Thursday, July 14, 2011

Jiran

Hidup kat dunia nie mesti berjiran kan...?
Jiran sebelah rumah, jiran sebelah work station, jiran sebelah taman dan tak lupa jiran sebelah kubur..
Bila kat hospital, kita pun berjiran gak kan...? Baik jiran sebelah katil ker, jiran sebelah bilik pun, masih digelar "JIRAN" kan...?
Bila da hidup berjiran, kena bermanis muka, jaga hati dan berbuat baik... Korang memang baik bila korang klik ini


 Pada siapa yang follow twitter aku malam tadi, sure terbaca aku memBEBEL pasal jiran sebelah katil aku nie... Alkisah ceritanya, anak kecil ku si Haziq x sihat da dekat seminggu, so doc nasihatkan admitted. Bagi tak mahu nak ambil risiko, kitorang pun bersetuju untuk ditahan diwad. Mengikut kelayakan, haziq layak  mendapat sebilik seorang, tetapi memandangkan bilik 'Single' penuh, dan dalam waiting list ada lagi 2 orang dihadapan kami, kami memilih sebilik berdua berbanding dengan berempat.




Pada aku, selagi belum waktu melawat habis, tak kisah la kalau ada "RAMAI" yang datang melawat. Dan sudah menjadi kebiasaan bila melawat orang sakit, pasti kita akan melawat sebentar sahaja, memandangkan yang sakit perlu rehat. Nak jadikan cerita, lebih kurang pukul 4.00 petang, jiran sebelah didatangi pelawat seramai 2 org. Setelah ditambah dengan penjaga, adalah 3 orang. OK! FINE!  Kalau korang tak  nak aku geram sila la COOL kan aku dengan klik ini

Yang datang melawat nie dok pok pek pok pek dengan tak control volume... Cer korang bayangkan.. (O.k Pause 6 saat - da dapat bayangkan...?). Dah la aku dengan anak kecik yang tak sihat nie... kekejap meragam, Dorang masih SELAMBERBADAK berpokpek...  pastu korang bayangkan lagi, citer P.Ramlee Masam-masam Manis, part yg Cikgu Shaari bengang dgn emak jirannya yang datang dari Aloq Setaq tuh...


Masa nie memang aku da hangen.. dengan budak meragam, dengan volume suara dorang dan volume TV yg kuat... mmg rasa nak jadi "Incredible Hulk" ajer..  Tapikan aku tak kan takkan jadi  hulk jika, korang tolong aku kat sini. Tapi aku masih leh sabar lagi.. kang kalo aku report kat Misi kang, dorang boleh menjawab masih time melawat... Aku tunggu ajer time dorang nak wat announcement utk suh pelawat balik.

 

Bila aku dengar ajer annoncement yang menyatakan waktu pelawat nak habis, gembira bukan kepalang la.. Macam rasa hazab sakit telinga tu macam da hilang ajer. Hati aku berbunga-bunga tak sabar tengok dorang keluar. Ingatkan hazab dah sudah, idok juga... Ada ke patut ko main seret ajer kerusi. NYARING dan BISING tau... Haziq da mencebek! Yea la baru nak LENA dah terkejut. Aku pun, kalau Haziq lena, takde nak bukak volume TV tu kuat-kuat... Aku RELA tengok TV BISU!

Yang lagi aku tak boleh BLAH sesangat, budak yang sakit sebelah aku nie da REMAJA... Anak aku yg kembar pun penah aku tinggal kan kat hospital tanpa aku teman sebab masa itu aku tiada PEMBANTU, Tuan Besor Outstation, yang along aku da post balik kampung, mak aku jagakan. Bagi aku yang penting aku da bagi pesanan awal2 kat anak2 aku, pastu aku TRUST dorang dan aku dah maklumkan kat misi... Bukan lah bermakna aku lepas tangan.  Bila aku tengok yamg besor gajah beriya berteman lagi aku BERBULU..


Seperti yang aku cerita tadi, bila da menginjak malam, lagi banyak Telenovelanya. tinggal la si pesakit dengan sipenjaga sahaja. bermula episod, depa dok kuat kan volume TV. Pastu dorang ntah tengak cerita aper ntah, siap buat ulasan cerita. Alahhh korang bayangkan la bile tengok cerita tv dengan mak2 ataupun dengan orang tgk cerita tengah jalan, pastu tak tahu hujung pangkal cerita kekejap tanya. Mesti korang tak boleh BLAH kan...? dekat kul 11.00 mlm, haziq pun dah lena, aku tutp lappy, tutut TV & tutup lampu... satu dialog yang aku tak boleh blah dengar...:

Penjaga : Ghasanya TV kita nie kuat tak? Ganggu tak orang sebelah ( Which mean aku la)
Pesakit : Kuat gak.. Kenapa Mak? ( Tengah malam ko beleh tanya kenapa...?)
Penjaga : Perlahankan la, sian orang sebelah nak tidur. Dah lewat sangat nie.. Hang pun masuk tido..gi katup TV tu....(Grrrrrrr.. baru ko sedor..?)

TENSEN aku dengar perbualan nie...! Tak tensen klik kat sini pulak

Dah tengah malam baru kau sedar yang TV ko punya VOLUME tu kuat...? nampak sangat tak peka.. Seb baik la masa nie Haziq da LENA.. kalo idak.. memang ada yang kena "Soundcheck!"


0 kelopak mawar:

Post a Comment