Monday, October 3, 2011

Mulut Longkang!








Pada yang follow twitter aku mesti perasan yang aku mengamuk masa time lunch.  Puncaaku mengamuk sakan adalah disebabkan Mulut Longkang seorang lelaki! Seumur hidup aku, tak pernah aku jumpa seorang lelaki yang begitu Longkang dan haprak mulutnya. Biasanya bab ngata-ngata nie, didominasikan oleh kaum hawa,  tapi kali ini dah terbalik.

Kelancangan mulut lelaki ini memang menaikkan darah aku. Kalau kau nak  mengata pasal benda buruk lain pada aku, Aku memang tak kisah! Tak amik port. Tak tinggal sekudis pun rasa marah, sebab itu mulut kau. Hak kau la nak cakap apa!

Tapi bila hal yang kau katakan ini melibatkan ANAK dan KEMATIAN, memang aku melenting dan hangen. Mudahnya mulut kau berkata " Eh! selalu sangat bawak anak pegi hospital. Entah sakit ke entah tidak. Kalau Mati esok baru tau.." Wajarkah engkau nak mendoakan begitu kepada anak aku. 

Untuk pengetahuan lelaki mulut longkang, anak aku yang dibawa ke hospital adalah untuk "follow up" selepas pembedahan matanya. Engkau tahu kan yang anak aku baru menjalani rawatan tersebut. Kalau ko nak kata pasal anak bongsu aku yang masuk hospital sebelum bulan puasa tu, sedikit pun tak menjejaskan pekerjaan kami suami isteri. Untuk makluman si MULUT LONGKANG, aku yang apply cuti, SO WHAT!

Lagipun untuk rawatan mata anak aku adalah dihospital KERAJAAN! Dan Kau ingat SENANG hospital KERAJAAN nak bagi time slip sesuka hati! Biasanya orang yang cepat buruk sangka dan kuat mengata tu adalah orang yang membuat apa yang dikata... Kalu tak, masakan dia dapat begitu banyak "idea" untuk berkata-kata.

Satu ajer ingatan aku buat si "MULUT LONGKANG" 

"Sebelum nak menyelak kain dalam atau nak menyinsing seluar orang, pastikan yang zip seluar kau tu tak terbukak. Ingat sikit, Satu jari kau menunding kat orang lain, ada berapa jari kau yang menunjuk pada diri sendiri. Tak guna belajar tinggi-tinggi, tapi  tak dapat menilai dan menjadi contoh yang baik"

Renung-renungkan...




4 comments:

  1. marah benar ni.. sabar-sabar. tu biar kene kat batang idung die sendiri tahu lah die menggelupur

    ReplyDelete
  2. @Fara

    memang marah betul Fara.. tak pernah jumpa orang yang mcm nie punye perangai...

    Entry Terini : Till Death Do Us Apart...: Mulut Longkang!

    ReplyDelete
  3. kt mana2 ada ja org camni kan, meluat betoi! tp sabaq nurul, dia blom merasa, tu sbb x paham. tak yah pedulik sgt kt dia tau..

    ReplyDelete
  4. @AkuPunyaCerita

    memang mana2 ada orang mcam ini. Cuma doarang nie bercakap sedap mulut tanpa memikir hati da perasaan orang lain... huhuhuhu :(

    ReplyDelete