Tuesday, October 4, 2011

Nab Again

IMG-20111003-00093

Salam

Hari ini, dengan hati yang berat meninggalkan rumah. Anak kecil ku si Haziq kurang sihat. Sudah beberapa malam, hidungnya tersumbat dan disertakan juga dengan selesema. Tapi dak kecik nie takde menunjukkan tanda-tanda nak demam. Pagi semalam (Isnin), Haziq da start batuk-batuk.  Aku dengan Tuan Besar sepakat nak membawanya ke Klinik Alam Medic, Subang Perdana selepas waktu kerja.


Almaklumlah, aku dan along kan berpuasa. Jadi sempat la bawa dia ke klinik dahulu dan kemudian baru memikirkan dimana hendak berbuka puasa. Telahan kami suami isteri tepat bila menjangkakan yang Haziq bakal di beri “nab”. Melihat kepada kondisinya yang penat, serta cranky memang mengguris hati kecil aku sebagai seorang ibu. Geram melihat ada ibu sanggut bersifat kejam, sanggup mencampakkan bayi yang baru lahir dari tingkat 2.


Seperti biasa bila dah ambil “nab” keadaan dah bertambah baik, tapi still kena monitor. Almaklumlah, Haziq ni memang ada “Mild Asthma”. Tak terlalu kronik, cuma perlu pemantauan.
Doakan agar Haziq cepat sembuh yea…

1 comment:

  1. as salam.. nab adalah prkara biasa utk budak2 yg masih kecil, semasa anak saya yg prtama masih bawah setahun selalu keluar masuk hospital, disebabkan batuk x baik2, smpai ada mild asthma.. dunia da x sihat, suda x mcam zaman kita kecik2 dulu.. :(

    ReplyDelete