Tuesday, August 2, 2011

Maid dan seribu satu kisahnya

Entry nie khas untuk mereka yang nak ambil maid atau yang dah ada maid... Yang takde Maid pun tak aper, boleh baca dan jadikan sebagai rujukan andai kata korang nak ambil maid satu hari nanti.

Meh aku ceritakan serba sedikit pasal Maid atau Pembantu Rumah nie. Base on my own experience, aku pernah ada 6 pembantu rumah, 2 orang tamat kerja dengan jayanya, 2 larikan diri , sorang nak berenti tgh jalan dan sorang masih lagi bekerja.


Maid yang pertama dari Bali. Ella Widiyanti namanya. Aku ambil dia masak tengah sarat mengandungkan kembar. Masa tu along baru berumur setahun tiga bulan. Budaknya muda lagi. Masa ambil tu baru berumur 19 tahun. Mukanya sekali tengok macam iras-iras LindaNanuwil AF2. Bab kerja memang bagus. Masa bersalinkan kembar, ditangan Ella la anak-anak aku nie membesar. Baru-baru lahir, dia la yang mandikan. Bayangkan berumur 19 tahun, sudah menjaga 3 anak-anak aku. Bab gaji masa tu hanya RM 350.00 sahaja ( Tahun 2004). Antara maid2 yang pernah aku ada, dia yang terbaik. JUJURnya bukan kepalang. Loceng rantai kaki anak aku yang pecah pun di kutip, di pulangkan kat aku. Belum lagi kisah memecahkan satu gelas minuman. Sebelum nak beritahu tu, mukanya nampak benar bersalah.. Siap menangis lagi... Ditmbahkan lagi kisah duit yg tertinggal di dalam poket... tak pernah diambil. Jumpa duit sepuluh sen pun di kutip disimpan. Begitu jujur, pembantu rumah ku yang pertama ini.  Malangnya  kontrak hanya 2 tahun sahaja. Dia pulang kerana mahu menyambung pelajaran. Ella antara pembantu rumahku yang Educated. Boleh berbahasa inggeris. Dia pun anak orang berada juga di Bali. Masalah bercinta dan halangan keluarga membuatkan dia melarikan diri ke Malaysia.  Sebagai reward dia bekerja dengan baik kepada keluarga kami, baliknya ke Indonesia, kami belikan tiket MAS.. bukan Air Asia. Tambahkan lagi duit poket sebanyak 500.00 dan aku berikan dia sebotol minyak wangi Burberry lagi. Mak aku pun ada juga memberikan dia tanda kenangan.

Maid yang kedua, aku ambil menerusi arwahnya Kak Ros ( Cleaner opis lamaku). Namanya Jaani. Orangnya da berumur sikit. dalam 30++. Kerja ok sahaja.. Janji anak2 aku dijaga dengan baik, syukur Alhamdulillah. Masalahnya dengannya cuti sebulan sekali ( Sabtu & Ahad). Bukan cuti tu menjadi masalah utama. Masalahnya bila masa nak bercuti. Almaklumlah Tuan Besor agak bz as bee setiap hujung minggu. Cuti hanya diberi bila dirasakan kami tidak sibuk dengan tugasan harian. Andai kata bila waktu dia nak cuti tu, kami sibuk, mula la buat keja macam nak bagi tau satu taman yang dia tengah bekerja. Kelentang Kelentung di dapur jangan cakap la... Masalah lain nye, yang dia nie tua pada aku. Cakap aku memang nak di lawan-lawan ajer... Dengan Tuan Besor, tak berani pulak nak menjawab.. tau pulak takut....  Yang nie pun cukup kontrak, aku hantar balik. Tapi naik air asia sebab aku tak berapa puas hati. Buat aku terkilan, dia tak nak sambung sebab kata anaknya accident. Rupanya dalam diam dia carik majikan lain.. HUH! Geram aku tau...! Nak gaji lebih.. padahal memang kitorang nak naikkan gaji nya bila dia dah cukup 2 tahun... ( Gaji dia RM 400.00 tahun 2006)



--- to be continue.....

1 comment:

  1. bravo akmar kak lin suka ko punyer story simple dan menggunakna bahasa yg santai terus menulis dan jgn berhenti menulis coz you are gifted beb :)

    ReplyDelete