Monday, July 23, 2012

Bibikless

Ada ke istilah Bibikless? Hentam saja ler labu...
Hari ini da 3 hari aku bekerja tanpa bibik. Rasanya tak matipun tak de bibik, cuma letih sikit la.. Iya lah, untuk meng"handle" 4 anak sekali gus tanpa bantuan ada masa, mengah gak..


Alhamdulillah, anak-anak dara boleh diharap ( walaupun ada masanya terpaksa membebelization). Tuan Besor pun ada membantu.. Bukanlah aku nie tak reti langsung buat kerja rumah, cuma komitmen bekerja dan membesarkan anak-anak dalam masa yang sama, perlukan kesabaran yang tinggi..


Ikut hati memang dah tak nak pakai bibik, tapi Tuan besor nak carik gak.. Tak sampai hati kot nak tgk isterinya nie keletihan ( jangan muntah..). Tapi perlu jugak ada bibik. Kerja kami suami isteri tak tentu masa. Kalau Tuan Besor terlibat dgn kerja luar (especially Sukma) tak kan la nak tinggalkan aku sorang menguruskan anak-anak. Dah tentu-tentu bila Sukma ajer hampir sebulan kami ditinggalkan.

Bukanlah keterbegantungan sangat pada bibik, cuma buat peneman dan menjaga anak-anak di kala aku dan Tuan Besar tiada. Kerja-kerja rumah masih aku buat seperti biasa...

Chaiyok! Chaiyok! Best gak tak de bibik.. Nak seksi meksi pun tara hal lah!!!



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

  1. Assalammualaikum wbt dan slmt sejahtera....
    Menjemput anda ke http://lace-rose-murah.blogspot.com/


    1 & 2 Row Lace Rose dijual dengan harga RM 4.50 dan RM 9.00 / meter sempena pembukaan online shop saya http://kedaionlinecma.wix.com/kedai-online

    Order boleh dibuat terus ke online shop.

    Untuk mengenali saya dengan lebih lanjut, boleh ke fb saya:

    http://www.facebook.com/#!/puan.shima.37 @ call/sms saya Shima: 0122429082


    atau emel saya:

    nurezqy@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Aku yg anak baru anak 2 ni pun rase kelam kabut, 24 jam tu tak cukup nak buat sume hehe.. semoga cepat dapat bibik ;P

    ReplyDelete