan tiruan ialah barang yang dicuri reka dari pencipta yang sebenar tanpa izin dan hal ini sama dengan masalah mencuri. Islam melarang umatnya mencuri, kerana mencuri itu adalah haram. Hadis Nabi yang bermaksud :
“Janganlah seorang dari kamu menjual atas barang jualan orang lain”

Fatwa dari Persatuan Ulamak Fiqh Sedunia dalam masalah ini ialah haram bagi sesiapa yang meniru barangan orang lain tanpa izin dari penciptanya. Barangan yang dimaksudkan di sini ialah barang yang menjadi hak cipta terpelihara.

Orang yang memprodukkan barangan tiruan seolahnya seperti mereka menipu pengguna dengan jenama yang diberikan. Contohnya baju kemeja yang diklon dari jenama yang terkenal tanpa izin dari penciptanya, kemudian produk tersebut dicopkan dengan jenama yang terkenal. Maka perkara ini merupakan penipuan yang nyata dan Islam sangat melarang umatnya menipu sepertimana Hadis Nabi yang bermaksud :
“Barangsiapa menipu kami, maka bukanlah dari golongan kami”

Masalah curi dan menipu ini sangat jelas dalam Islam dan ia merupakan perkara yang haram dan mungkar. Setiap perkara yang haram itu jelas dan tiada ragu-ragu dan setiap perkara yang halal itu juga jelas dan tiada ragu-ragu. Cari sumber rezeki yang halal dan jauhkan diri dari terlibat dengan perkara yang haram. Kerana rezeki yang haram akan menjadi darah daging kita dan keluarga kita. Rezeki yang haram juga akan membuatkan hati menjadi hitam dan benak untuk melakukan perkara-perkara yang makruf. Hati orang yang makan rezeki yang haram menjadi keras dan susah untuk dibentuk dan ditarbiah.

Carilah rezeki yang halal dengan penat lelah diri sendiri, kerana rezeki yang halal ini walaupun sedikit tetapi ia memperolehi keberkatan dari Allah. Orang yang makan perkara yang halal dan baik, mudah untuk dirinya dan keluarganya untuk mematuhi segala perintah dan larangan Allah. Bersyukurlah kepada Allah dengan rezeki yang diberikan kepada kita semua. Sesungguhnya Allah telah menentukan rezeki kepada setiap manusia. Kuat doa, usaha dan tawakal maka banyaklah rezeki yang diperolehi oleh kita. Firman Allah yang bermaksud :
“Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.”
(Al-Baqarah : 172)
“Oleh itu, makanlah (Wahai orang-orang Yang beriman) dari apa Yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda Yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.” (An-Nahl : 114)
Source : Ustaz Nor Amin

so pepandai korang la ek! jgn sampai nnt beg korang kena koyak kat airport.... kawan aku da pernah kena...


kat sini pun da terterakan.....?
|
V





picture : credit to kak red

so.... LU PIKIRLA SENDIRI.....

Wednesday, February 16, 2011

MOTIF?

salam…..

lama tak hapdet

sekali kasi hapdet tajuk yg mcm…teeettttt!

sajer bikin terkejut jap…
 
 aper motif korang carik tajuk nie kat blog aku…?



(sila klik utk imej lebih jelas)


nak tau tajuk aper… CARA PAKAI KONDOM LELAKI…


ekius me… nie blog personal…

takde tajuk 18 sx…

yea apaa da…..




Tuesday, October 12, 2010

warna warni raya


since da ada DSLR.. macam macam la cuba di snap..

cantik tak cantik blakang kire..

tapi puas hati…

korang layan la kesengalan aku nye gambor nie ek…. plzz komen kalau ada yg terkurang….


CSC_0511

first try….


DSC_0807

heart shape… mode m-bulb…      

   
DSC_0816 
percubaan wat logo mekdi


DSC_0768

dunno wat shape…? *erm erm….

 DSC_0771

H- for…? no idea..

 DSC_0773

star..

 DSC_0806

mode gulung-gulung..

 DSC_0808

power of luv..


DSC_0809

percubaan big heart shape yg tak menjadi..


DSC_0811 
yeeha…


DSC_0812 
     mcm pintu masuk narnia ajer…

* tak kire la raya da lepas pun aku nak buh gak n3 nie...*

Monday, October 11, 2010

perbezaan CENDOL dan ABC…

n3 nie aku tujukan khas buat Rinn yg konpius antara 2 bender tuh…

Cendol


 

Sumber : Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
 

Cendol di Singapura

Cendol di Malaysia
Cendol ialah sejenis minuman sejuk yang boleh dijumpai di negara-negara Asia Tenggara.
Ia dibuat dari ramuan kisaran beras (sekarang hanya perlu tepung beras) dan dicampur dgn air jernih dari mendapan kapur sirih kemudian dimasak air beras tadi dan dikacau hingga cairan tapi pekat dan menggelegak. Setelah itu pekatan tadi ditekan ke tin yang ditebuk seperti siraman hujan, maka pekatan tadi terus melalui lubang tersebut dan dibiarkan sejuk didalam bekas air yang disediakan dibawah bekas berlubang tersebut. Bolehlah diwarnakan mengikut warna kesukaan, dahulunya diwarnakan dengan air daun pandan. Ia dihidangan bersama ais, air gula merah dan santan. Tetapi ditokok tambah pula dengan pulut dan susu isian manis.

