Sunday, November 13, 2011

Again!

Yup! Admitted again. Dalam tahun nie boleh dikira berapa kali Haziq masuk hospital. Start pada jumaat malam sabtu, Haziq da start demam. Tapi, masih boleh di'control' lagi. Esoknya, bila malam datang, mak aihhh suhunya naik ke 40.1˚C. Berdesup kami ke klinik. Di klinik, doc nasihatkan kami terus ke hospital apabila spongy dan ubat bontot masih tidak memberi sebarang kesan.

Di hospital, check suhu lagi, masih juga tak turun-turun. Doc suh admit. Taknak ambil sebarang risiko akibat demam yang terlalu panas, warded ajer la. Haziq dirawat oleh Datuk Dr. Zul, salah seorang pakai peadatrik di KPJ ini. Hasil pemeriksaan awal, terdapat infection di tekak dan telinga dalam. Doc menjangkakan yg Haziq akan admit lebih dari 3 hari.

Mudah-mudahan Haziq cepat sembuh...


p.s: Alamatnya terpaksa ambil Emergency leave la untuk esok sehingga Haziq discharge.

1 comment: