Thursday, December 13, 2012

Private & Personal

Jarang benar aku mengupdate blog ini.
Aku tertumpu untuk mengupadate private & personal blog aku.
Banyak mengenai luahan hati, madah, puisi dan segala benda yang aku ingin aku cerita secara bebas.
Terasa lepas beban dan kekusutan yang terbuku dihatiku...



 

Monday, November 19, 2012

Private & Personal

Terpikir untuk membuka satu blog yang private dan terlalu personal untuk aku. Ada kalanya aku tak dapat nak meluahkan semuanya di blog, FB dan Twitter secara umum. Aku perlukan masa dan ruang untuk aku sendiri.. 

hurm..
Moga aku terus diberikan kekuatan oleh- Nya.. 
Amin.. 

Truly,
 

Sunday, November 18, 2012

Bukan ini yang ku Pinta

Bersawang da blog aku nie...
Malas benau nak update. 
Benda nak citer banyak
Tapi malasnya..ya ampunnnnn...

I'm not longer working nun di atas bukit tu lagi..
Now movintg to hotel lak.. Kehlas ko...Opis kat hotel..
Aku ada...KO ado..?
Heheheh..

Tadi tu intro ajer...Yang bawah nie sebenarnya benda yang aku nak ceritakan...

Perpindahan ke pejabat baru tu, bukan sesuatu yang aku rancangkan dan bukan nya aku minta. Ianya dah tertulis dan tersirat. Allah lebih tahu apa yang terbaik untukku. Tiada kabel yang aku gunakan untuk pertukaran ini. Tiada campur tangan orang besar, orang sederhana besar atau orang kecil. Semuanya berlaku secara pantas. Seperti aku bermimpi di siang hari. Semuanya berlaku serentak. Berpindah dan mendapat keputusan periksa dalam jangka masa yang agak sama. Alhamdulillah... Bak kata CC Pauziah, aku dapat rezeki berganda. Syukur.. Syukur pada Mu Ya Allah, Ya Rabb... atas limpah kurniaMu kepada hamba Mu yang kerdil ini. 

Perpindahan aku berlaku atas peristiwa yang berlaku 2 tahun yang lalu. Peristiwa yang ingin aku lupakan. Peristiwa yang membuatkan aku berada dalam kegelapan seketika. Bagi sesetengah orang,mungkin apa yang terjadi pada ku adalah benda yang paling remeh dan kecil. Tapi tidak bagi ku. Maruah aku sebagai seorang isteri dan perempuan, harus aku pelihara. Bukan semudah itu "dia" boleh menyentuhku walau menepuk dibahu. Jika perkara ini tidak berlaku pada mereka, mereka tidak merasa apa yang aku rasa dan tempuhi.

Di atas bukit itu, aku mengenal dengan banyak ragam  dan perangai manusia. Ada yang berubah kerana pangkat dan wang ringgit. Ada yang terlalu bermegah dengan pangkat dan kedudukan. Ada juga menyalahgunakan kedudukan serta  pangkat. Namun tak semuanya begitu teruk. Ada juga yang tidak kisah pangkat boleh duduk dan berdiri sama tinggi. 

Syukur kerana aku ditempatkan di cawangan yang tidak bermasalah. Pegawai dan anggota semuanya baik dan tidak menyombong. Aku agak terkesan dengan perpindahan ku ini kerana aku rapat dengan mereka. Tuan Tan merupakan boss terbaik yang pernah aku ada. Sikapnya yang memahami serta bertolak ansur amat disenangi oleh aku dan rakan-rakanku. Bukan lah boss aku sebelum ini tidak baik... namun adatlah ada yang lebih dan ada yang kurang di sana sini.  Pegawai-pegawai juga tidak banyak memberikan masalah. Begitu juga dengan anggota-anggota yang lain. Aku TIDAK terpinggir disini walaupun hanya aku seorang Kakitangan awam di situ.

