Tuesday, October 25, 2011

Terima Kasih @redmummydotcom @NuffnangMY


Apa-apa pun, sebelum memulakan celoteh, nak ucapkan terima kasih bebanyak kepada kak  Redmummy dan juga Nuffnang sebab memilih aku menjadi laki lucky winner untuk entry kak Red yang ini. Sebelum ini jarang mencuba nasib menjawab entri kak red. Namun entah mengapa kali ini aku terpanggil me"respone" entri tersebut.



Simple ajer aku jawabkan..? Masa nie memang tak ada nak harap apa pun sebab dah sedia maklum reader kak red memang terlalu ramai and for sure ramai yang akan mencuba nasib untuk membalas entri nie. 



Pada petang Jumaat 14/10/2011, aku dikejutkan dengan email dari Nuffnang... Yehhhaa... dapat hadiah dari Redmummy & Nuffnang... Hadiah Lucky Winner pun tak kisah la... Janji bersyukur.. Kebetulan pula memang minggu depan tu aku dgn si Rin dah berjanji nak berjumpa dengan kak Red. Memang timing baik la boleh pegi pejabat Nuffnang nak ambil hadiah.. 



Ini la yang aku dapat dari Nuffnang & Redmummy. Iaitu :-

  • Neutrogena Ageless Cleanser
  • Neutrogena Ageless Toner
  • Neutrogena Ageless Anti-Wrinkle & Firming Cream
  • Neutrogena Ageless Limited Edition Pendrive
** best woo pakai Neutrogena nie.. bau dia wangi, Apply kat muka pun ok.. tak rasa pedih.. ( kulit muka aku sensitif sikit. kalau tak kena dengan kulit, boleh jadi pedih...)


Ini la rupa pendrive yang aku dapat tu...Kiut kan...


Alhamdulillah.. untuk rezeki ini..

2 comments: