Wednesday, March 23, 2011

Tolong Hentikan

La nie bermacam-macam pesen ada..
Bermacam-macam cutting ada..
Cutting yg bwh pusat, cutting atas vontot, Low Cut, Carrot cut,
Sume ada..

Tak kisah lah kalo ko nak bergaya tara mana sekalipun, tapi kalau da mcam gangguan kepada mata
yang terutamanya pada kaum lelaki, baik korang pikirkan balik camne cara nak berpakaian..


Masalahnye bukan ajer kaum lelaki yg semak mata... Aku pun tgk SEMAK...
Aku da pernah nampak kejadian yg wat aku sakit mata.. Masa kejadian nie berlaku,  di mekdi PKNS. Aku tgk yg si pemakainye pun aku rasa tak selesa! Kenapa aku ckp tak selesa...? kekejap tarik suar, kalau tak tarik suar, tarik baju nak kasi tutup cik von tuh! Aku dgn Rinn dok gelak tgk.. da mcm beruk kena belacan pun ada.. Asyik nak menarik baju dgn suar ajer... mamat2 kat sekeliling mcm dpt tgk mende free ajer ... CUCI MATA  ek korang...! Terutama yg keje Mekdi tu.. kekejap lap meja..

Tau tak korang yang korang pakai ni boleh di kategorikan sebagai gangguan seksual. Jangan ingat lelaki ajer yg leh wat gangguan seksual tau.. Perempuan pun ada! Dan yg penting sekali gangguan seksual tu bukan bermaksud dgn sentuhan ajer! Perlakuan, Perbuatan pun boleh diambil kira..

Lagi satu, kalo korang da pakai mcm nie, jgn salahkan diri korang kalo kena ROGOL...

OLEH ITU, BERFIKIRAN WARASLAH DALAM MEMILIH PAKAIAN!


gambar kredit to : Oh! Media Facebook



yg nie gambar pakai seluar bawah pusat .. mmg cantik kalau pemakainye cantik... tp kalau yg pakai tu spare tayar berlipat2... ghentikan la.. dah la sakit mata... bertambah2 sakit lgi mata tgk... sian mata itu..!
( takde niat ek nak hina FD)



cuba pulak yg pakai suar mcm nie.. dah la nampak spentot... haru ajer tgk.... dah la tu spare tyre boleh tahan tebal nye...





yg nie pulak lagi haru biru... aku pun tak tau motif si pemakai pakai suar mcm nie...?


3 gambar  diatas : kredit to uncel Google..









tapi, dua gambar di atas nie aku terima dari email... mmg tak leh blah.... motif pakai suar nie sajer nak tunjuk von ker atau tak perasan ker, atau PERASAN VON tu cantik... lelagi kalau VON yg baru pas bersalin, Pehrasan la Von Tu  cantik...

Apa pun.. ni bukan n3 menyindir... Ini n3 utk renungan dan peringtan... Memana yg tgh pakai suar tgh baca n3 nie, sile lah check paras suar anda.! Buatnye ternampak sepender berkepam ker, terkoyak ker, tak ke MALU....! Buat abg2 aji, tgk-tgkkan la bini, nnt org mengata bini abg aji,  buat malu abg aji ajer nanti...


p.s: jgn tny aku milik saper kah VON itu... aku tak kenal pun tuan empunye badan... Harap Maklum... lg pun aku kan da khabarkan dapat dari hebahan email...sekarang  kan la nie style amik bhn email, KOPIPES jd n3....

Monday, March 14, 2011

Tulen @ Tiruan

lama da update blog..

sajer test market..

blog yang tak hapdet pun ada pengunjung..

Syukur gak la.. sbb x hapdet pun ada yg nak tgk..

kali nie aku terpanggil nak bercerita ttg barang tiruan..

kalau sebut barang tiruan for sure akan terlintas minyak wangi, handbag, makeup dan lenlain la


bagi aku, satu ketika dulu, zaman sekolah atau belajar, untuk memiliki sesuatu barang yang berjenama umpama nak ngorat anak raja tau... yea la bukan senang.. nak harap duit dari parent... idok ler.. tp bukan la semua barang aku beli yg cap imitation atau fake.. sesetengah la... yg pasti kalau barangan jenama sukan.. aku beli yg ORI ok....  tapi biler da bekerja, sudah pasti barang yg ORI jadi pilihan...

bukan aper.. la nie bnyk benor bende yg imitation and FAKE jual berleluasa.. especially kat blog..  korang search ajer la.. bnyk yg jual FAKE pastu ckp.. minyak wangi nie reject la, stewardess bwk balik dpt murah la... so it up to you la..

mcm aku, aku lebih suka beli yg ori.. walaupun x berapa glamer jenamanya... so kalau tara tara aku tentu-tentu Bonia, Pierre Cardin, Guess jadi pilihan... biarlah tak setanding Coach, Gucci, Channel, Prada.. janji aku tak beli yg tiruan punye...  tpi bab minyak wangi, sure aku akan beli kat kaunter.. idok ler nak beli kat pasar malam...




so kat sini aku nak share cara nak bezakan brg tiruan dan tulen..

Bagaimana hendak membezakan antara barangan asli dengan tiruan?


Ciri-ciri barangan asli:-
  • i) Harga jualan adalah mahal/ telah ditetapan
  • ii) Dijual di premis tetap seperti komplek membeli-belah ternama atau outlet yang diiktiraf dan dilantik sahaja.
  • iii) Mempunyai kad jaminan kualiti
  • iv) Mempunyai bungkusan yang menarik dan eksklusif
  • v) Mempunyai hasil kerja pembuatan (workmanship) yang halus, kemas serta menarik.
  • vi) Dibuat dengan menggunakan bahan yang berkualiti tingggi
  • vii) Dihasilkan di kilang yang menggunakan peralatan moden dan berteknologi tinggi.
  • viii) Kebanyakkannya diimport dari luar negara
  • ix) Tahan lama dan tidak mudah rosak
  • x) Tahap keselamatan yang dijamin selamat
Ciri-ciri barangan tiruan
  • i) Harga jualan adalah murah dan boleh tawar menawar ke tahap minima
  • ii) Dijual di premis terbuka seperti pasar malam, gerai tepi jalan atau kaki lima
  • iii) Tiada kad jaminan kualiti
  • iv) Tidak mempunyai bungkusan yang menarik dan eksklusif
  • v) Mempunyai hasil kerja yang tidak kemas pembuatan (workmanship) yang kasar, tidak kemas dan tidak menarik
  • vi) Menggunakan bahan yang berkualiti rendah
  • vii) Dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang paling asas, industri kecil-kecilan (belakang rumah) dan berteknologi rendah.
  • viii) Kebanyakkannya dibuat di dalam negara
  • ix) Tidak tahan lama dan mudah rosak
  • x) Tiada jaminan dan mungkin membahayakan kesihatan

source: KPDNKK



kat sini plak aku nak sharekan pasal Akta yang digunapakai terhadap barang tiruan 
AKTA PERIHAL DAGANGAN 1972
Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan melarang penggunaan perihal, pernyataan atau petunjuk palsu atau Yang mengelirukan berhubung dengan barangan, perkhidmatan, tempat tinggal, kemudahan dan harga barang.
Di antara perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini ialah :
  • Menggunakan perihal dagangan palsu dalam perdagangan (umpamanya barang tiruan);
  • Memberi petunjuk palsu mengenai barang-barang, tempat tinggal, kernudahan dan perkhidmatan;
  • Memberi pernyataan Yang mengelirukan mengenai harga barang-barang;
  • Menggunakan perbahasaan "Halal" kepada makanan Yang tidak mematuhi Hukum Syarak;
  • Mengadakan jualan murah tanpa memperolehi kelulusan;
  • Mengadakan jualan murah melebihi tempoh Yang dihadkan;
  • Menjual dengan harga lebih daripada harga jualan murah Yang ditetapkan oleh pembekal;
  • Gagal menunjukkan harga tawaran terda harga tawaran semasa dalam jualan mura
  • Memberi petunjuk palsu mengenai harga dal murah.
Denda yang boleh dikenakan :
  • Bagi kesalahan pertama orang perseorang boleh dikenakan sehingga RM 100,000.00 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya dan kesalahan berikutnya denda sehingga RM200,000.00 atau 6 tahun atau kedua-duanya.
  • Bagi kesalahan pertarna pertubuhan/perbadanan denda boleh dikenakan sehingga RM250,000.00 dan kesalahan berikutnya denda sehingga RM500,000.00.
  • Bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, jumlah kompaun adalah sehingga 50% dari jumlah denda maksimum yang diperuntukkan.
      
Source : http://www.sabah.org.my/bm/konsumer/panduan_pengguna/akta.asp


 
ini pulak pandangan seorang ustaz mengenai isu ini

Hukum Membeli dan Menjual Barang Tiruan

Soalan yang telah ditanya kepada saya ialah :

Apa hukum menjual dan membeli barangan tiruan kepada jenama-jenamaan yang mempunyai hak cipta terutamanya pakaian, beg kasut dan lain-lain?
Jawapannya

Barangan tiruan adalah barang yang telah diciplak, ditiru dan di copy tanpa izin pencipta dengan jenama yang sama dan pengguna tidak dapat membezakan yang mana original dan yang mana tiruan. Sekarang ini barangan tiruan bersepah dan banyak di pasaraya, pasar malam, kedai borong dan sebagainya.

Barangan tiruan ialah barang yang dicuri reka dari pencipta yang sebenar tanpa izin dan hal ini sama dengan masalah mencuri. Islam melarang umatnya mencuri, kerana mencuri itu adalah haram. Hadis Nabi yang bermaksud :
“Janganlah seorang dari kamu menjual atas barang jualan orang lain”

Fatwa dari Persatuan Ulamak Fiqh Sedunia dalam masalah ini ialah haram bagi sesiapa yang meniru barangan orang lain tanpa izin dari penciptanya. Barangan yang dimaksudkan di sini ialah barang yang menjadi hak cipta terpelihara.

Orang yang memprodukkan barangan tiruan seolahnya seperti mereka menipu pengguna dengan jenama yang diberikan. Contohnya baju kemeja yang diklon dari jenama yang terkenal tanpa izin dari penciptanya, kemudian produk tersebut dicopkan dengan jenama yang terkenal. Maka perkara ini merupakan penipuan yang nyata dan Islam sangat melarang umatnya menipu sepertimana Hadis Nabi yang bermaksud :
“Barangsiapa menipu kami, maka bukanlah dari golongan kami”

Masalah curi dan menipu ini sangat jelas dalam Islam dan ia merupakan perkara yang haram dan mungkar. Setiap perkara yang haram itu jelas dan tiada ragu-ragu dan setiap perkara yang halal itu juga jelas dan tiada ragu-ragu. Cari sumber rezeki yang halal dan jauhkan diri dari terlibat dengan perkara yang haram. Kerana rezeki yang haram akan menjadi darah daging kita dan keluarga kita. Rezeki yang haram juga akan membuatkan hati menjadi hitam dan benak untuk melakukan perkara-perkara yang makruf. Hati orang yang makan rezeki yang haram menjadi keras dan susah untuk dibentuk dan ditarbiah.

Carilah rezeki yang halal dengan penat lelah diri sendiri, kerana rezeki yang halal ini walaupun sedikit tetapi ia memperolehi keberkatan dari Allah. Orang yang makan perkara yang halal dan baik, mudah untuk dirinya dan keluarganya untuk mematuhi segala perintah dan larangan Allah. Bersyukurlah kepada Allah dengan rezeki yang diberikan kepada kita semua. Sesungguhnya Allah telah menentukan rezeki kepada setiap manusia. Kuat doa, usaha dan tawakal maka banyaklah rezeki yang diperolehi oleh kita. Firman Allah yang bermaksud :
“Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.”
(Al-Baqarah : 172)
“Oleh itu, makanlah (Wahai orang-orang Yang beriman) dari apa Yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda Yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.” (An-Nahl : 114)
Source : Ustaz Nor Amin

so pepandai korang la ek! jgn sampai nnt beg korang kena koyak kat airport.... kawan aku da pernah kena...


kat sini pun da terterakan.....?
|
V





picture : credit to kak red

so.... LU PIKIRLA SENDIRI.....