Kini aku di pejabat baru. Alhamdulillah... Semuanya baik-baik sahaja. Masih banyak benda baru yang perlu aku pelajari. Perjalanan hidup aku takakan berada di satu takuk untuk selamanya. Aku perlu berubah dan perubahan perlu ada. 

Doakan yang terbaik untuk aku...


Truly,

pu3mawar

Saturday, September 22, 2012

Ini ajer..

Jemput minum petang.. Ini ajer yang mampu dibuat.. Planing tghari tadi nak masak macam-macam utk tea time.. Udahnye ke laut.... :) apa taknya boleh lak aku tertido dari kul 3++ sampai kul 5.30.. Adoiii.. Dah la bangun-bangun, tuan besor n kiddos makan biskut.. Alahai.. Rasa bersalah sangat sebab tdo, n tak prepare apa utk minum petang..

Wash up muka cepat-cepat, intai lemari es, tengok apa yang ada untuk dimasak dengan segera.. Kalau bab segera nie, tanya dgn kiddos, maggie menjadi jawapan utama.. Hahahaha.. Lega, seb baik ada lagi karipap frozen dan dimsum segera..

Ini ajer la yang bakal menjadi santapan minum petang sekeluarga.. اَلْحَمْدُلِلّهِ, by 6pm, semuanya sempat disediakan dan tggu untuk dingap..

*rasa bersalah sbb tertido di ptg hari.. :( kalo tak da tentu ptg nie dpt makan cream puff...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, September 13, 2012

Bila da Free!

Angan-angan kan FREE... Bila free tu, boleh ler nak angan-angankan sesuatu yang lebih baik dari yang kita miliki. Macam aku sendiri, aku mengangan-angankan untuk memilik kereta Audi nie... Hamik ko... Tak beragak punya angan-angan... Kot-kot nak miliki keta "fancing horse" atau porche, memang diluar dari kotak pemikiran lah! Bekerja sampai pencen pun blom tentu mampu nak membeli tayarnya.. Hahahaha..

Cuba korang bayangkan, nak angan-angan pun kena bayar.. Alamatnya, jangankan keta audi nie nak diangankan,  nak angankan keta Toyota Vios pun pikir namploh kali. Hehehe.. Tapi kadangkala, dari angan-angan nie lah boleh menguatkan semangat kita nak ubah gaya hidup, nak melakukan anjakan paradigma (amik ko da kuar istilah 2 hebat) dalam diri..

Apapun.. Selamat berangan-angan buat korang..

*tetiba teringat lagu "Angan-angan" nyanyian Raja Ema.. Tapi tu angan-angan nak carik pasangan..
Hikssssss #aptb

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, July 23, 2012

Bibikless

Ada ke istilah Bibikless? Hentam saja ler labu...
Hari ini da 3 hari aku bekerja tanpa bibik. Rasanya tak matipun tak de bibik, cuma letih sikit la.. Iya lah, untuk meng"handle" 4 anak sekali gus tanpa bantuan ada masa, mengah gak..


Alhamdulillah, anak-anak dara boleh diharap ( walaupun ada masanya terpaksa membebelization). Tuan Besor pun ada membantu.. Bukanlah aku nie tak reti langsung buat kerja rumah, cuma komitmen bekerja dan membesarkan anak-anak dalam masa yang sama, perlukan kesabaran yang tinggi..


Ikut hati memang dah tak nak pakai bibik, tapi Tuan besor nak carik gak.. Tak sampai hati kot nak tgk isterinya nie keletihan ( jangan muntah..). Tapi perlu jugak ada bibik. Kerja kami suami isteri tak tentu masa. Kalau Tuan Besor terlibat dgn kerja luar (especially Sukma) tak kan la nak tinggalkan aku sorang menguruskan anak-anak. Dah tentu-tentu bila Sukma ajer hampir sebulan kami ditinggalkan.

Bukanlah keterbegantungan sangat pada bibik, cuma buat peneman dan menjaga anak-anak di kala aku dan Tuan Besar tiada. Kerja-kerja rumah masih aku buat seperti biasa...

