Monday, June 25, 2012

Makan-makan

Malam tadi, kami sekeluarga makan biasa-biasa ajer. Siakap steam, telur dadar, kailan ikan masin, ayam goreng kunyit dan tom yam seafood.  Tapi, bukan aku lah masak... Makan kat kedai ajer. Dah la semalam seharian super duper bz. Ada macam-macam hal yang dibuat dan dihabiskan bersama familia tercinta..

Agak-agak korang, set makanan diatas tu, bersama satu jug air sirap dan nasi semangkuk.... Berapakah harganya?  Percaya atau tidak, harganya hanya RM 39.00 sahaja dan licin dimakan kami sekeluarga ( READ: 2 dewasa dan 4 kanak-kanak).

Bagi aku harganya berpatutan la.  Lagi pula ikan siakapnya tu bersaiz besar. Masakkannya pun boleh tahan. Anak-anak aku amat sukakan siakap steamnya...  Kat mana kedainya..? Hurm... Kat Meru la... Kalau korang nak ke Pekan Meru, meh la cari Restoran Aroma Nusantara...

Masakan yang lain-lain pun sedap gak...   Selamat mencuba..... :-)

Published with Blogger-droid v2.0.6

1 comment:

  1. perghh Meru..tempat saya dulu tu..masa bujang2..murah harga makanan kat situ tu

    ReplyDelete