Thursday, July 29, 2010

lazy eyes a.k.a mata malas a.k.k juling

apa itu mata malas atau base omputihnye lazy eyes…?

ala.. nama kampung orang panggil juling..atau juling air…

bahaya ker?

tak per ker?

tak de masalah ker?

since my little boy abg ngah mmg ada lazy eyes, and da dpt result test mata hari tuh.. la  nie aku guggle carik penerangan n rawatan…

so aper itu lazy eyes?

AMBLYOPIA (MATA MALAS)

Apakah itu amblyopia (mata malas)?
Amblyopia atau mata malas merupakan keadaan kurang tahap penglihatan satu-satu mata akibat mata tersebut kurang digunakan sejak kecil lagi. Ia berpunca dari gangguan pada perkembangan sistem penglihatan semasa kecil.
Apakah gangguan yang boleh mengakibatkan amblyopia?
  • Mata juling

  • Rabun mata (seperti rabun jauh, rabun dekat atau astigmatisma) yang tidak diperbetulkan terutama rabun mata berkuasa tinggi atau perbezaan besar kuasa rabun mata diantara kedua-dua belah mata
Faktor-faktor lain yang menghalang penglihatan seperti :
  • Ptosis (kelopak mata jatuh / kuyu) - di mata kiri
  • katarak - di mata kanan
 
 
Bagaimana diketahui seseorang kanak-kanak menghidapi amblyopia?
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidap amblyopia tidak mempunyai sebarang tanda dan kanak-kanak ini tidak merungut kerana disangka semua orang berpenglihatan sepertinya. Oleh itu adalah penting bagi kanak-kanak menjalani pemeriksaan mata secara berkala sebelum alam persekolahan.
Walaubagaimanapun, ibubapa harus mengesyaki bahawa anak anda berkemungkinan mengalami amblyopia sekiranya dia mempunyai tanda-tanda seperti berikut :
  • Kepalanya senget
  • Mata beralih dari tengah bila letih atau berada dalam cahaya terang
  • Menutup sebelah mata apabila terdedah kepada cahaya matahari
  • Sering menggosok mata
  • Sering mengelipkan mata
  • Lebih gemar menggunakan satu mata untuk melihat
Bolehkah kurang penglihatan akibat amblyopia diperbetulkan?
  • Ya, sekiranya ia dikesan dan dirawat awal (sebaik-baiknya sebelum mencapai usia 6 tahun)
  • Malangnya kebanyakan kanak-kanak yang menghidap amblyopia tidak dikesan awal dan ini menyebabkan kecacatan penglihatan yang berkekalan.
Apakah yang akan terjadi jika tidak mendapat rawatan awal?
Jika rawatan awal tidak diberikan, mata tersebut tidak akan berkembang untuk mencapai tahap penglihatan normal dan berkemungkinan menjadi buta.
Apakah rawatan bagi amblyopia?
Rawatan amblyopia hanya berkesan jika dilaksana pada peringkat kanak-kanak. Sebahagian rawatan boleh dijalankan oleh ibubapa setelah mendapat latihan daripada Pakar Oftalmologi atau Pegawai Optometri. Rawatan merangkumi salah satu atau gabungan beberapa kaedah seperti berikut :

  • Merawat penyakit mata sediada seperti pembedahan untuk katarak.

  • Merawat rabun mata dengan cermin mata atau kanta sentuh.

  • Menutup mata yang baik penglihatannya untuk merangsang mata yang malas.

 

  • Menggunakan ubat titis

  • Menjalankan latihan / senaman mata

Cadangan
Bagi mengelak kurang tahap penglihatan akibat dari amblyopia, kami mencadangkan :

  1. Semua bayi yang baru lahir perlu mendapat pemeriksaan mata.

  2. Bayi yang dibawa melawat klinik kesihatan perlu mendapat pemeriksaan mata

  3. Semua kanak-kanak tadika dan pra sekolah perlu menjalani ujian tahap penglihatan sekurang-kurangnya setahun sekali

  4. Sekiranya tanda-tanda luar biasa dikesan, kanak-kanak tersebut perlu mendapat pemeriksaan Pakar Oftalmologi dengan segera

PERINGATAN
Pengesanan awal amblyopia membolehkan rawatan awal diberi untuk mencapai kejayaan rawatan yang lebih baik. Pengesanan lewat boleh mengakibatkan kecacatan penglihatan yang kekal sepanjang hayat. 

SAYANGILAH MATA ANAK ANDA



p.s: sharing is caring….

credit to:
Jabatan Oftalmologi Hospital Sultanah Nur Zahirah



0 kelopak mawar:

Post a Comment