Chaiyok! Chaiyok! Best gak tak de bibik.. Nak seksi meksi pun tara hal lah!!!



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, July 10, 2012

Satu Pilihan

Aku kini dipersimpangan,
Aku terikat dengan satu pilihan,
Aku BUNTU!
Kanan ataupun kiri,
Yang harus aku lalui,
Kedua-duanya penuh berliku, 
Kedua-duanya penuh onak dan duri

Namun,
Pengakhirannya satu destinasi yang sama,
Destinasi kebahagian...
Yang membezakan persimpangan ini,
Kesabaran dan ketabahan aku untuk melaluinya,
Mungkin dipersimpangan itu,
Penuh onak dan duri,
Mungkin dipersimpangan ini, 
Penuh ranjau dan liku,
Kuatkah aku?
Mampukah aku?
Cekalkah aku?
Tabahkah aku?
Sanggupkah aku?

Berkorban demi penghujung yang belum pasti,
Adakah ianya akan aku miliki?
Perlukah aku berserah? 
Sedangkan itu yang aku Dambakan?

Lantas,
Aku bangun,
Bermohon padaMu Ya Rahman
Bersujud kepadaMu Ya Rahim,
Bermunajat kepadaMu Ya Rabb,
Berserah kepadaMu Ya Allah...
Namun yang pasti,
Hanya Istikharah jawapan kepada semua ini...

Ya Allah,
Jika ini dugaan dan cabaranMu,
Yang harus aku tempuhi,
Jika ini ujian dariMu untuk HambaMu ini, 
Aku Redha,
Aku Pasrah..
Kerna ku tahu,
KAU yang Maha Mengetahui Semua ini...
Kerana setiap kejadian ini
Sudah tertulis sejak azali...

Aminnnn...

09.30am
09072012
Bukit Aman

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, June 27, 2012

Penat

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, June 25, 2012

Makan-makan

Malam tadi, kami sekeluarga makan biasa-biasa ajer. Siakap steam, telur dadar, kailan ikan masin, ayam goreng kunyit dan tom yam seafood.  Tapi, bukan aku lah masak... Makan kat kedai ajer. Dah la semalam seharian super duper bz. Ada macam-macam hal yang dibuat dan dihabiskan bersama familia tercinta..

Agak-agak korang, set makanan diatas tu, bersama satu jug air sirap dan nasi semangkuk.... Berapakah harganya?  Percaya atau tidak, harganya hanya RM 39.00 sahaja dan licin dimakan kami sekeluarga ( READ: 2 dewasa dan 4 kanak-kanak).

Bagi aku harganya berpatutan la.  Lagi pula ikan siakapnya tu bersaiz besar. Masakkannya pun boleh tahan. Anak-anak aku amat sukakan siakap steamnya...  Kat mana kedainya..? Hurm... Kat Meru la... Kalau korang nak ke Pekan Meru, meh la cari Restoran Aroma Nusantara...

Masakan yang lain-lain pun sedap gak...   Selamat mencuba..... :-)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, June 13, 2012

Wordless Wenesday

Published with Blogger-droid v2.0.4

Bila Malaikat Mencabut Nyawa

 Dikongsi dari email yang diterima...


Ulangkaji sesama  kita:


 Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda:


"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."   


Sambung Rasullullah s.a.w.. lagi:


"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."   


Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.   Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah s.w.t. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.


Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: 


  "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah s.w.t." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah s.w.t. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.


Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:


"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."   Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah s.w.t. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.   Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."  Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:   "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."   Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."   Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah·


"   Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah s.w.t. Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:


"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah s.w.t. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah s.w.t.   Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.  


 Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:


"Roh itu menuju ketujuh tempat:-   

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.  

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.  

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.  

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak  mereka.  

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.  

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak  misik. 

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.


"   Telah bersabda Rasullullah s.a.w.: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-  


1. Orang-orang yang mati syahid.  

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.  

3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Tanda-Tanda Saat-Saat Kematian  


“Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan” (Surah Al-Baqarah : Ayat 28)Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.


 Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah s.w.t. tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah s.w.t. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah s.w.t.Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan: 


Tanda 100 hari sebelum hari mati.


Ini adalah tanda pertama dari Allah s.w.t. kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.  Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. 


Tanda 40 hari sebelum hari mati


Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah s.w.t. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. 


Tanda 7 hari


Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


Tanda 3 hari


Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 


Tanda 1 hari


Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. 


Tanda Akhir


 Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah s.w.t. yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.


 Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah s.w.t. semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah s.w.t. mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.  Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah s.w.t. semata-mata.  


Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah s.w.t. serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah s.w.t. dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri. 


*sharing is caring*

*sebagai ingatan dan renungan bersama*


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, June 12, 2012

Terlanjur Cinta

Suka sangat dengan lagu  nie... Tapi tak pernah cuba nak bawak karaoke.... Hehehe


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, June 9, 2012

sakit

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, June 8, 2012

33

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, June 6, 2012

Wordless Wednesday

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, June 5, 2012

Rajuk yang sepi

Raju, yang sepi...? Semacam ajer tajuknya kan...? Merajuk ker? Ntah la... Hati nie da penat nak merajuk. Dah tak reti... Lagipun buat penat ajer la nak merajuk-rajuk nie bila umur dah melepasi 3 series... Lagi-lagi pulak dah nak sampai hari tuanya nie...


Merajuk sebab gangguan hormon la nie... Dgn PMS, dgn macam-macam benda yang jadi... Udahnya tak tertanggung.... Teringat lak lagu allahyarham Sudirman... " penyu menangis tak siapa yang tahu....."


Tak sebenarnya ini bukan entry hati dan perasaan, ini entry yang nak ingatkan diri ini dah nak bertambah umur....


Haish... Dah makin bertambah umur, bertambah macam-macam dugaan..


Kifarah dari mu ya Allah, ku terima dengan redha....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 16, 2012

Wordless Wednesday - kasi bakor lagi....

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 15, 2012

Dihargai...

Bila ada insan lan mengeji, mengumat, mempertikaikan.... Masih ada insan lain yan sudi menghargai diri ini..

Apapun cemuhan diberi, ku telan walaupun sepahit hempedu...


Mungkin ini rezeki yang tersurat yang telah diutuskan oleh-Nya.


Syukur Alhamdulillah.....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 9, 2012

Wordless Wednesday - Row, row, row your boat...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wordless Wednesday - Kito Bakor.. Kito Bakorrrr....

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, May 3, 2012

Dari satu sisi

Kadangkala ada insan dinilai dari satu sisi kebaikannya. Ada juga insan dinilai dari satu sisi keburukkannya. Terpulang pada yang menilai.

Pada yang tidak menyukai insan tersebut, pasti menilai dari sisi keburukan berbanding kebaikkan. Buatlah berjuta kebaikan... Sisi yang buruk pasti menjadi perhatian..

Pada yang terlalu suka insan tersebut, pasti keburukan akan ditutupi dengan kebaikan insan tersebut.

Baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datang dari kita sendiri. Sisi mana kita dinilai, terpulang pada yang menilai.. Siapa kita itu menentang?

Subjektif bukan...? Tak semestinya kita rasa diri kita bagus, padahal ada insan lain menilai yang kita ini tidak SEBAGUS mana. Jangan lah kita patah semangat bila ada insan mengkritik yang kita tak sebagusmana..

Apa yang penting, kita tau siapa diri kita. Dari sisi mana kita dinilai, terpulang. Yang penting kita tau dimana "STAND" atau pendirian kita..

Dari satu sisi, kita hanya insan disisi Allah.. Biar kita bertuhankan Allah.. Bukan bertuhankan Duit.. Kerana dari sisi mana pun, apabila kita "pergi" satu ketika nanti, sudah tentu, dari sisi baik dan buruk kita akan dinilai oleh-NYA...
Sent via BlackBerry from Maxis

Thursday, April 19, 2012

live from KPJ

hari nie tuan besor ada follow up check up. Da dekat seminggu MC. Macam alang kepalang pulak kalau esok kena kerja kan...? Tapi aku still kerja lah...


Tuan besor baru pas amik darah... Tengah tunggu result. Dapat result kang, baru doc panggil... Heuwwwwww *sambil lap peluh....


Tak leg nak update bebanyak.. Nak kena tgk nombor giliran gak.... Kang tak perasan..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 18, 2012

lemau

Adoiiaiiiii ke"lemauan" telah melanda diri ini.... Seminggu lelah menjaga tuan besar yang tak sihat, berulang alik dari rumah, pejabat dan hospital.. Boleh dikatakan memang masa dihabiskan dalam kereta ajer. Bukan tak nak ambil cuti, tapi boss da bagi kebenaran dan pelepasan, baik digunakan... Sayang gak kalau asyik cuti ajer... (padahal, tahun nie baru cuti 2 hari ajer....)


Lagipun beberapa minggu nie aku sibuk jadi ahli kaji sejarah... Dari arkib, mengkaji jurnal dan surat-surat lama... Perghhhhh berpinau membacanya... Erk! Tak leh nak taip bebanyak..... Sat g ada keja nak dibuat...


Eh! Korang da dapat kew 8 tak? Alhamdulillah, ada rezeki lebih untuk bulan ini..... :-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, April 13, 2012

Best ker pakai Blackberry?

Ada orang tanya aku.. Best sangat ker pakai blackberry? Hurmmm aku dah dua tahun lebih menggunakkan blackberry... Bagi aku oklah... Kalau nak kata blackberry best sebab ada BBM, sekarang nie dgn whatsupp, ebudy XMS tepon android dgn iphone pun ada... Bagi aku aku suka sebab data plan aku hanya RM 99 dan UNLIMITED...


Tapi mesti ada yang cakap, kalau unlimited tak reti pakai pun, tak de makanya... BETUL TAK? macam  aku, ada blackberry dgn broadband... Tapi kena pandai nak bagi-bagi guna la...  Broadband data 4 gb ajer sebulan.. Bagi pengemar movie, youtube dan kaki download seperti aku 4gb mana cukup... So, broadband hanya di sumbat ke dalam tab, dan hny utk keja-keja blogwalking, twit, fb dan surf ringan-ringan ajer...


Bab movie, youtube dan download serahkan kepada blackberry.... Tapi nnt ada yang tanya, puas ker tgk kat blackbery...? Oh! Tidak.... Dah tentu tidak... Tapi aku gunakan blackberry sebagai modem ke PC aku....


Dan lihat hasilnya bila aktiviti mendownload, movie menjadi kerja aku....



bil untuk data usage aku RM7K ++++


Seb baik la unlimited... Kalo tak.....? ERK!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, March 19, 2012

Kena Suap!

Tak faham aku sekarang nie! Kenapa semua benda nak disuap, nak dicarikkan, nak dikasi. Bukannya takde kemudahan. Sikit2 tanya... Sikit-sikit mintak... Sikit-sikit nak... Benda sikit-sikit, lama-lama kalau kumpul jadi banyak...


Come on la, kita bukan nya budak sekolah yang nak di spoon feeding kan... Nak disuap, dikasi, di carikan... Semua kemudahan dah ada, internet & teknologi dihujung jari... Orang, kalau dah lama-lama pun naik menyampah. Kalau benda yang kita mintak tu untuk kegunaan atau menjadi rutin kerja kita selalu, cuba lah carik inisiatif kita sendiri. Kalau dah dapat tu simpan atau 'save' jika perlu. Kalau maklumat yang kita nak tu ada dalam internet, carik ajer la.... Nie kejap-kejap tanya... Macam lah tak de kemudahan internet tu.


Sekali dua tu boleh gak aku tolong, tapi kalau da kerap, jgn terkejut tetiba aku melenting... Senang citer mcm nie la..... Kalau nak maklumat, google ajer la... Sekali dua boleh la tanya, kalau lelebih org pun geram gak....