 

Sejarah

Nama asal bagi cendol ialah chorn dooi bermaksud tolong. Kerana pada ketika itu hendak membuat cendol amat sukar dan memerlukan pertolongan beberapa orang lain. Chorn dooi diambil dari bahasa Selatan Thailand (bahasa Melayu Patani), dahulunya Negara Islam Patani. Setelah ditakluki oleh kerajaan Thai maka ramai penduduk negara Patani berpindah ke negeri-negeri di Tanah Melayu dan memperkenalkan sejenis minuman manis.

Air Batu Campur (ABC)

Air batu campur ataupun lebih terkenal sebagai ABC (juga dikenali sebagai Ais Kacang di Pulau Pinang dan Singapura) merupakan sejenis minuman yang diperbuat daripada ais yang dimesin dan dicampur dengan bahan-bahan seperti kacang, buah kabung, cendol, cincau, jagung, pemanis, seperti sirap dan sarsi serta air nisan.
Ia menjadi pilihan utama bagi penggemar mahupun cuaca sejuk atau panas
 
 
so aper lagi Rinn da paham.. x konpius da…?Leman Dawi jual cendol ajer tau….!

credit to uncle google n wikipedia...


Thursday, July 8, 2010

Unik…

Cuti sekolah bulan 6 ari tu, kami sekeluarga berkampung di Melaka. Since SUKMA 2010 berlangsung di situ N myman bertugas di situ… aku n anak anak pun join sekali la… kebetulan cuti sekolah, penginapan da ada.. setakat makan anak beranak no hal la..

kalau myman kerja pun aku masih boleh ronda-ronda lagi… Since duk Kat Hotel Naza, pasal mkn no hal.. myman g la wat keje, aku boleh berjimba dgn anak2. sebelah hotel ada the store n mekdi… dalam 1 km ada jusko n tesco…

upppppssssss melalut lak… aku nak citer pasal mende unik yg aku jumpa di Taman Mini Malaysia.. kat umah mana da tak ingat … tapi masih menjadi tanda tanya… camne bende nie berfungsi…? any explanation….?

page 
nama benda nik penepuk belalang… bukan ke belalang tu tecik ajer…? le ke di tepuk belalang tu…?


p.s:      saper yg ada jawapan.. tolong tolong la bantu aku ek…anak aku tny pun aku jwb tgh carik kat internet… ahaksss…..



Tuesday, May 11, 2010

sedih…

sedih…

pilu…

sayu…

unspoken…

tak terkeluar di mulut ku..

tak terucap di bibirku…

tak terzahir oleh ku…

namun aku redha…

mungkin ini dugaan Nya…





lyn n3 sengal ek….


atuk tolak wan….?

bile anak anak da membesar..

apa keletah dorang masih kecil mesti menjadi bahan ketawa kitorang…

baru baru nie tgh mkn-mkn…  dok berborak dgn myman…

teringat satu citer kes abg ngah mengenakan atuk nya…

citer dia cam nie…

masa nie abg ngah dalam umur 5 tahun…
abg ngah: atuk… cuba dgr tau… atuk 1, wan pun 1… pastu kalau atuk tolak wan apa jadi….?
my father in law dgn konpiden jawab…
atuk: atuk tolak wan… tggl kosong la… satu tolak satu…
abg ngah: hahaha salah…
atuk: napa pulak?
abg ngah: atuk tolak wan… da tentu lah wan jatuh…
~atuk terdiam membisu~ mesti dlm hati… bertuah nye cucu…

aku yg dgr senyum ajer la…

mana la dia dapat teka teki mcm nie…


Wednesday, April 21, 2010

Lagi masalah bahasa…

cats

mcm n3 sebelum nie masalah bahasa inggeris.. takpa la… kita orang malaysia tak semua mahir berbahasa inggeris…

tapi yg ini, terang terang bahasa melayu… bahasa kebangsaan.. bahasa ibunda kita… masih ada yg salah… kalau setakat tulis blog, typing error..masih boleh dimaafkan… tapi kalau nak dibuat signage atau tanda.. pastikanlah ejaan tu betul.. malu wei… pemadam jadi pemadan… burung puyuh jadi puyu… bukan ker puyu tu ikan….? 

macamana la nie…? 

DBP amik ai jadi duta u tak nak ker…? 

hahhaha bahasa aku pun tunggangg langgang…



no or on?

IMG00298-20100419-1731

sedikit selingan pagi…no tow on tow… kejadian nie terjadi depan mata aku masa ond nak g pasar mlm dgn myman… memula tak perasan, sampai la myman tegur.. ape ke bangang or depan nie…?

aku~ gulp…~


Saturday, April 3, 2010

ermmmmmm?

mak1

pemilik keta nie sama ada dia mengabadikan mak dia sebagai no.1 ker atau dia mmg suka nak maki org…?

hehehhehe…gambar nie di snap oleh myman  fewmonthago dgn harapan “yang, nnt blh jadi u punye citer dlm blog”

 tapi hagham… dia tak tau bini dia tak dan nak menyentuh blog sejak takde maid… la nie je leh hapdet sbb blom ada keje yg mendesak lagi…

kalau di beri pilihan plate kereta mcmana yg orang idamkan dan apa makna plate keta tu pada korang…?


Friday, April 2, 2010

Part 4….. ~ within 8 minutes ~

part4


kan da tdo….
udahnya tv tgk si kenit nie…


picture taken: 9.10 pm




Part 3…~ within 8 minute~

 

part 3

landing time….

lyn tv sambil baring pun ok gak…..

 

wat next?

picture taken: 9.05 pm




Thursday, April 1, 2010

Part 2…~ within 8 minute~

part2

degree kecondongan sudah turun…

layan tv sambil baca buku…

wat next…?

picture taken: 9.03 pm


Wednesday, March 3, 2010

pakcik ooo pakcik…

pakcik aku…teeeeetttt nama terpaksa dirahsiakan…

ada aje lawak…

ari tu dok bercuti bersama family aku.. maka keluar la mcm mcm citer…

citer pertama..
pakcik: napa sabun nie tak banyak buih…
anaknye: sabun yg mana?
pakcik: yg botol kecik tu…
anaknye: papa… itu famine wash la….!
pakcik: mana papa tau… papa da wat sabun basuh muka lagi….
anaknye: gulp!

tu la akibat mata da rabun… kui kui kui….

*****************************************************************************

citer kedua:

pakcik ku yg baru kuar bilik air…
anaknye: apasal papa nie wangi sgt..?
pakcik: pakai body wash yg baru tu la…
anaknye: papa… itu syampu rambut la….!
pakcik: papa da sabun satu badan…




Tuesday, February 23, 2010

katak oh katak…

DSCN4333
siyesly… sblom aku amik gambor nie mmg aku tak perasan pun ada katak… sampe  la anak anak aku bagi tau….
pandai ek katak tu menyamar….
agak agak la… kalau aku pun leh menyama r mcm katak tu kan…
time time orang yang tak diingini tu lalu ker, nak jumpe ke… terus aku menyamar menikut keadaan sekeliling….
hehehhehe mcm lawak la… imagine nak menyamar punye pasal… kalau kat blakang aku tu langsir… otomatik aku dgn baju baju transform ke kaler langsir…

auwwwww  mcm lawak ajer….
layan ajer la ek….


Monday, February 22, 2010

nak marah ker tak…?

agak-agak korang la… kalau anak-anak korang menconteng dinding umah, agak agak  korang naik angin tak…? kejadian nie masa da sibuk sibuk pundah kat umah baru…

nak jadi coter bile sume barang da di angkut, penuh dgn abuk blakang lemari kuar…. masa nak mengemas umah nie… tertengok la satu mural dinding yang menarik….. mmg pot dorang conteng bie tempatnye strategik…. kat blakang katil dabel deker, pastu kat sini penuh dengan kotak menan… mmg aku n myman tak de minat nak menjenguk….

alkisah… barang da abis angkut….. tinggal nak mop n sapu sket sket…( ini keje myman ek…aku mmg alergik – alasan baekkkk punye)  baru aku terperasan.. rupenye bukan contengan, tp lebih pada sebuah lukisan komik bercerita…

sabau aje la… nak marah pun sbb da nak pinda…. udahnye marah jadi gelak tawa kami berdua…
korang layankan jer la

Image274

tgk la dialog tu… aku pun nak gelok besor jadinye…


Image273

kat sini lagi la banyak dialog… cume aku malas nak zoom… ejaan jgn cakap la… budak tadika punye ejaan.. layan kan aje…



Image271 

nak mengeja CIMB Bank… jadi CIMD BANG… asal ada bunyik udah…


Image272
yang nie aku tak tau aper kejadah menatang nie….. insert key card n insert coin… mcm nak byr parking kete  pun ada gak…


kreatif ke inovatif...?