Monday, October 3, 2011

Berubah wajah

Blog picisan aku kini telah berubah wajah. Setelah 4 hari cuba menggodek blog, mengubah, menukar, me"matching" dan semua "me" "me" yang boleh diguna pakai, aku mengambil keputusan untuk stick dengan template yang  sekarang nie. Berbagai background telah aku cuba. Edit menggunakan photoshop, paint, picassa dan photoscape, namun tiada suatu yang menarik perhatianku. Jenuh mencari tutorial di uncle google, namun masih tidak dapat menyesuaikan dengan background yang telah aku edit. Dari satu blog ke satu blog aku jejaki. 



Sudahnya aku "give up". Entah macamana, pencarianku di kala "give up" membuahkan hasil. Tak sia-sia bersengkang mata mencari background yang sesuai. Hasil lawatan ke website ini banyak memberikan aku pilihan dan mencuba berbagai jenis background. Nak me" matching"kan dengan header yang di"design" oleh bro Jejai memang mencabar. Kalau boleh aku nak background yang boleh match dengan header terbaru aku ini, sebabnya aku telah jatuh cinta dengan pembuatnya header rekaannya.  Warna yang dipilih, memang "in" lah dengan aku sebab  purple, lilac dan segala warna ke arah purple adalah minatku. 


Huhuhuhu... Macamana aku boleh tergelebak dengan misi membuat header nie...? Bermula dengan perbualan Rinn dan bro Jejai di twitter. Aku mengikuti perbualan itu sambil menyampuk. Memang aku mengagumi skill bro Jejai dalam meng"edit" gambar dengan perisian photoscape sahaja. Tutorial yang diberikan juga mudah untuk difahami. Namun seperti orang yang mengantuk, di "offer" tilam "King Koil" dan  hasil men"jeles" main-main ku, ternyata bro Jejai, sudi membuat kan header untukku.


Dengan medium twitter dan email, beberapa contoh header telah dihantar.  Pilih punya pilih, header yang ini menjadi pilihan hati... Terima Kasih daun keladi buat bro Jejai...  Semoga rezeki bro Jejai akan sentiasa bertambah, berkat banyak membantu kami-kami blogger picisan yang bawah sikit pada blogger cap kambing gurun nie untuk kembali aktif berblogging..



 Nak tau aper blog bro Jejai, korang klik ajer header nie... sure korang tak sesat jalan....


6 comments:

  1. wah... dah berwajah baru :) cantik, classic gitu

    ReplyDelete
  2. @Fara

    tq tq.. semoga dgn wajah baru, mood rajin akan kembail.. hehehe:)

    ReplyDelete
  3. hahaha!!.... terjebak akhirnya... x sempat lg nak buat entry kredit utk bro Jejai... kebizian skeet.. hahaha... publish entry pun yg mmg ade dlm draft... hahaa

    ReplyDelete
  4. @RinnAzrinah

    huhuhuhu N3 untuk jejai sepatutnya kuar kul 2.30 ptg. tapi pull out n3 pagi nie , masuk kan n3 kredit to jejai dulu...

    ReplyDelete
  5. HAhaha..gud one..Layout menarik dah tuhh. Sekarang cuba sebarkan maklumat kat semua orang supaya blog terus berkembang..gud luck

    ReplyDelete
  6. @JAI

    tq bro... la nie cuba adjust timming supaya leh merajinkan diri nak blogwalking...

    ReplyDelete