Sekian bebelan aku ini... Penat melayan karenah org yg semuanya nak disuap... Nak diberi...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 2, 2012

boleh la...

Hari nie aku bertugas di Sunway Pyramid.. Bile tengahari, mula le mengagau nak makan apa.. Aku nie kalo sensorang pun tarak hal la nak lepak mana... Pusing punya pusing, tekak nie memilih secret Recipe... Ingat nak makan nasi goreng thai.. Tapi frust sgt sebab not available..  Pilih pilak fish n chip... Pun da abis stok.... Grrrrrr... Nak tak nak, amik la chicken mushroom rice..


Kalo ko tanya tekak aku nie la, boleh la nak terima kalo terdesak atau lapar sangat. Namanya nak meng"repeat" order... IDOK ler....


Gtg...


Keja dah nak mula.....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, February 25, 2012

Futsal....

Hari nie ada game futsal... Da lama rasanya tak aktif balik dalam sport ajer... Da tinggalkan berkurun lamanya.. Dah tak fit rasanya.... Tapi, sekali sekala main nie, puas hati gak... Badan berpelh, terasa ringan....


Rasanya nak start bersukan balik... Nak mula dengan jogging.... Setakat main bowling, tak de la berpeluh sangat...


Wish me luck..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, February 21, 2012

Busy ya amat

Hari nie busy sesangat. Nak blog walking pun tak sempat. Nak update twitter lagi la tak sempat. Selagi 5S tak selesai, selagi tu banyak tugasan yang menghambat.


Roll Call pada Khamis lepas, aku diamanahkan untuk buat sistem filing yang baru dan seragam. Baru hari nie sempat kumpul data dulu. Petangnya baru start rangka sistem. Alhamdulillah, dari first process hingga sekarang nie belum ada lagi masalah yang timbul. Aku nie tak de la reti sgt bab sistem nie. Cuma guna basic ajer... Buat guna MS Acess ajer... Ada dua lg seksyen fail yang tak settle lg buat form nya...


Seronok gak bila berpeluang explore benda-benda yang jarang kita guna nie. Harap-harap aku dapat siapkan sebelum 27haribulan nie,  sebab 29hb dah audit. Eh! Tahun nie tahun lompat rupanya...


Toing.... Toing..... :-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, February 20, 2012

sengau...

Da beberapa hari nie, suara sengau. Bukan sebab apa pun... Dengan batuk, hidung tersumbat lengkap la pakej. Haziq pun dah tanya... "naper la suara ummi dah lain...?". Kejap suara macam Ella, kejap suara macam itik serati... Yang banyaknye sengau la....


Hurmmm tak apa la sakit-sakit sikit. Kata orang, Allah akan uji orang yang "Dia" sayang. Aku terima ujian ini dengan redha....


Wokey.. Short update sebelum balik.... Hari nie nak balik ontime..... Yeehaa.......


Published with Blogger-droid v2.0.4

Pavlova oh! pavlova

Semuanya gara-gara entry Yanmie.. Menengokkan entrynya yang menggoda, terus aku mencubanya. Dalam seminggu, dua kali aku membuatnya. Alhamdulillah, kedua-dua percubaan bejaya.


Anak-anak pun suka. Along dan alang paling menggemarinya. Angah dan Haziq, setakat makan buat rasa. Tuan besor pun sama. Maklumlah tekak tuan besor nie tekak melayu... Makan sekadar rasa.


Nak buat pavlova nie pun senang ajer... Nak resepi....? Nanti kalau aku rajin aku buatkan yea... Biasa kalo org mintak, aku bg ajer link si yanmie tu....


Hehehe... Jemput tengok ajer yea....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, February 19, 2012

"Ter"RAJIN pulak....

Ntah apa pulak hari nie.. Mood rajin datang menjengah.. Dari bab masak, hingga ke bab update blog.... Petang nie, makan simple-simple ajer. Keropok lekor yang Tuan Besor beli semalam masa balik sebentar ke SB. Walaupun rasanya tak sama macam rasa keropok losong darimTerngganu, tapi masih boleh la diterima dek tekak ku.  Tapi yang paling sedap sos pencecahnya. Memang kalau membeli, Tuan Besar akan beli sos extra, sebab boleh di makan bersama le'cucur de' godok...


Kan main nama masakan... Glemer gitu... Tapi yang sebenarnya cucur kodok ajer... Kalau korang nak tahu kat mana aku beli sos n keropok lekor tu.. Kedai dia tepi jalan sebelah kanan sebelum pekan Tanjung Karang kalau korang nak menuju ke Sabak Bernam la. Nama kedai dia Keropok Losong. Ada signboard pun kat tepi jalan...


Jemput makan semua.......


Published with Blogger-droid v2.0.4

Lunch : Homemade Nasi Ayam

Jemput makan semua...


Hujung minggu ajer, pasti buntu nak masak apa. Pikir punya pikir, masak nasi ayam lagi senang. Kalau masak nasi beriyani kang, tetap kena masak nasi putih sebab along tu vegetarian. Makan nasi pun memilih. Nak nasi putih, nasi ayam atau nasi goreng cina ajer. Yang lain tolak tepi. Nak bawak gi kenduri pun payah.


Kalau masak nasi ayam nie ramai peminatnya. Angah makan bertambah-tambah. Begitu juga along. Tapi alang makan, cukup payah nak bertambah. Haziq makannya boleh tahan gak. Tak bertambah, tapi habis semangkuk. Seronok kalau masak macam-macam, laku.... Mood memask pun ada ajer datang... Kalau rajin petang nanti, masak egg tart ajer la... Keropok lekor pun buat goreng ajer...


Macam tu la kehidupan bergelar isteri dan ibu... Jenuh memikir nak masak apa... Tak kan hari-hari nak makan kat kedai? Bila jarang ke dapur, tu yang tetiba muncul kat blog, potong timun pun tebal-tebal... Hiksss.. Saper kah itu...? Potong timun pun mcm tak reti...


Hiksssss lariksssss....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Beza memang berbeza...

Dah 2 tahun lebih aku duduk di Meruster nie, tak pernah lagi terpikir nak mencarik pasar yang berdekatan. Biasanya kalau tak ke Pasar Moden Sek 6 Shah Alam, aku akan ke Pasar Malam di Shah Alam atau yg berdekatan dengan rumah. Kalau ikutkan, kalau ke Pasar Malam lagi mudah, balik keje ajer boleh berdesup ke situ. Tapi dari segi masa, kurang praktikal. Iya lah, kalau balik pasar malam saing sekali dengan anak-anak balik sekolah, lepastu nak menyiapkan makan anak-anak. Sudahlah tu, pukul 8 malam, anak-anak nak mengaji lagi... Mau tak terkocah kacih. Nak ataupun tidak hujung minggu kena korbankan masa bangun awal untuk ke pasar.


Lama-kelamaan ke Pasar Seksyen 6, aku dan tuan besor mengambil keputusan untuk mencari pasar yang berdekatan.. Sudah pasti perlu ke Pasar Kapar. Bukannya apa, aku tengok makin lama, harga barang -barang makin mahal. Lagi pula membeli barang basah di situ, sekali berbelanja mau mencecah seratus ringgit. Biasanya membeli ikan, udang, ayam dan sayur-sayuran. Ikan pun bukan nya ikan besar atau mahal-mahal. Setakat ikan kembung, pelaling, cencaru dan selar. Sesekali baru membeli ikan siakap, pari, terubuk dan kadangkala ketam.


