Sunday, February 19, 2012

Beza memang berbeza...

Dah 2 tahun lebih aku duduk di Meruster nie, tak pernah lagi terpikir nak mencarik pasar yang berdekatan. Biasanya kalau tak ke Pasar Moden Sek 6 Shah Alam, aku akan ke Pasar Malam di Shah Alam atau yg berdekatan dengan rumah. Kalau ikutkan, kalau ke Pasar Malam lagi mudah, balik keje ajer boleh berdesup ke situ. Tapi dari segi masa, kurang praktikal. Iya lah, kalau balik pasar malam saing sekali dengan anak-anak balik sekolah, lepastu nak menyiapkan makan anak-anak. Sudahlah tu, pukul 8 malam, anak-anak nak mengaji lagi... Mau tak terkocah kacih. Nak ataupun tidak hujung minggu kena korbankan masa bangun awal untuk ke pasar.


Lama-kelamaan ke Pasar Seksyen 6, aku dan tuan besor mengambil keputusan untuk mencari pasar yang berdekatan.. Sudah pasti perlu ke Pasar Kapar. Bukannya apa, aku tengok makin lama, harga barang -barang makin mahal. Lagi pula membeli barang basah di situ, sekali berbelanja mau mencecah seratus ringgit. Biasanya membeli ikan, udang, ayam dan sayur-sayuran. Ikan pun bukan nya ikan besar atau mahal-mahal. Setakat ikan kembung, pelaling, cencaru dan selar. Sesekali baru membeli ikan siakap, pari, terubuk dan kadangkala ketam.


Start pada dua minggu lepas, aku sudah memulakan operasi ke Pasar Kapar. Mula melakukan aktiviti membeli barang-barang yang sama. Tekejut aku dengan jumlah yang dibelanjakan. Minggu lepas berbelanja TAK SAMPAI LIMA PULUH RINGGIT. Tadipun sama. Aku membeli lebih sedikig barang, baru mencecah lima puluh lima ringgit. Sungguh berbeza. Masa mula-mula aku pergi ke Pasar Kapar, aku hanya membeli ketam, ikan pari dan udang. Jumlah yang aku kena bayar hanya 25ringgit sahaja. Cukup murahkan....?  Kalau di Pasar Seksyen 6, daun kunyit seringgit seikat, ada dlm 2-3 helai daun, kalau di Pasar Kapar baru 50sen untuk 4 helai daun kunyit. Itu belum lagi dengan harga tempe dan sayur. Tempe pula, kalau disana dalam 5 bungkus,  dua ringgit, disini, sepuluh bungkus dalam dua ringgit setengah. Bayangkan berbanyak bezanya dan berapa banyak boleh berjimat?


Kita perlu menjadi pengguna yang bijak berbelanja... Hiksssss ;-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

0 kelopak mawar:

Post a Comment