Monday, February 2, 2009

Petua membanyakkan air susu ibu

n3 nie aku dapat dari email yg myman bagi kat aku…… since dia pun rajin support aku nak  bf kan anak aku smpi 2 thn…  so thank tu farah aka sarakid owner sebab izin kan nak publish n3 nie
to new mum… or become mum… rajin rajin la jenguk web nie… bnyk maklumat… terus terang ckp… aku yg anak 4 nie pun masih menggogle nak caghik maklumat pasal BF… dan aku tak malu nak bertanya… so apa yg aku ada boleh la kongsi dgn korang sume…
nie aku kopi pes aje tau


Berdasarkan petikan:

Saya kumpul petua2 dan tip2 nih daripada website2, majalah2 dan buku2, tak lupa 
juga sumber drpd cakap2 orang yang bole diguna pakai tuk menambahkan ASI. Tak

semua petua2 ni serasi ngan aku. Ade yang menjadi dan ade yang kurang menjadi.


Ia depend pada badan kita gak. Just try n error. Mana yang serasi amalkan la.


Insyallah, ia membantu meningkatkan pengeluaran ASI.(Air susu ibu)





Pemakanan


Lobak Putih - Rasanye agak pelik. Ada yang buat sup dan jus. Mana yang boleh


terima tekaklah. masak sup, + telur + soohoon pun boleh, lagi sedap


Sawi - Masak goreng tumis atau rebus.


Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang - dimakan sebagai ulam, rebus atau


urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/


udang kering.








Cekur Manis - masak rebus/ lemak manis.atau


dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.





Kacang Hijau - bubur kacang hijau.campur beras merah & also bagus utk pekatkan


susu Kacang Tanah - kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing


Daun Kucai - daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus.makanlah


bersama-sama nasi Petola, bayam, daun turi - masak lemak manis





Minuman


Minum susu - Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.


Air masak - Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Kajian menunjukkan minum


air masak sebelum breastfeed baby, InsyaAllah banyak air susunya.


Longan Kering - Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja. Direbus dulu


dengan gula batu/ gula kabung/ gula merah, kemudian diminum airnya.


Halba - rendam dan minum airnya. Bole juga telan sesudu kecil ngan air suam kalu


tak lalu nak minum airnye. Bole juga ditambah dlm apa2 masakan cth kari.


Oat - minum dengan air suam + susu tin/Anmum, buat lempeng/cekodok.


Amalkan minum milo/nestum/horlicks


Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina


Soya - minum secawan sehari.


Kurma - makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blended


Madu - sebagai pemanis dalam minuman atau dessert.





Supplement


Milkmaid Tea - ramai ibu2 yg beri respon +ve bile minum tea nih.





GNC fenugreek - Halba dlm bentuk kapsul keluaran GNC, bole didapati di farmasi


GNC.











Pil ASI


Melilea Greenfield Organic


Melilea Organic Soya Drink


Organic Henry





Bidadari DCL


Makan ubat homeopati - alafafa, china off, calc flour


omega 3


obimim


kalsium


vitamin c





Urutan


1) sikat puting setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas keputing....kanan dan juga kiri


2) cuci dengan berus gigi puting2 tuuu takut tersumbat liang2 puting susu


3) kalau sblm mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari atas terus


lurutkan kebawah...(bc selawat dulu)...insyaallah itu salah satu urutan utk BF





Pil hormone prolactin (* recommended)


1) Domperidone*


2) Maxolon


3) Metoclopramide (boleh jadi depression)


4) Motilium


5) Raglan (boleh jadi depression)


p/s-pil2 ini bole didapati difarmasi, tapi dptkan nasihat doktor/pharmacist


sebelum ambil ubat2 ini





Cara-cara Lain


1) baca surah al baqarah ayat 60. sambil baca letakkan tangan pada breast tu.


(satu lagi surah surah al-Hujurat kalau tak salah)


2) Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api


sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.


3) Bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu


pagi sebelum mandi


4) Pucuk betik - Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air


rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari


5) Kobis bulat - Ambil 2 kelopak daunnya dan tekap ke breast. Atau lenyek2 pastu


tampal kat breast. Bole kurangkan bengkak susu masa dlm pantang.





Psikologi


1) Selalulah berfikiran positif untuk menyusukan anak. Kalau rasa susu semakin


kurang tetapi anak baru saja berumur beberapa minggu, jangan cepat panik.


Susukan seperti biasa. Banyakkan solat dan doa mudah-mudahan susu kembali


normal.


2) Ketika di tempat kerja dan ketika mengepam susu, bayangkan wajah anak.


Dipercayai ia dapat merangsang pengeluaran susu jika kita teringat kepada anak.


3) Semakin kerap menyusukan anak, semakin banyak susu. Kosongkan payudara anda


bermakna menghantar isyarat bahawa susu perlu dihasilkan lagi.


4) Demand n Supply- kerapkan susuan, kalau ada masa, baby tidur, perahkan susu,


tak kisahlah walau dapat 0.5oz pun, kerana by theory, more demand, more supply





Masa pengepaman


1)cuba pam sekerap mungkin, lagi byk kita pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya


3jam sekali


2)mlm


bagi baby isap kerap ....sebab bila mlm kalau kita bg baby isap boleh


membaykkan pengeluaran susu juga


3) bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti breast kita akan produce susu


baru....istilah yg kita selalu guna mcm kita 'buang sampah...sampah dah penuh,


kita buang dlm tong sampah...pastu kita ganti dgn plastik sampah baru' gitu


jugak mcm air susu kita...bila kita dah habis pam, die akan mengeluarkan susu


baru


4) sblm pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.


5) jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat keringjgn minum teh/nescafe


taou.....mkn supplement jgn tinggal Ubat





Beberapa cara mengepam yang berkesan:


a) Jenis pam yang digunakan memainkan peranan yang besar dalam penghasilan susu.


Pam yang terbaik adalah double pumping iaitu ada dua corong untuk pam kedua-dua


payudara dalam masa yang sama.


b) Di antara pam elektrik dan manual, aku lebih suka elektrik kerana ia lebih


efektif dan setengahnya berstimulasi seperti bayi menghisap. Pam kesayanganku


Spectra3.


c) Pam ketika menyusukan anak dapat membantu penghasilan susu yang lebih banyak.


Ketika baby menyusu, pasti payudara sebelah lagi menitik-nitik. Jangan bazirkannya,


pam la sambil menyusukan anak.





d)Tawakkal kepada Allah dan berharap susu keluar dan cukup untuk baby.





Semoga petua-petua ni dpt membantu ibu2..





MUMMY SARA N SYASYA


BUTIK SARA KIDS (breastfeeding welcomes here)


www.sarakids.com

0 kelopak mawar:

Post a Comment