Wednesday, November 9, 2011

What would Puss in Boots do?

Tak lama lagi Puss in Boots akan berada di pawagam...
Korang minat cerita kartun tak...? Bagi aku sendiri, tak kira kecil atau besar, tua atau muda, bukan lah penghalang untuk kita melihat movie berbentuk kartun. Lagi pun bila menonton bersama-sama keluarga, pasti dapat mengeratkan hubungan antara ahli keluarga. 

Puss in Boots



Sedikit Sinopsis mengenai Puss In Boots..

Long before he even met Shrek, the notorious fighter, lover and outlaw Puss in Boots becomes a hero when he sets off on an adventure with the tough and street smart Kitty Softpaws and the mastermind Humpty Dumpty to save his town. This is the true story of The Cat, The Myth, The Legend…The Boots.


Trailer Puss In Boots


Antara watak dalam Puss In Boots - Humpty Dumpty



Katakanlah aku Puss and Kitty Softpaws, apa yang akan aku lakukan untuk mengalahkan penjahat-penjahat tersebut.


Seperti yang kita semua tahu, kucing merupakan sejenis bintang yang bjjak, manja dan penyayang. Untuk mengalahkan penjahat-penjahat tersebut, aku bukan hanya menggunakan fizikal, malahan aku akan menggunakan tipu helah. 

Apabila berhadapan dengan penjahat-penjahat yang lebih besar daripada aku, sudah tentu kekuatan fizikal dan tipu helah perlu menjadi pilihan aku. Gaya aku yang bersahaja bersama kasut boots,  jelingan manja, serta tipu helah  sudah pasti penjahat-penjahat tidak dapat menyedari kelebihan ku iaitu  kuku yang tajam dan tersembunyi, beserta gigi yang tajam dan berbisa, serta kelebihan aku bermain pedang pasti dapat melawan dan mengalahkan penjahat-penjahat tersebut.

Ketangsan ku sebagai seekor kucing juga menjadi bonus untuk ku apabila berdepan dengan penjahat. Ketangkasan, dan kelicikan aku untuk mengelakkan dan meloloskan diri dari serangan penjahat dapat membantu aku dalam misi melawan dan  mengalahkan penjahat-penjahat. Dengan saiz badanku yang sederhana itu memudahkan aku untuk menyelinap masuk lubang-lubang kecil.


Bukan itu sahaja, aksi aku yang bersahaja sahaja pasti menyukarkan pihak penjahat untuk membaca langkah dan gaya serangan aku. Dalam misi untuk menyelamatkan dunia dari penjahat-penjahat, aku juga  memerlukan bantuan rakan-rakan yang lain


Apapun tiada apa yang dapat menewaskan kami kerana kami adalah Puss and Kitty Softpaws. Si kucing yang Bijak, comel, tangkas dan manja...




0 kelopak mawar:

Post a Comment