Wednesday, November 9, 2011

Review - The Adventures Of TinTin

Berkat entri aku yang ini, Alhamdulillah ada rezeki disitu. 2 pasang tiket untuk Premiere Screening The Adventures Of TinTin. Seperti yang aku tuliskan dalam entri tersebut, itu adalah julung-julung kali aku menyertainya.




First time pulak try masuk, terus ada rezeki disitu... Seperti enti aku sebelum ini, rezeki ada dimana-mana. Yang penting kita harus berusaha. Aku bersyukur sebab buat tahun ini aku mendapat 3 kali rezeki dari Nuffnang iaitu tiket sempena birthday aku, mengkomen entri kak red yang ini dan last sekali adalah yang Premiere Screening ini lah.


Since dapat 2 keping tiket, dah tentu-tentu la aku nak pergi dengan Tuan Besor kan.... Memula tu macam Tuan Besar ada hal, so aku kena lah buat back up plan.. Kalau Tuan Besar tak jadi pegi, aku ingat nak ajak Ramli Manchaster. Seb baik, udahnya Tuan Besar dapat slot ini time table dia untuk g tgk movie nie.


Tuan Besor pun teruja gak nak tengok movie nie sebab first time la nak tengok movie 3D. Bagi aku cerita The Adventures of Tin Tin adalah satu movie yang WAJIB ditonton bersama keluarga.. Terus terang aku cakap, cerita nie TAK BORING. Jalan cerita yang menarik, diselangselikan dengan sedikit komedi dari watak-watak penyiasat, membuatkan aku terleka. Sedar-tak sedar sudah hampir tamat.

Pada 5 bintang aku bagi 4 bintang setengah untuk The Adventures Of TinTin... satu lagi tip dari aku.. kalau yang rabun tu, korang tak payah pakai cermin mata, terus pakai cermin mata 3D. Memula aku pakai dedua cermin,  terasa sedikit pening. Last2 aku cabut glasses aku, terus ajer pakai yg 3D tu, baru ok...



0 kelopak mawar:

Post a Comment