Friday, October 28, 2011

Macam-macam cerita

Kebelakangan ini berbagai-bagai berita yang tak enak didengar keluar didada akhbar. Dari isu kekeluargaan serta masyarakat. Namun begitu ada kalanya cerita yang dipaparkan itu tak terjangkau dek akal.




Lihat sahaja beberapa jenis keratan akhbar yang telah aku paparkan diatas ini. Berita mengenai Juruteknik ancam bunuh isteri akibat BOROS, Emak gian jual 4 anak serta Kerat alat kelamin akibat putus cinta. Isu-isu yang dipaparkan sedikit sebanyak menyentuh isu kekeluargaan. 
 
Sedikit komen aku mengenai isu-isu tersebut:-

  1. Juruteknik ancam bunuh isteri akibat BOROS.
Sampai begitu sekali sang suami mengancam bunuh isteri akibat isteri yang boros berbelanja. Uiksss.. mungkin sang suami dah tak mampu nak  menangani tabiat isteri berbelanja yang mengakibatkan sang suami menanggung beban. Lain la kalau isteri bekerja dan wang yang dibelanjakan itu duit si isteri sendiri. Kalau Isteri tak bekerja, dan wang yang dibelanjakan itu adalah milik suami, memang wajarlah suami menegur, tapi tidak lah sampai memberi ancaman bunuh. 
*** macam-macam hal.. pasal boros pun boleh jadi isu***
 Emak gian jual 4 anak

Apa punya emak nie! Gian punya pasal, anak pun sanggup dijual. Mana letaknya naluri seorang ibu. Sanggup menjual anak demi melepaskan gian. Tapi apa nak dikata, bila dah gian, mana mampu berfikir dengan waras...
***macam-macam hal... emak macam nie pun ada***

Kerat alat kelamin akibat putus cinta
Pasal cinta tak kesampaian, sanggup kerat alat kelamin. Lumrah hidup, ada orang berjaya dari cinta pertama terus ke jinjang pelamin. Tapi ada juga bercinta berkali-kali, namun jodohnya dengan orang yang tak pernah terfikir untuk dicintai. Ada yang bercinta dengan orang lain, bertunag dengan orang lain dan berkahwin dengan orang lain. Tak selalunya kita dapat apa yang kita inginkan. Kalau dah tersurat itu bukan jodoh kita, tak kan nak paksa kan...?
*** macam-macam hal... Kata orang, "Cintai orang yang Cintai kita.. Jangan Cintai orang yang kita cintai kerana belum tentu  orang yang kita cintai tu mencintai kita kembali..... "***

**kesemua keratan diatas adalah dari akhbar yang lepas... nak baca lebih lanjut... carilah di harian metro online 

0 kelopak mawar:

Post a Comment