Tuesday, August 9, 2011

Happy 9th Birthday Along...

Selamat Hari Ulang tahun Along. Da 9 tahun da anak dara ummi nie..Da besar panjang... Ummi dan Babah rasa bersyukur di kurniakan anak seperti Along. Tak banyak ragam, rajin, menurut kata dan bijak..

Along jarang buat ummi dan babah naik angin. Tak payah di suruh-suruh untuk belajar. Cukup time Along tau ajer nak bukak buku. Kalau tak time belajar pun pasti ada buku ditangan untuk dibaca..
Sempena ulangtahun kelahiran Along nie, doa ummi dan babah senantiasa buat Along. Agar menjadi anak yang solehah, yang bijak serta menjadi contoh yang baik buat adik-adik..

Saat yang paling membanggakan ummi dan babah, masa amik report card, cikgu kelas along cakap, "Tahniah buat Tuan Puan kerana di kurniakan anak sebegini.."Along mendapat tempat pertama untuk keseluruhan darjah. Menitik air mata kegembiraan Ummi.

Moga Along terus cemerlang..
Happy Birthday Sayang..

Sent via BlackBerry from Maxis

1 comment: