Thursday, November 3, 2011

Cuci Kereta pun Boleh Kaya tau...

Rezeki sentiasa ada dimana-mana. Yang penting kita kenalah berusaha. Jangan la dok ikut citer Nujum Pak Belalang... " Ulat dalam batu pun boleh dapat makan... apakan lagi kita manusia dalam rumah nie" ! Ulat mana ada nak fikir bayar bill, nak beli makanan, nak shopping atau nak guna duit dalam urusan harian.. Jadi tak perlu lah nak samakan ulat dalam batu dengan kita yang kat atas dunia ini.





Kita yang hidup nie, yang seharian untuk menguruskan hidup pasti memerlukan duit. Nak beli makanan pun kena gunakan duit, apatah lagi nak masuk toilet kat shopping complex. Pelik aku kalau orang yang nak hidup bersenang lenang, tapi tak mahu kerja. Ada juga manusia yang memilih kerja. Tak nak berpanas la, tak nak keje berat la, keje kat sini tak best sebab gaji kecik la... Abis tu kalau susah-susah sangat, ko bukak syarikat sendiri, boleh ko kerja ikut sukaneka ko macam mana...

Tapi aku tertarik untuk kongsikan video yang aku dapat di youtube ini. Seorang pencuci cermin kereta, mampu hidup mewah, pakai Mercedes lagi! Apa perlunya nak merayu dan mengemis kalau korang mampu bekerja? 



Ada orang cakap, kalau nak gaji banyak belajar pandai-pandai... Tapi dunia sekarang bukan macam nie, yang penting ko kena tahu macamana dan bagaimana nak mencari duit.. Begitu banyak cabang dan cara yang halal untuk kita perolehi. Yang penting berusaha. Rezeki mana ada datang bergolek depan pintu rumah pun...!


0 kelopak mawar:

Post a Comment