Tuesday, November 1, 2011

Kat Jalan Pun Boleh

Malaysia nie dah tak macam dulu. La nie bersepah PATI datang berkumpul dan mencari rezeki kat sini tak kira secara halal mau pun haram. 

Lihat sahaja gambar dibawah ini, da serupa macam di Indonesia, di India, atau pun di Bangladesh. Pantang kenderaan berhenti di lampu isyarat, pasti muncul orang datang meminta sedekah. Dengan lakonan dan muka kasihan, sedikit sebanyak boleh mecacatkan pemandangan ini kepada pelancung asing.



Kejadian ini berlaku sewaktu di persimpangan Jusco Bukit Raja pada hujung minggu yang lalu. Hasil pengamatan aku, si peminta sedekah ini dapat meminta dari 5 buah kereta. Bayangkan kalau satu kereta memberi RM 1, dalam tak sampai 3 minit dia boleh mendapat RM5, ditambah pula kalau dia duduk menunggu di simpang itu selama 2 jam. Agak-agak berapa jumlah yang bakal dia dapat? 


0 kelopak mawar:

Post a Comment