Friday, October 28, 2011

Sayur oh Sayur..

Hujung minggu sudah pasti aktiviti wajib di pagi hari adalah ke Pasar. Kalau dah ke pasar, kompom jumpa berbagai ragam orang.. Ada yang datang dengan baju tidur (kaftan), ada yang melawa macam mak datin (gi pasar pun pakai make up mcm nak g dinner) dan ada yang jenis pegi pasar bawak satu batalion ( yg akhirnya menyukarkan orang lain nak pilih barang).


Tertarik untuk berkongsi sedikit insiden yang mencuit hati berlaku di depan mata aku baru2 nie.

Ada 2 orang gadis di sebelah ku ( mungkin adik beradik).

A: Ni sayur apa nie?
B: Sayur Bayam..(Jawab dgn muka konpiden)
A: Nie sayur SAWI lah.. !

*** aku da tersenyum2 pandang Tuan Besor***

B: Sayur bayam si F suka makan tau..
(Dalam hati aku.. Tukar topik nampak..)

Pada pandangan aku la, mungkin:-

Selama ini sayur mayur dibeli oleh Emaknya. Dan Mungkin kali ini terpaksa mengalas tugas emaknya yg mungkin pegi haji.. ( Bersangka Baik tau)

Apa pun.. Anak-anak dara di luar sana, belajar-belajarlah kenal sayur.. Jangan esok dah kawen baru terhegeh-hegeh nak belajar..

Adios..



Sent via BlackBerry from Maxis

Macam-macam cerita

Kebelakangan ini berbagai-bagai berita yang tak enak didengar keluar didada akhbar. Dari isu kekeluargaan serta masyarakat. Namun begitu ada kalanya cerita yang dipaparkan itu tak terjangkau dek akal.


Thursday, October 27, 2011

Adventure With my Pet

Lately nie, aku rajin pula buat entri dan join contest. 
Buka site Nuffnang ajer, ternampak pula Nuffnang Premiere Screening – The Adventures of TinTin (3D) . Nuffnang akan menawarkan tiket 3D untuk blogger-blogger yang bertuah untuk menonton Premiere Screening. Sebelum ini, aku tak pernah mencuba untuk membuat entri2 sebegini, Kiranya ini adalah My First try nak buat entry sebegini ( biasa baca kat blog orang ajer..).










Sedikit sinoposis berkenaan cerita The Adventures of TinTin.
Based on the internationally beloved and irrepressible characters created by Hergé, the story follows the unquenchably curious young reporter Tintin (Jamie Bell) and his fiercely loyal dog Snowy as they discover a model ship carrying an explosive secret. Drawn into a centuries-old mystery, Tintin finds himself in the sightlines of Ivan Ivanovitch Sakharine (Daniel Craig), a diabolical villain who believes Tintin has stolen a priceless treasure tied to dastardly pirate named Red Rackham. But with the help of his dog Snowy, the salty, cantankerous Captain Haddock (Andy Serkis) and the bumbling detectives Thompson & Thomson (Simon Pegg and Nick Frost), Tintin will travel half the world, outwitting and outrunning his enemies in a breathless chase to find the final resting place of The Unicorn, a shipwreck that may hold the key to vast fortune… and an ancient curse.


Sneak peak of the awesome-ness that is TinTin’s adventure;






Bagi aku pula, aku pernah ada seekor kucing kesayangan ( 10 tahun dahulu). Namanya Chemong. Apabila aku mengandungkan anak sulong, aku terpaksa meng"eksport" Chemong ke Kampung Tuan Besor kerana tidak mahu merisikokan kandungan ku serta nasihat dari my gynea.  Malangnya bila disana Chemong mula bergaul dengan kucing-kucing lain dan akhirnya melarikan diri.. (huhuhuhu :( )

Tapi kini, aku boleh bermanja dengan binatang kesayangan sepupuku yang kini diberi nama DOLCE & GABBANA. Macam nama pereka fashion pulak kan...?  

Dolce & Gabbana

Bagaimanakah pengembaraan yang ingin aku lalui bersama mereka berdua? Aku seorang yang adventurous. Memanjat gunung Kinabalu, berkayak, merentas desa, dan semua aktiviti-aktiviti lasak, memang amat aku gemari. Tapi nak buat semua-semua ini dengan Dolce & Gabbana pasti akan menyulitkan sedikit keadaan. Maklumlah, kalau nak berkayak, bagaiman pula dengan mereka berdua? Tak kan nak letak kan mereka dalam poket? Selain itu pengembaraan sebegitu agak membahayakan bagi mereka berdua.

Memanjat gunung? Menarik juga. tapi macam nanti kepuasan itu hanya untuk aku seorang dan bukannya untuk Dolce & Gabbana. *Wink..... ( tiba-tiba ada mentol menyala atas kepala ku.. idea sudah mari). Alangkah bagus sekiranya aku dapat cruise bersama Dolce & Gabbana. Tak perlu cruise jauh-jauh. Dapat cruise dari Pelabuhan Klang ke Langkawi pun sudah memadai. Pasti perjalanan ini dapat memberi peluang untuk kami menghabiskan masa bersama ( kalau tidak, ramai sahaja yang mau melayan si Dolce & Gabbana dan terpaksa berebut). 

Disamping itu, kami boleh berehat dan bermanja-manja di Spa, menonton wayang, serta melakukan berbagai-bagai aktiviti bersama-sama. Pasti pengembaraan ini dapat memberi keseronokan kepada kami bertiga. 

Sekiranya apa yang aku ingin kan ini terjadi, pasti akan ada kesinambungannya pula. Mungkin selepas Cruise bersama mereka, aku boleh ber"bagpack" pula? Siapa tahu apa yang aku impikan ini akan menjadi kenyataan.. 


Sekiranya korang ada Facebook, korang boleh sertai Fantastic online treasure hunt. Apa yang perlu korang buat adalah:-

  1. Like page United International Pictures Malaysia.
  2. Look for a series of clues hidden all around you online and post them at the UIP Malaysia Facebook page here. ( dalam erti kata lain, korang carik clue2 tersembunyi, pastu post kan ke page tersebut la)
  3. Itu sahaja step yang korang perlu buat.Tapi INGAT! contest tu akan bermula pada 31 October 2011 (Isnin).


Psst… here’s a clue to get you started :D
Antara hadiah yang ditawarkan adalah...:-

Grand Prize: Holiday Package (worth RM 7,500) + 1 pair of Gold Class Tix + Exclusive Merchandise
1st Runner-up: DSLR (worth RM 2,500) + 2 pairs of tix + Exclusive merchandise
10x Consolation Prize: 2 pairs of tix + Exclusive merchandise


Perghhhhh!Menarikkan hadiah yang ditawarkan...? Apa lagi, Jom la LIKE Page United International Pictures Malaysia. Pastu, Korang tunggu tarikh  31 October 2011 (Isnin). Nanti boleh la join Fantastic online treasure hunt.


Gigihnya men"google"....


Saja ajer menengok referrals dalam blog kat Nuffnang site. Lately nie aku perasan sangat, kata-kata carian ini kembali popular digodek dalam blog ini. Begitu juga referral dari blog Bro Framestone . Sudah pasti mereka menjumpa blog aku dari entry Bro yang ini.

Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday #1 - Cinderella



Tuesday, October 25, 2011

"My Happiest Moment"

Teruja rasa hatiku bila membaca weekly update dari Nuffnang . Bertambah teruja bila membuka website Nuffnang. Ada pulak contest Happy Photography dan hadiah yang ditawarkan pula agak menarik perhatian aku.


