Friday, October 14, 2011

Satu Kematian..

Hidup belum PASTI penghujungnya, yang PASTI setiap kehidupan diakhiri dengan KEMATIAN. Minggu ini, kita dikejutkan dengan pemergian Biduan Negara Dato' Ahmad Jais. Sudah pasti ini memberi kesan kepada peminat-peminat beliau.  Lihat sahaja pada Facebook Hafizal Hamad serta twitter beliau yang menyatakan beliau terasa kehilangan Allahyarham Dato' Ahmad Jais. Kalau seorang peminat boleh merasai kehilangannya, apatah lagi anak-anaknya.


Bagaikan jatuh ditimpa tangga, kehilangan ibunya pada tahun 2009, kini anak-anaknya kehilangan ayahanda tercinta pada tahun ini. Aku mengenali anak arwah yang ke 4 sejak dari zaman persekolahan. Maimun merupakan junior ku dan berkawan baik dengan adik angkatku. Tapi aku tidak la begitu rapat dengannya. habis sahaja sekolah terus sahaja terputus hubungan. lagi pun Adik angkat ku itu berpindah sekolah semasa aku berada di tingkatan 5.  

Apabila dikejutkan dengan kematian arwah, sudah pasti di wall FB rakan-rakan menjadi tempat perbincangan serta ucapan takziah. Disitu aku berjumpa kembali dengan adik angkatku dan berpakat untuk melawat anak arwah. Pada saat ini pasti anak-anaknya memerlukan sokongan keluarga dan rakan-rakan. Memandangkan adik angkat ku masih di pejabat, kami bercadang untuk menziarahi nya pada waktu malam.


Pada malamnya, tahlil dilakukan di surau berhampiran. Memandangkan kami tiba agak lewat, kami hanya menunggu sahaja di rumah arwah. Pada masa ini masih ramai lagi yang hadir, sanak saudara, rakan - rakan seperjuangan arwah serta rakan ahli keluarga.  Kembali sahaja Maimun di rumah, terus kami bersalam-salaman sambil mengucapkan takziah dan menyampaikan titipan salam dari rakan-rakan yang mengatahui kehadiran kami ke sini. Cengkung, letih dan tabah! Itulah yang dapat aku gambarkan wajahnya.  Apa lagi yang hendak dikatakan? Tiada lagi air mata yang mengalir katanya. Mujur ada ahli keluarga yang membantu. Banyak yang diceritakan olehnya. Betapa beliau terasa kehilangannya.. Sebak... Speechless...

Aku tak pasti kalau ini bahagian aku, bagaimana untuk aku menghadapinya.. Yang pergi tetap pergi, yang hidup, perlu teruskan. Buat adikku Maimun, takziah... semoga terus tabah menghadapi dugaan hidup.  


Al-fatihah...

0 kelopak mawar:

Post a Comment