Tuesday, July 10, 2012

Satu Pilihan

Aku kini dipersimpangan,
Aku terikat dengan satu pilihan,
Aku BUNTU!
Kanan ataupun kiri,
Yang harus aku lalui,
Kedua-duanya penuh berliku, 
Kedua-duanya penuh onak dan duri

Namun,
Pengakhirannya satu destinasi yang sama,
Destinasi kebahagian...
Yang membezakan persimpangan ini,
Kesabaran dan ketabahan aku untuk melaluinya,
Mungkin dipersimpangan itu,
Penuh onak dan duri,
Mungkin dipersimpangan ini, 
Penuh ranjau dan liku,
Kuatkah aku?
Mampukah aku?
Cekalkah aku?
Tabahkah aku?
Sanggupkah aku?

Berkorban demi penghujung yang belum pasti,
Adakah ianya akan aku miliki?
Perlukah aku berserah? 
Sedangkan itu yang aku Dambakan?

Lantas,
Aku bangun,
Bermohon padaMu Ya Rahman
Bersujud kepadaMu Ya Rahim,
Bermunajat kepadaMu Ya Rabb,
Berserah kepadaMu Ya Allah...
Namun yang pasti,
Hanya Istikharah jawapan kepada semua ini...

Ya Allah,
Jika ini dugaan dan cabaranMu,
Yang harus aku tempuhi,
Jika ini ujian dariMu untuk HambaMu ini, 
Aku Redha,
Aku Pasrah..
Kerna ku tahu,
KAU yang Maha Mengetahui Semua ini...
Kerana setiap kejadian ini
Sudah tertulis sejak azali...

Aminnnn...

09.30am
09072012
Bukit Aman

Published with Blogger-droid v2.0.6

0 kelopak mawar:

Post a Comment