 
Dengan men"join"kan diri dalam contest ini, sekiranya menang, hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut:-





1. Hadiah Pertama 

Olympus PEN Lite E-PL3 Kit worth RM 2,499





2. Hadiah Kedua:

Olympus PEN mini E-PM1 Kit worth RM 2,099



3. Hadiah Ketiga: 

Olympus PEN carry-all bag worth RM350




Menarikkan hadiah yang ditawarkan. Bagi aku, "My Happiest Moment" adalah disaat bersama-sama keluarga tercinta. Bukan senang nak mengumpulkan kami sekeluarga. Almaklumlah, bagi adik-adik aku, cuti belajar mereka tidak sama dan aku dengan abang aku pulak, hanya waktu cuti perayaan atau kenduri sahaja kami dapat berkumpul bersama.


Gambar yang diambil semasa Raya 2011 baru-baru ini. Lengkap kami sekeluarga.


Itu sebab aku nak join contest ini. Kalau ada rezeki menang, boleh la aku menangkap gambar kami sekelurga  dan merakamkan detik-detik "My Happiest Moment"


Terima Kasih @redmummydotcom @NuffnangMY


Apa-apa pun, sebelum memulakan celoteh, nak ucapkan terima kasih bebanyak kepada kak  Redmummy dan juga Nuffnang sebab memilih aku menjadi laki lucky winner untuk entry kak Red yang ini. Sebelum ini jarang mencuba nasib menjawab entri kak red. Namun entah mengapa kali ini aku terpanggil me"respone" entri tersebut.



Simple ajer aku jawabkan..? Masa nie memang tak ada nak harap apa pun sebab dah sedia maklum reader kak red memang terlalu ramai and for sure ramai yang akan mencuba nasib untuk membalas entri nie. 


Thursday, October 20, 2011

Chain Message

Pada pengguna BBM pasti terima berbagai-bagai jenis message berantai..  Kononnya kalau tak broadcast message ni, nanti BBM tu tak active la..  Berbagai version yang keluar pasal massage berantai ni. Kononnya sudah disahkan oleh TV3 la, radio la, dan segala macam mak nenek  telah disahkan.



Wednesday, October 19, 2011

Tuesday, October 18, 2011

Kalau dah tanya..




Bersangkutan dengan entry aku yang ini dan ini, Tuan Besor ada offer nak hadiah apa sempena birthday aku. Memang Tuan Besor aku nie bukan romantik type. Kalau dia tanya tu dah kira ok jugak la sebab ingat besday aku kan...... Tapi memang tak pernah miss pun sepanjang 11 tahun melayari kehidupan rumah tangga (Read 11TAHUN). Senantiasa ada sahaja sambutan kecil-kecilan bagi kami.





Kemanusiaan..

Memang semalam aku tak tengok berita. Tapi bila melihat berita ini di akhbar harian dan juga terbaca di blog bro Jejai a.k.a Hattan, hati aku rasa tersentuh dan sedih. Dimana letaknya nilai sebuah kemanusian?




Monday, October 17, 2011

Good Luck Anak-anakku....



Minggu nie semua anak-anak aku menghadapi peperiksaan akhir tahun. Sudah pasti sebagai seorang mak, turut merasa tertekan dan risau. Almaklumlah, peperiksaan akhir ini yang bakal menentukan sama ada mereka kekal dikelas sekarang atau turun kelas. Mungkin perasaan risau pada Along berkurangan sedikit, memandangkan dia tak pernah mengecewakan kami dan disamping itu, Along sendiri telah menetapkan aras serta "target" dia sendiri. Pada peperiksaan kali ini, Along telah mensasarkan untuk menjadi pelajar terbaik untuk tahun ini. Agak risau juga bila dia meletakkan standard dan target yang begitu tinggi. Tapi itu adalah Along. Mungkin dia mensasarkan sebegitu, base dari ujian -ujian serta peperiksaan sebelum ini. Bagi kami suami isteri, tidak kisahlah kalau dia tak dapat mencapainya, asalkan dia ada cita-cita dan semangat untuk belajar.


Friday, October 14, 2011

Satu Kematian..

Hidup belum PASTI penghujungnya, yang PASTI setiap kehidupan diakhiri dengan KEMATIAN. Minggu ini, kita dikejutkan dengan pemergian Biduan Negara Dato' Ahmad Jais. Sudah pasti ini memberi kesan kepada peminat-peminat beliau.  Lihat sahaja pada Facebook Hafizal Hamad serta twitter beliau yang menyatakan beliau terasa kehilangan Allahyarham Dato' Ahmad Jais. Kalau seorang peminat boleh merasai kehilangannya, apatah lagi anak-anaknya.

Wish Come true

Rentetan entri aku yang ini sudah pasti korang boleh tahu apa maknanya kan.... Time to bodek Tuan Besor nak dapatkan telefon baru. Yea la, Blackberry Curve 8520 yang aku pakai tu, hampir berumur 2 tahun. Satu ketika dulu, aku memang hantu telefon. Selang 6 bulan, pasti ajer telefon ku bertukar ganti. Apa jenis mak nenek keluaran Nokia, pasti aku cuba mendapatkannya. 

Thursday, October 13, 2011

Sorry, Salah Anta

Baru-baru nie, masa Tuan Besor takde kat umah ( outstation kat Terengganu) aku dapatla satu sms yg memang tahap lahabau. Tuan yang menghantar nie agak tiga suku rasanya sebab nombor telefon dia dan aku memang sama, dan yang membezakannya adalah nombor provider.  Dah la sms berbaur lucah, pastu kurang ajar lak tuh...

Macam-macam hal




Tengok la gaya si Haziq nie... Ada ajer karenah yang boleh membuat meninggi suara. Dah la tu tempat gantung tuala pun boleh jadi alat permainan dia...

Grrrrrr

Wednesday, October 12, 2011

Tuesday, October 11, 2011

Homemade 'Coney Dog'

Hujung minggu adalah masa untuk aku ber‘eksperimen’ dengan masakan. Dan sudah semestinya hari Jumaat adalah ahri untuk aku men ‘google’ segala resepi yang bakal menjadi mangsa. Kalau aura rajin tu datang, dari ‘main course’ ke ‘dessert’ akan aku cuba.. Kalau malas, jawabnya, resepi yang ‘simple-simple’ sahaja yang bakal menjadi mangsa. 

Minggu lepas aku telah mencuba untuk membuat ‘Coney Dog’ buat kali kedua.  Berikut adalah resepi cara aku.

Bahan-bahan:

Frankfurter / Sosej
Ban Sosej
Daging Kisar ( Minced Meat)
Bawang Besar ( di dadu)
Bawang Putih ( di dadu)
Cili Boh ( Ada yang guna serbuk cili)
Sos Cili
Sos Tomato
Maggie Seasoning
Lada Hitam
Marjerin
Sedikit Minyak
Mustard (jika Suka)



Rosak..?

Cer korang tengok aku nye monitor.. Erk! Macamana jadi cenggitu..? Korang ada idea?


Sent via BlackBerry from Maxis

Friday, October 7, 2011

Tutti fruitti..

Jemput makan yea...


Sent via BlackBerry from Maxis

Thursday, October 6, 2011

Tolong Menolong


Dalam hidup ini, tak boleh ada perasan nak menonjol diri sendiri aje. Buat kerja senyap-senyap, tak mahu ada yang tolong. Sudahnya, bila tak mampu, barulah nak mintak tolong. Sesama haiawan pun tahu sifat tolong menolong. Korang tengok ajer la kerengga diatas. Bekerjasama nak mengangkat biji asam jawa tu. Kalau nak kerja sorang-sorang, baik bukak pejabat sendiri. Ko lah boss, ko la kuli, ko la Peon. Tak de pun orang nak kisah...

Eheeee...! hiksss :)

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday #1 - Boy or Girl?

Sent via BlackBerry from Maxis

Tuesday, October 4, 2011

Nab Again

IMG-20111003-00093

Salam

Hari ini, dengan hati yang berat meninggalkan rumah. Anak kecil ku si Haziq kurang sihat. Sudah beberapa malam, hidungnya tersumbat dan disertakan juga dengan selesema. Tapi dak kecik nie takde menunjukkan tanda-tanda nak demam. Pagi semalam (Isnin), Haziq da start batuk-batuk.  Aku dengan Tuan Besar sepakat nak membawanya ke Klinik Alam Medic, Subang Perdana selepas waktu kerja.

Sekadar Ingatan



Sekadar renungan dan ingatan di pagi Selasa. Untuk "Stalker" di luar sana, fahami apa maksud yang tersirat. daripada buang masa nak stalk aku dan nak cari silap aku, lebih baik cari dan perbaiki silap sendiri.


KEJAM!

Luluh hati ku membaca akhbar pagi ini. Dari Berita Harian, Metro, Utusan dan Kosmo, semua membicarakan kes yang sama. Bayi baru lahir, dicampak dari flat.
Dimana letaknya naluri seorang ibu? Tidakkah kau tahu, bukan senang seseorang itu untuk mendapat cahaya mata. Ada dikalangan rakan-rakanku menunggu begitu lama untuk memiliki cahaya mata, kau senang-senang membuangnya.

Apasalah bayi itu sehingga tergamak kau mencampaknya! Dah la tu, ko boleh menipu lagi bila sedang disoal siasat! Biar undang-undang yang akan menghukum kau buat masa ini. Hukum Allah sudah pasti tertulis.

Al-fatihah..

Edit: 2.47 pm -4/10/2011 _ gambar diambil menggunkan my BB dan juga ditelah diuploadkan di twitter. Sila kreditkan kepada owner blog, sekiranya anda telah menggunakan imej ini sebagai gambar di entry anda. ( Owner da dpt kesan satu blog)

Sent via BlackBerry from Maxis

Monday, October 3, 2011

Mulut Longkang!








Pada yang follow twitter aku mesti perasan yang aku mengamuk masa time lunch.  Puncaaku mengamuk sakan adalah disebabkan Mulut Longkang seorang lelaki! Seumur hidup aku, tak pernah aku jumpa seorang lelaki yang begitu Longkang dan haprak mulutnya. Biasanya bab ngata-ngata nie, didominasikan oleh kaum hawa,  tapi kali ini dah terbalik.

Berubah wajah

Blog picisan aku kini telah berubah wajah. Setelah 4 hari cuba menggodek blog, mengubah, menukar, me"matching" dan semua "me" "me" yang boleh diguna pakai, aku mengambil keputusan untuk stick dengan template yang  sekarang nie. Berbagai background telah aku cuba. Edit menggunakan photoshop, paint, picassa dan photoscape, namun tiada suatu yang menarik perhatianku. Jenuh mencari tutorial di uncle google, namun masih tidak dapat menyesuaikan dengan background yang telah aku edit. Dari satu blog ke satu blog aku jejaki. 

Sunday, October 2, 2011

Nasi Lemak Pak Ayub

Nasi Lemak dengan aku, memang tak dapat dipisahkan. Lelagi dapat pekena nasi lemak dengan sambal yang mabeles. Memang rutin hujung minggu aku dan Tuan Besor ke Pasar Seksyen 6 Shah Alam untuk membeli keperluan seminggu.
Kalau da ke pasar, sudah pasti Nasi Lemak Pak Ayub akan menjadi pilihan aku untuk bersarapan. Nasi Lemaknya biasa-biasa ajer. Tapi yang membuatkan hidangan ini istimewa adalah sambal dan ayam gorengnya.
Kalau korang nak rasa, singgah lah di Nasi Lemak Pak Ayub, Pasar Moden Seksyen 6, Shah Alam. Dah cuba, pasti nak lagi...

Sent via BlackBerry from Maxis

Saturday, October 1, 2011

Satu ketika dahulu



La nie musim orang mengandung dan bersalin rasanya. Kawan-kawan ku ramai yang mengandung. Para blogger pun ada gak yang mengandung. Aku? Jangan ditanya buat masa ini. Mungkin berehat seketika atau berehat terus. Iya lah...anak dah cukup 2 pasang. Kata orang "just nice" lah. Tapi kalau ada rezeki, aku tak menolak.