Friday, October 14, 2011

Wish Come true

Rentetan entri aku yang ini sudah pasti korang boleh tahu apa maknanya kan.... Time to bodek Tuan Besor nak dapatkan telefon baru. Yea la, Blackberry Curve 8520 yang aku pakai tu, hampir berumur 2 tahun. Satu ketika dulu, aku memang hantu telefon. Selang 6 bulan, pasti ajer telefon ku bertukar ganti. Apa jenis mak nenek keluaran Nokia, pasti aku cuba mendapatkannya. 

Korang nak tahu apa yang menyebabkan aku tak mahu menukar blackberry hampir 2 tahun? Aku jadi seronok menggunakannya. tak peduli la dengan perubahan dan kemunculan gadget-gadget terbaru. Yang penting, aku boleh berBBM, terima email, FB, twitter dan surf internet. Lagipun, kalau asyik nak mengikut arus gadget terkini, manakan mampu... Baik duit yang aku beli tu disalurkan kepada pendidikan anak-anak.

Memandangkan masa birthday aku yang lalu, aku tak request lagi pada Tuan Besor, maka aku amik keputusan nak reedem :) telefon baru.  Gila kentang wei... Birthday bulan 6, tapi mintak hadiah bulan lapan...  Ntah macamana beberapa hari sebelum raya dan hari anniversary, aku terusha BBugmy kat FB. Ada pulak dorang nak jual Blackberry Bold 4 (9900) yang belum di launch kan lagi. Harga pun kira ok gak... Apa lagi, aku pun kasi la info kat Tuan Besor, tentang hajat dihati. Hasil membalas email, aku fowardkan tugasan untuk deal dan pertanyaan kepada Tuan Besor.

Pada mulanya Tuan Besor macam tak confirm lagi nak membeli telefon tu sebab nak usha harga pasaran kat Indon sana tuh. Bak kata kawannya harga kat sana lagi murah... So aku pun tak de lah nak amik kisah sangat walaupun hati ... (sob sob sob..)  Bila Tuan Besor contact balik temannya di Indon sana, dan Blackberry Bold 4 tu tak masuk lagi, so Tuan Besor amik keputusan untuk membelinya. Bukan 1 tapi 2... eheeee... abis tak kan aku sorang ajer yang dapat kannnnn? 

Yang bestnya, 2 hari sebelum raya dan 4 hari sebelum anniversary nie, aku dapat la Blackberry Bold 4. Tuan Besor siap cakap, ini hadiah 3 in 1... Birthday, raya & anniversary. Aku pun tak kisah ler... janji dapat telefon baru..


ini ler lebih kurang rupa Blackberry  Bold 4 aku 
( image dari : sini )


Eh! nak tumpang tanya, Blackberry Bold 1 kalau nak jual secondhand berapa erk? hehehhehehe :P Curve aku da let go da... tinggal Bold 1 ajer... Lelong lelong......



p.s: tima kasih Tuan Besor... ai lap u la... tahun depan nak mintak tab pulak... erkkkk!


4 comments:

  1. nak mintak tab mandi ker kak?... wakakaa.. w/pun tulisan tuh bersize kecik.. tp,mataku masih mampu membaca... hahaha

    ReplyDelete
  2. @RinnAzrinah

    tak kire la tab mandi ker, ipad ker, playbook ker, janji tab... huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. @pu3mawar

    baik playbook kak.. mcm best je.. still bberry kan?...

    ReplyDelete
  4. @RinnAzrinah

    mmg pun still bberry.. tapi hati tergoda dgn tab.. huaaa... nak dedua... leh tak?

    ReplyDelete