Start pada dua minggu lepas, aku sudah memulakan operasi ke Pasar Kapar. Mula melakukan aktiviti membeli barang-barang yang sama. Tekejut aku dengan jumlah yang dibelanjakan. Minggu lepas berbelanja TAK SAMPAI LIMA PULUH RINGGIT. Tadipun sama. Aku membeli lebih sedikig barang, baru mencecah lima puluh lima ringgit. Sungguh berbeza. Masa mula-mula aku pergi ke Pasar Kapar, aku hanya membeli ketam, ikan pari dan udang. Jumlah yang aku kena bayar hanya 25ringgit sahaja. Cukup murahkan....?  Kalau di Pasar Seksyen 6, daun kunyit seringgit seikat, ada dlm 2-3 helai daun, kalau di Pasar Kapar baru 50sen untuk 4 helai daun kunyit. Itu belum lagi dengan harga tempe dan sayur. Tempe pula, kalau disana dalam 5 bungkus,  dua ringgit, disini, sepuluh bungkus dalam dua ringgit setengah. Bayangkan berbanyak bezanya dan berapa banyak boleh berjimat?


Kita perlu menjadi pengguna yang bijak berbelanja... Hiksssss ;-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Telefilem : Jujur Aku Dayus

Selalunya jarang aku tgk drama malam2 minggu nie... Lainlah kalau balik ke kampung, barulah dapat melayan. Kat rumah nie tuan besor kurang tgk citer melayu. Siaran yg biasa jadi tontonan ada HBO, Cinemax, Fox movie, AXN dan yg sewaktu dgnnya.


Pada pendapat aku, pada mula citer nie, mcm bnyk kekonpiusan dan skrip tambahan aku sendiri. Persoalan kenapa Lisa tak nak ikut ke Jepun, Siapakah si Zul masa muncul di dpn rumah sewaktu pernikahan... Serta sikap Ed yg agak dingin dgn Lisa apabila sedar dari koma.. Lama-kelamaan, aku dapat mengagak puncanya sebab baca kat timeline twitter...


Citer Jujur Aku Dayus nie memang penuh emosi... Kalo tak masakan abis tisu sepeket.. Hahahaha kantoi disitu:-)... Minah jiwang gak aku nie... Tapi adatlah... Perempuan nie kan hatinya nipis....


Pada 5 bintang aku bagin4 bintang.. Lakonan Nora Danish dan Beto mmg BEST!!!! Terbaik....!


nenite...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, February 18, 2012

Antu Gamea

Aku memang hantu games.. Dari game kat handphone hingga ke PC aku boleh layan... Sejak bergadget baru nie, lg panjangla akal aku mendonload game.


Salah satu game yg aku suka adalah game Paradise Island nie... Sanggup bersengkang mata nak kutip duit.. Muahahhhahha..


Nak cakap mcmana.. Kalo da antu games tu, sanggup ajer.. Udahnya mood nak berblogging ke laut. Jangan salahkan aku... Salah games yg menggoda aku nie....


Published with Blogger-droid v2.0.4

nak try ajer..

Hummm.. Kan entry sebelum nie aku cakap aku masih malas... Compom.... Mmg malas...

Tengok la sehari dua nie kalo mood rajin dah mai.....


Cuma nak cakap..baru-baru nie dapat good news... alhamdulillah... Kalau berjaya nanti akan dikhabarkan...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, February 1, 2012

malas...

Entah la... sejak akahir-akhir nie, mod nawk berblogging da ke laut. Kata orang, kalau gadget di hujung jari, semua tu boleh diusahakan... Asalnya beli lappy kononnya nak "rajin" mengupdate blog. Tapi nan adooooo nya... pakai blackberry, agar rajin berblog tru mobile... itu pun pada mula-mulanya...
Malas nak bukak lappy, guna blackberry pulak mcm kecik ajer, aku sambau tab.. tapi entah la... Dah seminggu tab di tangan, tak pernah mencuba membuat entry dari tab. Entry sebelum nie pun post via blackberry ajer..

Kesudahan yang dapat aku buat.. aku malas.. hehehhhe tak guna teknologi hujung jari, tapi tak guna... doa-doa la agar mood rajin aku datang kembali.... aku suka baca blog org, tp aku MALAS nak update blog sendiri......

Entry via tab mandi hehehhee


Wordless Wednesday - Bahasa Rojak