Monday, October 17, 2011

Good Luck Anak-anakku....



Minggu nie semua anak-anak aku menghadapi peperiksaan akhir tahun. Sudah pasti sebagai seorang mak, turut merasa tertekan dan risau. Almaklumlah, peperiksaan akhir ini yang bakal menentukan sama ada mereka kekal dikelas sekarang atau turun kelas. Mungkin perasaan risau pada Along berkurangan sedikit, memandangkan dia tak pernah mengecewakan kami dan disamping itu, Along sendiri telah menetapkan aras serta "target" dia sendiri. Pada peperiksaan kali ini, Along telah mensasarkan untuk menjadi pelajar terbaik untuk tahun ini. Agak risau juga bila dia meletakkan standard dan target yang begitu tinggi. Tapi itu adalah Along. Mungkin dia mensasarkan sebegitu, base dari ujian -ujian serta peperiksaan sebelum ini. Bagi kami suami isteri, tidak kisahlah kalau dia tak dapat mencapainya, asalkan dia ada cita-cita dan semangat untuk belajar.





Berbanding dengan kembar, memang agak merisaukan kami suami isteri. Almaklumlah, bila dah berkawan.  Ada sahaja yang bakal menjadi aku dengan suami isteri rasa risau. Dari markah periksa turun naik, main-main dalam kelas, curi-curi main komputer,  semuanya cukup! Pada mereka berdua, aku tak pernah meletakkan syarat nombor dan kedudukan dalam kelas, hanya markah menjadi tanda aras kepada prestasi mereka.  Memang ketiga-tiga anak aku didalam kelas pertama diantara darjah, namun itu bukan tanda mereka boleh bersenang-lenang dan bermegah diri. Saingan sentiasa ada. Sebagai contoh, pada tahun lepas, along mendapat tempat ketiga di dalam kelasnya dan hanya satu markah yang membezakan tempat pertama, dan terdapat 2 orang pelajar yang menduduki tempat pertama.

Bagi si kembar pula, markah mereka di tahap 90 ke atas. Cuma ada masa tu tergelincir gak ke 80 lebih. Jadi, tak ada lah aku nak mengharap mereka dapat  top 10 dalam kelas, kerana persaingan yang begitu sengit dikelas mereka. 


Buat anak-anak yang nak amik periksa... sedikit pesanan ummi... :-


1. Langkah masuk dewan peperiksaan, baca selawat, mulakan dengan Bismillah..Pastikan tenang. Kalau gugup, selawat banyak-banyak kali..




2. Bila dah dapat kertas peperiksaan, jawab soalan betul-betul. Jawab dengan tenang. Baca soalan baik-baik dan pahamkan.. Jangan hentam keromo dan jawab terburu-buru. Fikir 2-3 kali sebelum nak jawab, kalau tak pasti jawapannya, tinggalkan dahulu. Jawab soalan yang mudah. Dah selesai, ulang semak kembali.



3. Jaga masa. Terutamanya Kak Lang, selalu jawab berlambat-lambat. Bukannya Kak Lang tak paham, tapi sukasangat jawab soalan macam nak makan angin..



4. Jawab periksa tu kena cool dan tenang tau! Jangan pressure sangat. Nanti tak boleh concentrate nak jawab.




Apa-apa pun, buat anak-anak ummi, doa ummi sentiasa buat kalian.. Jawab elok-elok yea... jangan gopoh.. Semoga Along, Angan & Kak Lang, beroleh kejayaan yang cemerlang.



image: Kredit to uncle google

0 kelopak mawar:

Post a Comment